Followers

Thursday, August 18, 2011

Spontaneous Thursday #2

Hello...


Tanya cikgu kehadiran anak muridnya
RINDU ?...Hadir cikgu.
BENCI ?...Saya...
KASIH ? Tak hadir
SAYANG ? Sakit, cikgu
CINTA ?..CINTA ke mana? tanya cikgu
RINDU & BENCI menjawab: CINTA pulang cikgu
Kenapa???tanya cikgu
serentak RINDU & BENCI menjawab : kerana CINTA takkan pernah hadir tanpa KASIH & SAYANG


Tuesday, August 16, 2011

Juadah berbuka puasa #2

Hello.

Last weekend aku telah menerbangkan diri ke Kota Kinabalu.kira macam weekend getaway la.saje je membawa diri seketika di bulan posa.takda shopping pe pun yang penting enjoy.

So ni adalah menu berbuka time duk kat KK.let the pics talk:

De Galleria Hotel Cafe

Tom yam seafood

Sotong bakar

Sambal lada

Nasi goreng seafood

Milo susu panas

Thursday, August 11, 2011

Juadah berbuka puasa #1

Hello

Reader korang nak tau tak kemaren tak tau la setan mana yang merasuk diri ini sehingga kan makan tak hengat dunia.seyes.kat tempat keje beli gado-gado dan pulut.teringin nak makan gado gado.last makan masa kat Lahad Datu aritu tapi rasanya agak manis sikit.

So kemaren bila berbuka ingatkan nak makan gado-gado tapi lain pula jadinya.buka periuk nasi mak tak tanak nasi.yang ada pun sisa dari tengahari.pastu tengok lauk memang faveret ikan masak tomato dan sayur kangkung.apa lagi bila sampai time bebuka tepi tarik pinggan dan senduk nasi.pastu angkut segala lauk pauk masuk dalam bilik.tuk pengetahuan korang aku ni ada satu habit yang tak baik.makan kat bilik tapi bukan atas katil tau.bukan apa senang nak ber'online' sambil makan.

Waktu berbuka makan nasi dan lauk yang mak masak.gado-gado aku jeling jeling dari tepi je.pas dah melantak nasi terus tarik pinggan yang berisi gado gado.sambung makan tuk second round.perut aku ni memang perut lembu kot.boleh isi banyak benda kat dalam.bila dah habis makan gado gado terasa mata pun da berat.da set nak makan pulut sebelum tidur coz tak nak bangun sahur.memang itu la yang terjadi.dan semalam tidur ku tersangat la lena tanpa sebarang gangguan.syukur atas rezeki yang diberikan.






Spontaneous Thursday #1

Bulan ramadhan mmg kaya dgn kuih-muih utk berbuka...jom kita tgk kuih febret kamu masuk kategori mana...hehe

Kuih paling gangster = Lompat Tikam
Kuih paling sexy = Puteri Mandi
Kuih paling keji = Taik Itik
Kuih bajet cute = Cek mek molek
Kuih untuk awet muda = Seri Muka
Kuih ala hispanic = Kuih Lopez
Kuih paling lembap = Kuih Siput
Kuih paling kaya = Jala Emas
Kuih paling jauh = Kuih Bulan
Kuih penyakit lelaki kronik = Batang Buruk
Kuih pengganas = Kuih Bom

Tuesday, August 9, 2011

Mangsa baru

Hello...

Zasss...tajuk punya la havoc.mangsa baru apa plak kali ni aku nak merepek.aku bukan mak harimau lagi bukan mak singa so korang tak perlu takut k.aku tak kan jadikan korang sebagai mangsa bahaman ku.tettttt.

Sebenarnya tadi lepas berbuka tetiba teringin nak gi bergosip kat rumah nek sedara.dah 3 4 hari tak gi jenguk my uncle and aunty.ye la mesti dorang nak tau update terbaru kisah aku dan si dia.so lepas melahap tak tunggu sendawa terus capai selipar dan straight ke rumah yang dituju.ala dekat je pon.kalau jalan kaki tak sampai seminit dah sampai.nak guling guling dalam masa 30saat da sampai.amboi kekwat nampak.sebenarnya rumah nek sedara ni sejengkal je dari rumah aku.

