Followers

Monday, October 22, 2012

Bali #1

Bila Airasia buat promo jak last year terus Bali yang running on my head. One of the place that i should go.WAJIB hokey... Bila tiba hari yang dinanti nanti hati terasa gembira yang teramat. Tak perlu tunggu honeymoon pun boleh pegi. Angkat beg dan blah.

So 3 Jun yang lepas flight aku ke KL. Macam biasa ambil last flight dari Tawau. Suka betul ambil yang last pastu stay up di LCCT. New hobby. Perhatikan gelagat orang berlari ke hulur hilir nak cepat ke luggage drop counter, sibuk ke kiosk tuk self check-in, etc. Flight ke Bali kul 3.45pm  4 Jun, lepas je check in terus terbayang kelazatan fries Mcd..tak beli kang aku kempunan...nak naik flight punya la jauh destinasi yang di tuju. otak ligat je berfikir benda benda yang tak baik. hishhhh. Terus halakan langkah menuju ke Mcd...i'm lovin it. Nak makan fries je pun.

Lepas beli terus masuk ke International Hall Departure and straight queue kat immigration tuk clearance dan lipat kaki duduk di ruang berlepas. Gara gara ke'excited'an tu flight sejam setengah kitorang dah duk tercongok di situ. Naik lebam muka c kawan tengok perangai tak senonoh ku itu. Sabar je la. Sementara tunggu apa lagi membaham fries yang tak seberapa nak banyak. Dia pun makan sekali tak ke muncung aku jadinya.


Perasan jadi jutawan segera.Ni je la duit saku yang aku bawa selama 4 hari percutian. Tak cukup tinggal dan bekerja di Bali.


 Jakun jap nampak abang FA terus nak snap pic dia. Tak da kerja.

Nasib baik dapat seat tepi tingkap kalau tak konfem mulut aku muncung dan henti henti marah dgn AA yang campak aku ke last row ni.

Nais

Perjalanan selama hampir 3 jam membuatkan bontot ku tak senang duduk. Dahla dapat seat yang belakang sekali memang ampun la jawabnya. AA memang sengaja tau. Nasib baik ada teman sejati ku, Inflight Magazine yang banyak memberikan sumber info berguna tuk orang macam aku. Tup...tup nampak retis sekapal dengan aku oh abang biso bona - Hattan.


Teman saya sepanjang perjalanan menuju ke destinasi.Cover page sahaja telah membuatkan jantung aku dup dap dup dap. Semakin tak senang duduk mau cepat sampai ke Bali dan melihat tarian kecak.


Isi perut dengan Nasi Lemak Pak Ali. Fries McD tadi gantung gara gara sharing. huh. Lain kali kalau nak makan juga bagitau awal awal senang nak borong banyak sikit.apa daaa. Nasi lemak yang sangat menyegat kepedasannya.


Kalau tak isi ni konfem aku tak lepas nanti kat imigrasi Indonesia. Terus hantar ke kampung mak pak aku. Tidakkkk.


Ni la nasib orang yang duduk last row bila pintu belakang tak dibuka dan semua perlu menggunakan pintu hadapan. Dah clear baru boleh turun. Sedih. AA lain kali jangan bagi aku duduk belakang ok. Kejung segala urat dan tulang tak boleh bergerak.

Sampai Bali hari sudah gelap. Kalau korang nak tahu hotel mau duduk di Bali tak booking lagi. Kitorang memang suka sampai satu tempat baru terhegeh hegeh nak cari hotel. Tu pun kira satu hobi juga la. Suka thrill thrill ni baru adventure kan. Nasib dekat luar bandara tu ada banyak kaunter tuk ko nak cari hotel mana ko nak stay kalau tak ada gak semalaman berpusing mencari hotel di area Kuta. Akhirnya kami pilih AA hotel. Bukan Air Asia Hotel tau. Yang bestnya kitorang dijemput oleh pak supir hotel tu kat airport ni. Kerlasss kau. Sampai hotel settle check in letak barang dalam bilik terus blah. Hotel ni tak jauh dari bandara Ngurah Rai. Jalan kaki ada gak dalam 20 min. Zasss...sampai la ke kedai makan nasi padang.


