Followers

Thursday, June 30, 2011

say no to SECRETARY

holla!!!

hye readers...arini nak citer bagaimana keaddan diri ini sewaktu d tempat kerja.xpernah lagi se'hectic' ni sepanjang tempoh aku bekerja lebih dari 2 tahun.tuhan je la yang tau bagaimana perasaan n kecelaruan ku.

Nak dijadikan crita sebenarnya aku telah dilantik menjadi SU tuk perkhemahan yang akan menjelang tiba 2 minggu dari sekarang.lantikan dari bulan MAC lagi.dah lama kan.tapi biasa la diri ni memang x sedar diri langsung.suka bebeno wat kerja last minute.2 hari lepas SU Kokum tanya bila nak wat second meeting tuk camping tu tapi aku jawab tak tau.then kemaren jumpa penyelaras dia plak jawab tak tau nak wat meeting bila.sabo je la....tetiba arini penyelaras datang jumpa and minta wat surat jemputan tuk meeting ari selasa depan (5july) OMG!!!minit mesyuarat yang lepas tak wat satu haram lagi.padan muka aku...dussssss....

So sepanjang arini sibuk la bertanya beberapa orang bagaimana nak wat surat jemputan tu dan minit mesyuarat.hampeh betul la aku ni.da besau panjang pun tak reti reti nak wat minit mesyuarat.nasibla...syukur ada sorang kerani yang sanggup tolong aku wat surat jemputan tu.settle satu masalah.sekarang ni tengah memikirkan bagaimana nak mulakan ayat dalam minit mesyuarat.masa first meeting aritu tak concentrate pun time meeting.nyah kau LEEN...

Disebabkan hal ini la aku merasakan cepatnya masa berlalu arini.tidak seperti hari hari yang lain.terkejar kejar ke sana sini.pa nak jadi.apapun malam ni lepas post entry ni aku mesti wat minit tu.mesti buktikan kat orang lain yang i can do it too.pirahhh...cayok cayok......good luck to me.

p/s harap harap dapat la aku siapkan minit tersebut malam ni.

Wednesday, June 29, 2011

sukaria di musim cuti sekolah

it's been a while since i've updated my blog.semalam sy wat tribute tuk my dear cuzen yang passed away aritu.arini nak citer pa plak ek???no idea.....sebenarnya since balik dari lahad datu aritu terus xda mood nak blogging.xtau napa.tapi maybe 1 of the factor is school hols da habes and it's time to go to work.arghhh....

School hols aritu aku memang catat sejarah la sepanjang aku bekerja yang mana aku tak gi memana pun.memang sukar nak percaya tapi tu la realitinya.tapi seronok juga coz dapat duk rumah dan menghadap laptop ni 25/8.pergh

Nak dijadikan cerita duk rumah selama 2weeks ni keje yang aku bawa balik pun haram aku sentuh.nila bad habit aku yang sukar dikikis dari dulu sampai sekarang.suka wat keja last minute.klu esok nak kene check or submit malam sebelum tu aku akan pulun sampai kepala ke bawah kaki ke atas.sanggup tak tido semalaman.tak ubah macam masa aku duk kat U dulu.esok exam hari ni aku akan duk menghadap buku sampai la nak ke dewan peperiksaan.mengalahkan budak yang dapat 4.0 *aku dapat bwh 4.0 jew.cedey kan..

Korang2 suma especially students jangan la tiru aksi ini kerana ianya hanya akan merugikan diri sendiri.kekadang rasa seronok juga coz aku akan lebihkan tumpuan bila wat sesuatu.klu ada banyak masa aku akan wat keje sambil lewa.pelik tak pelik kan.

Tuesday, June 28, 2011

R.I.P

hello

Entry kali ni special tribute tuk my beloved cuzen late sri rahayu joseph yg passed away 2weeks ago (12june).cuzen ni la yang sy g lawat aritu kat hospital tawau.sungguh tak sangka yang kami diberi peluang tuk bertemu smula selepas almost 16years not seen each other.dan itulah pertemuan terakhir kami dengan beliau.

May your soul rest in peace.

