Followers

Sunday, September 22, 2013

Cuti vs Aktiviti

Ni kisah minggu lepas yang berlaku di tempat kerja aku. 14hb tu sekolah aku adakan sambutan hari merdeka. Dah 2 minggu baru nak sambut...hahaha...ok la daripada takda langsung kan. So kami wat program dan diakhiri dengan jamuan makan makan. Bab makan makan ni memang tak boleh tinggal sebabnya kami semua suka MAKAN. Lainnya kali ni kami wat potluck di mana kami join la mana mana group. Ada sepuluh group means ada 20 menu....setiap group dapat dua menu. Contoh macam group aku,  dapat lontong dan daging sate.

Pagi tu aku join kejap kumpul kat dewan makan tuk majlis sambutan. Sempat juga aku tonton sketsa lakonan pelajar PRA U yang bertajuk Tragedi Tanduo...ok juga la lakonan budak budak tu. Tak habis pun sketsa ni aku dah blah sebabnya aku kena tolong bantu susun makanan yang di bawa. zappp lari ke kantin. Mujur aku tak terlambat. Sempat juga aku bantu mana mana yang patut. Cepat susun cepat makan betul tak.
ngeh...ngeh...

Orang suma berkumpul dalam dewan kami sibuk pose di luar

Aik napa ada buras plak ni? Macam hari raya pulak.
Salad buah yang so manis
Jelly
Cheese tart
Dadih
Lawar ikan...sedap
Roti jala...tak sempat nak rasa
Nasi beriani
pelbagai jenis kek
Cheese Cake
Tak rancang pun nak potong potong kek bagai tapi ooleh kerana kek tu memang dikira special so kami pun minta tuan pengetua tuk potong *tuan pengetua bersama YDP PIBG*
Laksa
Masa untuk makan. Suma pun duk menghadap makanan yang ada sampaikan aku snap pic ni pun sorang akak tu jak yang perasaan. Lapar sangat kamuorang ni kan.
Geng AKS yang duduk di hadapan aku
Tuan belog punya. First ambil laksa dulu. Best laksa ni siap ada udang lagi.
Second amik nasi beriani. Mana mau rugi kan dah banyak makanan baik kita lantak sekali. Lepas makan yang second ni aku makan kek yang lain dah tak leh sumbat masuk.

Hari ahad pulak sekolah kami ada buat Merdeka Walk kali yang kedua. First dulu dibuat tahun 2010.Aku tak kena jalan cuma kena jaga checkpoint. Patut aku punya checkpoint tempat lain tapi tukar dengan kawan. Dah tukar aku tukar lagi pegi Takada sebab dekat dengan rumah. Jalan kaki pun boleh.

Budak budak semakin menghampiri checkpoint kami
Sampaiiiiii
cepat....cepat....cepat
Tengah tengah berdiri kak Za panggil naik kereta apa lagi zup masuk dalam kereta. Bila dah masuk tetiba kawan di atas ni (Ann) tanya aku, jam berapa kita mo balik ni? lol...Dah tadi yang ko sibuk lari dan masuk kereta tu kenapa...aku nampak ko masuk aku ikut masuk la.
Peserta paling kenit.....Adik Sufi Imran...gewammm tengok budak ni...bambam gila pastu suka senyum. Ko acah sikit je konfem dia gelak
Checkpoint terakhir di sini Wisma Persekutuan Tawau
Kami dah sampai
Bersemangat
Eh...pengetua pun ada. Tabik spring dengan pengetua sebab dia ikut jalan kaki dari sekolah sampai habis non-stop. tu dia bawa anak dia sekali tapi anak dia baru join dekat checkpoint Baptis.





Surpriseeee...sempat lagi celebrate belated birthday tuan pengetua

Hari isnin orang sambut Hari Malaysia kami sibuk ada pertandingan badminton. Geng lelaki main penuh semangat tapi bila masuk geng perempuan yang banyaknya gelak. Macam mana nak fokus. Pukul sekali gelak, pukul sekali gelak. Aduiiii...last last sakit perut sebab ketawa.

Si kenit Sufi dan raket




Team yang kuat gelak

Begitulah cuti 3 hari aku. Walaupun orang lain bercuti sakan macam gi shopping ke, santai kat rumah ke but cuti aku ni pun best juga sebab dipenuhi dengan aktiviti.