Hotel selama di Bali. First plan nak duduk semalaman jak tetiba duduk selama 4 hari. Memang dasar mungkir janji. Alasan dekat dengan spa dan kedai makan. Macam la hotel lain tu takda spa dan kedai makan yang berdekatan. Ko memang suka bakar hati aku bila gi bercuti.


Bilik hotel ku. Tak mewah sesuai dengan harganya yang berpatutan. Air cond pun kuat. Mau tak kuat sampai tak sedar ke diri matahari dah terjojol atas kepala baru nak bangkit. Memang dasar orang kampung yang rumahnya takda air cond. Dapat sekali konfem tidur ku lena.










Sunday, October 7, 2012

Raya 2012

Dah habis syawal baru nak wat entry kan. dang... Raya tahun ni sama seperti tahun tahun yang sudah aku pasti gi beraya ke rumah kawan kawan secondary school. Ni kira aktiviti tahunan.kena masuk dalam planner. tahun lepas tak dapat join sebab aku outstation. Outstation la sangat.

Macam biasa kitorang akan set nak jumpa kul berapa dan rumah sapa first nak di ambush. Last minute, our organizer Princess Pongak tak dapat join coz ada masalah kesihatan. So pandai pandai la kitorang gerak sendiri. Aku dijemput oleh Bunneq dengan menaiki myvi putihnya. Thanks ban sudi jemput aku yang mengada ngada ni. Lepas tu terus ke rumah Datin Nora *special guest from KL*. beberapa bulan sebelum puasa dah suruh kami adakan beraya bersama.

Rumah pertama....rumah cik Mirna di Taman Semarak. Oleh kerana jalan ke rumahnya kitorang tak pernah nak hengat so terpaksala dia minta adiknya jemput kami di bangunan kedai berdekatan.


 Sampai je memang dah terhidang kuih muih atas meja terus pilih jak mana yang berkenan di perut. hamekkau siap kena hidang soto lagi. dah habis melantak baru ingat nak amik picca. masa ni Cik Mirna tunduk tunduk malu tak nak kena amik gambar. ceit.
 
 Ervanian
 
 Saya la sapa lagi kan

                     Datin Nora                                                                          Mirna
 
                           Roziah                                                                             Rahmah
       
 Hidangan di rumah ke 2 -  rumah cik Bunneq 
Pernah tak korang di beraya dihadiahkan a.k.a diberikan buah tangan? mesti tak pernah kan...see apa yang kami dapat. pisang sanggar yang enak tuk wat cekodok atau jemput jemput. thanks to Ochee's mum yang murah hati berikan pisang ni tuk kitorang.terharu rasa.

 Pilih pilih Mirna jangan tak pilih. kat JB takda pisang jenis macam ni. di Sabah jak ada.ngeeee....
Kenangan raya bersama di Tawau 2012. make it again next year ok.

Walaupun cuma berenam tapi tetap happening. masing masing dengan celoteh. lebih lebih rakan ku yang sorang ni...yes miss Rahmah. seronok dengar dia cerita tentang Doha. by the way, rakan ku ni dia bekerja di sana..memang best bila kita bekerja di luar negara ye la boleh compare cara mereka bekerja dengan cara orang kita. pada hari kejadian 5 buah rumah telah diserbu sampai ke malam beraya. mengalahkan kanak kanak riang. lagipun kami belum berkomitmen jadi apalagi santai la berjalan tanpa memikirkan sesiapa yang ada di rumah walaupun mak bapak kami resah fikir anak dara dorang tak balik balik. ampun pak...ampun mak.

p/s Sori baju aku tak memenuhi tema raya. sigh.