Friday, June 10, 2011

melawat cuzen yang sakit

Fuh kemarin dapat perkhabaran yg one of my cuz masuk Hospital Tawau.tu pun nasib baik mak gi hantar jiran ke hospital dan terserempak dengan mereka.btw cuz aku ni duk kt Lahad Datu tapi kene refer kt hospital ni.rupanya my cuz ni merupakan salah sesorang survivor breast cancer.sedih kan....Cuz aku ni pompuan dan ada anak sorang baru berusia 10 tahun.aku pun bru 1st time met her daughter.so cute la.chubby gitu.

But for this time dia kena diagnose menghidap sakit paru paru berair.tadi time lawat rasa nak nangis pun ada juga.bukan apa tapi tengok dia sangat sangat sukar bernafas.kena pakai bantuan oksigen lagi.boleh imagine tak.kalau lihat dari mata kasar mesti orang kata dia mengalami lelah yang kronik sebaliknya tak.penyakit dia ni dah kira kronik la coz bila dah tebuk yang keluar bukan cecair biasa tapi nanah.OMG.

Menurut adik sepupu, masa mula mula sakit dulu, his sis dah pergi wat check up kt HLD tapi dorg kata takda apa apa.dan benda yang sama berulang.sakit my cuz makin menjadi.dekat 3bulan juga la then dorang gi check semula baru dorang cakap kena paru paru berair.dekat 3 bulan tu juga la my cuz tak tidur baring sebaliknya tidur secara duduk je.bila baring rasa macam oksigen tak masuk kat dalam paru paru.sengsara betul kan.tu yang kene refer pakar kat hospital tawau petang kemarin.

Syukur juga her hubby ada kenal sorang doktor kt sini then bila dorang wat X-ray memang paru paru belah kiri my cuz da diselaputi dengan cecair.so petang tu juga lepas kena warded terus kena tebuk kat tepi belah kiri (bahagian belakang) tuk keluarkan cecair.semalam je penuh sepeket.petang tadi masa lawat dah penuh setengah peket.banyak gila dowh.

Hari ni gi lawat dia langsung tak boleh nak bercakap.kitorang cakap pun dia hanya mampu angguk dan angguk.bantuan oksigen tu pun tak lepas dari mulut.sampaikan nurse tanya makan ubat tadi jam berapa pun jawab pakai bahasa isyarat.tapi aku tau cuzen aku ni seorang yang tabah dan kuat semangat.kalau dia boleh melawan penyakit kanser mesti dia boleh melawan penyakit ini.

ni katil my cuz

jiran yang mak hantar ke hospital

p/s berharap dan berdoa semoga my cuz cepat sembuh dan dapat berkumpul bersama keluarganya.

Wednesday, June 8, 2011

Eksiden @ Sungai Burung

Holla.

Petang semalam tengah asyik ber'online' mak aku datang minta tolong bawa macik aku ke Sungai Burung.pemikiran terus berlegar legar napa nak kena g tempat tu.dah la jauh.dekat 50km one way.biasa drive g tempat keje pergi balik baru 64km.kus...semangat ku.pastu mak cakap pacik aku eksiden.terus berdiri dan tanya itu ini mengalahkan wartawan tv.

Mak cakap lori yang dipandu pakcik bertembung dengan waja.keta waja tu kemik dan pemandunya dah di hantar ke hospital.dalam hari berdoa agar pacik aku xda apa apa.pakcik aku sebenarnya on the way ke Kota Kinabalu dari Tawau.aku bergegas tukar pakaian dan bawa tok sepupu.macik tak jadi ikut sebab nanti tak muat pula nak bawa pacik and the geng.

Sebenarnya pacik aku ni keje transport.tau tak apa keje transport tu?ala lebih kurang macam hantar barang2 kilang ke tempat daerah daerah lain.kali ni dia kena hantar barang dr Kota Kinabalu ke Lahad Datu tapi oleh kerana ada seorang sepupu nak ke Tawau jadi dia pun tolong hantar la sampai Te tawau.elok selamat je sampai tawau napa plak bila nak balik ke sana jadi benda macam ni.