Sampai je aku dipelawa makan kuih muih tapi disebabkan da terlalu kenyang aku menolak secara baik pelawaan my aunty.pastu aku pun terus buka cerita kejadian si dia berjumpa dengan my big bos and mem.memang haru la.sah kena REJECT.tapi 1 thing yang I like much bout him is dia dah tau kena macam tu pun still berkeras nak gi jumpa my parents.kalau orang lain konfem tak nak pegi.sebelah nek sedara ni jenis yang open-minded so dorang tak kesah pun dengan sapa aku berkawan.

Sedang leka update cerita dengan uncle and aunty, nek sedara panggil kena menghadap dia plak.dalam hati tertanya "kali ni nenek plak ka yang mau reject dia?"huhuhu...kalau betul memang nasib dia la.Sekalinya nenek cakap ada insan ni nak pinang aku tuk anak dia.OMG!!!!biar betul insan tu, anak dia lagi muda dari aku yang masih sedar diri ni.dalam kotak fikiran bermain beberapa persoalan:

  1. Camana respon si dia kalau aku cerita hal ni?
  2. Insan ni waras atau tidak coz setahu aku anak dia dah ada GF.
  3. Kalau mak aku tahu hal ni dia suka ka tidak?
  4. Tetiba rasa macam saham tengah melambung *sangat poyo*

Monday, August 8, 2011

Boooonusssssssssssssss

Hello

Tengah menghayati makanan berbuka posa td aku nampk sorang kawan sent kat wall post dia macam ni:


Dalam hati ni tertanya tanya tahun ni adakah bonus?tak sebulan gaji separuh bulan gaji pun ok la.sebelum sebelum ni selalu je RM500 sebagai tanda saguhati buat kakitangan kerajaan.orang yang kerja swasta biasanya dapat bonus 3 bulan gaji, 4 bulan gaji *macam abg ipar saya yang keja kt estet kelapa sawit* memang cukup kagum la dengan dorang.

Jari jemari laju je g taip BH Online coz kat situ laju je update kan.so apa lagi bila tengok berita mutakhir tanpa sedar aku senyum meleret leret seluas luas lautan yang dalam.pheuwwwww nasib tak rabak je mulut ni.langsung tak hengat dunia dibuatnya aku.hishhhh apa la aku ni.SAH!!!tengah bulan Ogos ni dapat bonus 1/2 bulan gaji.

Kepala terus ligat memikirkan duit bonus ni nak guna tuk apa????dalam hotak ni banyak sangat wishlist.betul betul ikut perangai syaitan....sabar sabar.ingat TUHAN.antara yang bermain dalam kotak komputer ku ni antaranya:

- Iphone 4
- Blackberry tak kesah model pe pun janji ada berry kat hujung
- Ipad 2
- Handbag kat sometime
- Jam tangan Guess
- Maxi dress

Sah aku lupa dunia kejap terasa maciam berada kat langit ketujuh.tak sedar diri betul aku ni.dahla bulan ni memang kopak dek kerana
  • renew insurans LELO
  • renew roadtas
  • servis LELO
Kiranya bulan ni memang habis tuk LELO ku sayang jew.nasib baik ko banyak jasa tuk aku klu tak haram la aku nak spend tuk ko bebanyak.tuk diri aku pun x sebanyak macam tuk dirimu wahai LELO ku.apapun terima kasih PM.

Sila klik di sini tuk kepuasan hati anda BH online

http://says.my/zaleen/kitkat

Friday, August 5, 2011

SAPS...menyenangkan atau membebankan?????

Hello....

Selamat malam wahai pembaca ku.dua hari tak update lantaran dari kerja kerja yang tak selesai.bulan lepas busy dengan PEKA, pulun juga la tapi yang Form 2 tak setel setel lagi.yang Form 3 berjaya disiapkan on time due to nak kena bagi MSF kepada SU PMR.klu tak bagi ada juga biji mata aku jadi lebam dan terjojol dek kena tumbukan dari pihak berwajib.huhuhuhu....sebak di dada mengenangkan nasib hidup ni.

