Followers

Tuesday, September 29, 2009

interview 2

arini ni aq g interview SPP tuk lantikan.fuh berdebarnya rasa.bkn apa ramai colleague ku ckp yg intrw ni ssh.coz ada yg gagal n kick out dr profesion guru.so apa lg aq pun kecut perut la.so mo atau x kene study jg wpun skit.dahla tau benda ni last minit.ni pun kira syukur la coz tetiba jak tergerak hati mo cek website SPP 26hb ari2.so apa lg t/hari 2 trs g bndr n copy sume dokumen yg d perlukan.pas2 semalam g skul tanya kak kerani kot2 ada surat panggilan intrw smpi d skul tp hampeh 1 surat pun xda.mayb coz of cuti raya yg lama so xda org mo g amik surat2 2 suma.kak kerani suruh aq sediakan sume dokumen yg perlu d sahkan n surat yg d download tuk d isi oleh pengetua.bru bikin stress bila dia ckp yg benda 2 sume mesti siap arini coz takut pengetua kuar.tp syukurla sumenya settle menjelang ptg b4 blk skul.

tuk intrw ni aq kene sesi kul 10:30am n kena dgn tuan haji ahmad zhabidi.nsb baik soklan yg d tanya x menggetarkan hati n jatung ku.so sumenya aq jwb dgn rilex jak.hrp2 ok la kptsn intrw ku arini.amen....

Saturday, September 26, 2009

money talk

tip kewangan tahun 2009

  • amalkan sikap menabung
  • kurangkan penggunaan kad kredit
  • senaraikan barangan yang hendak dibeli
  • membeli barangan tempatan
  • jimatkan penggunaan elektrik & air
  • menikmati makanan d rumah

Friday, September 25, 2009

friendship

HUBUNGAN persahabatan merupakan antara anugerah Allah yang tidak ternilai harganya. Sahabat, teman, kawan atau rakan, walaupun berbeza sebutan tetapi hakikatnya mereka sentiasa berada dalam lingkungan kehidupan kita pada setiap hari.

Tanpa sahabat, seseorang itu mungkin akan dikategori sebagai 'kera sumbang' iaitu orang yang tidak tahu bergaul dan suka menyendiri.

Bermacam-macam corak sahabat kita boleh dapati selepas bersahabat dengan seseorang. Ada sahabat yang kasar, tetapi lembut hatinya, ada sahabat yang nakal, tetapi suka mengambil berat, ada sahabat yang garang, tetapi penyayang dan pelbagai lagi.

Di samping itu, sudah menjadi lumrah dunia, ada juga sahabat yang hanya dekat pada kita apabila kita mempunyai kuasa atau kekayaan. Tetapi jika sudah tidak mempunyai apa-apa, kita mungkin ditinggalkan begitu sahaja.

Namun, ada juga sahabat sejati yang akan sentiasa bersama kita, tidak kira susah atau senang. Itulah teman yang benar-benar memahami erti persahabatan yang sebenar.

Walaupun teman sebegini sukar ditemui, tetapi setiap manusia boleh berusaha untuk menjadi seorang sahabat sejati.

bbrp tips membina pesahabatan yg murni:

10 'K' dalam persahabatan

KECINTAAN merupakan elemen yang paling penting dalam sesebuah persahabatan. Ikatan persahabatan akan mudah rapuh jika tiada kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada pemilik cinta itu sendiri. Oleh itu, kita perlu meluahkan rasa cinta terhadap sahabat.

KASIH SAYANG lebih kurang sama sahaja maksudnya dengan kecintaan. Namun, setelah kita mencintai sahabat, kita perlu curahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Tetapi, kadangkala kasih sayang tidak perlu dipamerkan secara luaran. Cukuplah sekadar kita mendoakan untuk sahabat-sahabat kita. Itu sudah cukup membuktikan betapa sayangnya kita terhadap mereka.

KEIKHLASAN dapat menjamin sesebuah persahabatan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Illahi. Tidak ikhlas ketika bersahabat dengan seseorang akan mengundang permusuhan antara sahabat. Bersahabatlah dengan seseorang kerana keluhuran hati budinya, bukan kerana rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya.