Elok sampai di roundabout balung jammed.dah boleh agak ni mesti sebab eksiden tu.punya jauh lebih kurang 7km dari tempat kejadian.dalam hati lori pacik terbalik ke sampai jamme teruk macam ni.laluan menuju ke semporna kenderaan langsung tak gerak.aish....dalam kepala otak dah fikir yang bukab bukan.buruk betul perangai aku ni.dekat 20minit juga la keta tak bergerak.bila dapat gerak punya la slow, laju lagi siput babi rasanya.tapi siyes der guna gear 1 je tuh.

Tup tup bila sampai xde pun lori terbaring atas jalan raya.yang ada lori masuk ke parit tepi jalan.tapi napa boleh jammed gila babai ek???korang mesti boleh agak napa kan...biasalah ragam orang kita, asal je eksiden sibuk nak tengok kenderaan apa yang esksiden, brapa orang yang mati, nak amik gambar.bukan nak tolong.memang betul betul tak faham mentaliti orang kita.

Parking keta belakang keta on tow pastu tau tak rupanya aku sorang sorang je pompuan kt situ.ala ala heroin la.HAPRAK!!!siyes tak tau nak buat apa.tok sepupu g tengok keta waja tu.aku jenguk jenguk dari jauh je la.malas nak gi dekat bukan apa, kan aku dikata menyibuk.malu seh.tapi nasib baik la pacik aku ni geng highway star...jd mana mana kenderaan yang ada tepek sticker highway star yang lalu pasti akan di tahan tuk minta bantuan.tunggu dekat sejam juga la tuk keluarkan lori pacik aku.kesian gak aku tengok dia.dahla bukan asal tawau, konfem la tak ramai kawan nak minta tolong.

Rupa rupanya waja tu sedang menuju ke Tawau dan dikatakan memotong sebuah lori trailer dihadapan.bila waja tu tak lepas nak potong dia bertembung dengan lori pacik aku dari arah bertentangan. dan oleh kerana nak mengelak tu la lori pacik masuk ke parit.nasib baik parit kalau gaung tak tau la nak cakap hape.isk isk isk

Bila lori dah dikeluarkan dari parit tepi jalan kitorang terus chow balik ke tawau semula.pacik aku da serabut takut kena marah dengan bos.ye la mana tak nya kene g tempat lain tapi sampai kat tempat lain.sebelah malam bawa pacik wat report kat bahagian trafik dan amik lesen memandunya.aku tak berani nak tanya banyak ye la aku tau pacik masih trauma dengan eksiden tu.

Apapun yang berlaku yang penting pacik and the geng tak salah dan semuanya pun selamat.syukur sangat sangat kepadaNya.sesungguhnya malang tidak berbau.kadang kadang kita dah cukup berhati hati tapi orang lain bagaimana???bawa keta kat atas jalan raya tapi poyo bak memandu kat atas Litar Sepang.memang cukup fed up dengan perangai orang macam tu.

macam ni la keadaan lori pacik

kuat juga waja tu sampai patah tangki air lori pacik

Monday, June 6, 2011

Visiting baby

Holla.

Semalam aku, lil' boy dan mak g visit anak macik yang dah nak masuk usia 2 bulan.sebenarnya tak rancang pun nak g ziarah tapi ni rentetan dari mulut aku yang celupar gi bagitau kat mak yang baby tu badan dia lembik semacam je.tak sama macam dua orang lagi anak buah aku.apalagi mak aku ni pantang sikit hal hal penjagaan bayi yang baru lahir.terus dia kol nenek sepupu aku kate nak gi rawat bayi tersebut.amboi mak aku ni mengalahkan mak bidan la plak.