Siap je PEKA ada lagi tugasan baru yang menyusul.memang tak boleh nampk aku senang sikit la orang orang ni.kali ni kami diminta meng 'key-in' kan markah exam Semester 1.kalau setakat key in dalam excel tu takpa juga la.memang terror aku ni membuat tapi yang kali ni lagi canggih punya.kena key-in secara online.terus gelap gelita rasa dunia ku 5minit.

SAPS ni maksudnya Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah yang mana pihak KPM mahu menyelaras kemasukan data peperiksaan ke dalam satu sistem berpusat sahaja.aku takda hal sebenarnya online online ni memang hobi la.apa tak nya celik mata je terus facebooking, blogging, baca online news.memang dah jadi habit.

Yang membuatkan jiwa ni tak tenang serupa macam hati adalah bila dapat log in serve asyik busy tak cukup dengan itu bila da banyak key-in markah tup tup bila nak simpan kuar ERROR.oo....aku memang pantang tengok benda benda yang error ni.ingat jari aku ni apa tak sakit duk asyik tekan keyboard ni berulang kali.juling biji mata melihat nombor nombor yang ada.

Semua ni ada hikmah rupanya.keluhanku ni turut didengar oleh NUTP sampai kuar kat BH arini.

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) meminta Unit Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Kementerian Pelajaran melakukan penambahbaikan segera terhadap Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang didakwa bermasalah.

Setiausaha Agung NUTP, Loke Yim Phing, berkata kesatuan menerima banyak rungutan dan aduan daripada guru di seluruh negara mengenai SAPS, yang diperkenalkan Julai lalu untuk menyelaras kemasukan data peperiksaan ke dalam satu sistem berpusat sahaja.
"Mereka (guru-guru) bukan tidak sanggup mematuhi tugas mereka, namun sistem berkenaan memang bermasalah sehingga menyebabkan mereka terpaksa menunggu berjam-jam untuk memasukkan data peperiksaan seterusnya menyebabkan mereka tertekan.
KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) meminta Unit Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Kementerian Pelajaran melakukan penambahbaikan segera terhadap Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang didakwa bermasalah.

Setiausaha Agung NUTP, Loke Yim Phing, berkata kesatuan menerima banyak rungutan dan aduan daripada guru di seluruh negara mengenai SAPS, yang diperkenalkan Julai lalu untuk menyelaras kemasukan data peperiksaan ke dalam satu sistem berpusat sahaja.
"Mereka (guru-guru) bukan tidak sanggup mematuhi tugas mereka, namun sistem berkenaan memang bermasalah sehingga menyebabkan mereka terpaksa menunggu berjam-jam untuk memasukkan data peperiksaan seterusnya menyebabkan mereka tertekan.

"Oleh itu, kita berharap supaya sistem berkenaan dapat diperbaiki dengan segera," katanya kepada pemberita di Wisma NUTP, di sini, hari ini.

Sistem SAPS dibangunkan oleh Kementerian Pelajaran secara talian bertujuan mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh negara.

Sistem berkenaan, yang boleh dicapai semua pihak termasuk Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Daerah dan Pejabat Pelajaran Daerah, sepatutnya memudahkan guru memasukkan dan mengemas kini maklumat kelas, maklumat matapelajaran dan data pelajar di bawah jagaannya selain memasukkan markah setiap mata pelajaran mengikut peperiksaan yang ditetapkan.

Loke melahirkan kebimbangan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas akan terjejas kerana guru terlalu sibuk untuk memasukkan data peperiksaan ke dalam sistem berkenaan.
"Sehinggakan ada guru yang sanggup meninggalkan proses P&P di kelas semata-mata mahu memasukkan data peperiksaan ketika sistem berkenaan berada dalam keadaan baik," katanya.

Beliau mencadangkan agar unit berkenaan melanjutkan tarikh akhir kemasukan data peperiksaan ke dalam sistem berkenaan pada 15 Ogos ini kepada akhir bulan ini. - BERNAMA

sumber dr BH online