KESETIAAN terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu. Apabila kita setia terhadap sahabat, kita akan diingati sehingga akhir hayat mereka. Ini kerana tidak kira susah atau senang, kita setia berada di sisinya memberi sokongan.

KEBERANIAN dalam berkata benar. Dalam persahabatan, kita hendaklah berani apabila ingin mengatakan sesuatu. Lebih-lebih lagi, jika kita telah melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya. Kita kena berani mengaku padanya atas kesilapan yang dilakukan. Selain itu, kita juga kena berani menasihati sahabat kita. Ini kerana sebagai sahabat, kita mesti mahukan yang terbaik untuk mereka bukan?

KEJUJURAN juga perlu dalam persahabatan. Jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kita. Mereka juga perlu tahu apa yang kita lalui dalam kehidupan kita. Jangan berahsia, melainkan pada perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan.

KEMAAFAN. Sekiranya sahabat kita pernah melakukan kesilapan, bersedialah untuk memaafkannya, tidak kira sebesar manapun kesalahan mereka terhadap kita. Ini kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya. Begitu juga sebaliknya.

KESEDIHAN. Apabila kita sedar bahawa sahabat kita sedang bersedih, maka ikutlah sedih bersama-sama dengan mereka. Tawarkanlah bahu kita untuk dijadikan tadahan air mata mereka. Mungkin ketika itu, tiada siapa yang akan mereka cari, selain kita sahabat mereka.

KEGEMBIRAAN. Jika kita gembira, maka berkongsilah kegembiraan itu bersama sahabat-sahabat tercinta. Tidak mahukah kita bergelak tawa dengan mereka? Tidak mahukah kita melihat ukiran senyuman indah pada raut wajah mereka? Kegembiraan kita, bermakna kegembiraan mereka juga.

KESERASIAN di sini bukanlah bermaksud, 'Kau cantik, aku mesti cantik,' atau 'Kau kaya, aku pun kena kaya'. Tidak sama sekali. Sememangnya manusia dijadikan berbeza-beza. Namun, dalam persahabatan, keserasian dapat diwujudkan apabila terbinanya persefahaman dia antara dua pihak.

Akhir sekali, hayati pepatah Inggeris di bawah:

"Friendship is an onion. It has many layers in it. Adds taste to your life, but if you try to cut it, you will get nothing but tears!"

(Persahabatan umpama bawang. Ia mempunyai banyak lapisan di dalamnya dan menambah perisa dalam kehidupan. Tetapi, jika anda cuba memotongnya, anda tidak akan dapat apa-apa, kecuali tangisan.)

Sumber: http//petuamelayu.com

Wednesday, September 23, 2009

it's eid 20092009

raya thn ni jatuh pd 20.09.2009.mmg lawa la tarikh 2.so plan dgn elis nk g raya rmh kwn2 primary skul.konon2 nye nak wat gathering kecil2an la.so set 22sept tp aq plak miscommunication smpi gtau kt mieza yg kami dtg beraya on 2nd day raya.huhuhu...slh info.cian mieza duk 1 hari kt rmh tunggu kedatangan kami yg x kunjung2 tiba.sowi sgt2 mieza.

so seperti yg d rancang aq,elis,elias,medeleo,stella n anne akn berjumpa b4 g serbu rmh kwn2.so sila la jamu mata anda dgn bbrp pic d bwh ni.


kpd kengkawan yg aq xdpt g beraya d rmhnya sorry sesgt erk.apapun...

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR & BATIN

musim2 raya ni mmg best mkn ketupat.so apa lg my mum pun wat la ketupat tk kami 1 family.sodapnye..tp xde rendang la.apapun thanx 2 my sis coz sudi msk ayam kurma tuk kami.luv u sis.


ready 2 eat


puding karamel

1st time try wat puding ni.teringin sgt nk makan coz biasanya time posa d U dulu mesti cari puding ni d bazar ramadan dpn RST tuk berbuka. akhirnya dpt gak wat sendiri n mkn dgn lahapnya.nyum..nyum...

sebelum di potong

sedia utk d makan