Memang aku suka tengok cara mak aku rawat bayi.sebelum mandi mesti dia hangatkan badan bayi tu dulu.pastu gigit kat tengkuk tujuan tuk kuatkan batang leher bayi tadi.pastu tarik tarik batang hidung dengan harapan nak bagi hidung mancung kemain.haish...pastu angkat kedua dua tanganbaby tu ala ala sang juara.then angkat kedua dua kaki.boleh imagine tak.ala kira macam kita terbalikkan la budak tu.habis segala ilmu diturunkan kat macik aku.sabar je la ek.mak aku tak marah pun.buat ni demi kebaikan bersama juga.pastu urut badan guna minyak kelapa + bawang merah goreng.nasib ko la baby.kecik kecik da kene berurut.tapi urutan ni baik sebenarnya tuk menguatkan otot otot badan.bak kata mak aku 'keras macam pokok mati'.hehehe

dah siap tiba masa tuk aku n lil' boy gomol gomol si kecik tu.suka sakan kami kerjakan dia.dahla si kecik ni asyik nak minum susu je.selang 20min mesti menangis minta susu.punya la kuat suaranya.tak perlu guna mikrofon dan speaker.memang high pitch la.nak terkeluar eardrum dan cochlea.oppsss klu cochlea terkeluar sohei aku jadi pekak.


vincent with my lil boy

Introduce Vincent Sawu.betul tak aku spell nama anak buah ni.

Saturday, June 4, 2011

Kim's birthday party

Holla.

Hari ni public holiday sempena birthday DYMM Agong Sultan Mizan.Daulat Tuanku.kesempatan ni digunakan sebaiknya oleh my cuzen tuk celebrate birthday dia punya youngest daughter 1 year old.so sebagai anak yang patuh, saya bawa la mak ke venue yang telah di tetapkan.sampai di sana, punya la ramai kanak kanak ribena.dari yg baru lahir sampai la ke usia 12 tahun.tu tak masuk lagi yang remaja sampai yang tua.macam da ada 4 generasi yang dapat dilihat.

Tapi rasa seronok plak melihat telatah mereka bermain, berlari ke sana sini.kanak kanak yang tidak mengenal perasaan benci dan tamak.sangat suka melihat mereka.dalam berkumpul beramai ramai sanak saudara ada terselit tiga bayi yang baru mencecah usia 2bulan.so cute and adorable.tak hengat nak amik pic.ruginya....2 boys and 1 girl.yang menarik tentang mereka ni adalah mereka lahir pada bulan yang sama April.next year boleh celebrate sekali tau.tapi aunty pun terpaksa la tebalkan poket kalau macam ni.

happy birthday to my sweety Kimberly Rose a.k.a kim kim


sori la 1 pic pun x amek.

Friday, June 3, 2011

kerja semasa cuti

Semalam pulun siapkan marking paper bebudak pastu terus emel kat SU Peperiksaan.memang macam tu la tugas seorang guru.orang selalu kata, ala best la jadi cegu banyak cuti.budak cuti cegu pun cuti.tapi hakikatnya orang tak tau yang time cuti cegu ada juga kerja yang perlu di siapkan.contohnya paling jelas macam aku ni ada lagi nak marking PEKA bebudak ni.2 PEKA tuk 1 kelas.yang ni ada tuk 2 kelas.fuh...tarik nafas dalam dalam.

Mungkin ada hikmah juga cuti 2minggu kali ni aku tak g memana.sampaikan BF Nora bertanya aku semasa kami chat ym.

NORA:mer ko di mana?

LEEN:aku di rumah la mana lagi.

NORA:biar betul???

LEEN:betul la.tak kan nak tipu kot
NORA:tak g travel ke?
LEEN:tak.no money.kikiki
*lebih kurang macam tu la chat kitorg
*

Tu baru BF Nora yang bertanya.sebenarnya sepupu sepapat pun ramai yang tanya pasal cuti aku kali ni termasuk la my sis sendiri.menguap.bosan sebenarnya orang dok asyik tanya pasal cuti aku kali ni.aku tau la selalu klu cuti mesti aku menghilang.esok start cuti, malam ni da angkat beg keluar rumah menuju ke destinasi yang di idam idamkan.muka ni da memang kena cop klu cuti je mesti tak lekat kat rumah.hambik kau.but this time....no more holidays, no more travels, no more vacation.sigh

Salahkah kali ni aku luangkan masa tuk bersama family.puihhhh...pirahhh.nak menipu plak padahal nak menyiapkan tugas yang belum selesai.

Kepada BF suhailah yang tengah menunaikan umrah, semoga dapat menunaikan ibadah dengan sempurna dan selamat kembali ke tanahair.