Followers

Sunday, October 27, 2013

B-day

Hello

13oct- fave no.hehehe

Wah...finally i'm entered to 3series. Macam tak percaya....masih terasa diri ni masih muda remaja...puiii. Sudah la setiap hari marah pelajar ada hati kata muda remaja. Zaman ko dah berlalu la Leen. Takda istilah nak celebrate birthday sebab aku pun tak ingat bila last aku sambut birthday. Yela bukan jenis suka makan kek dan aku ni macam tak biasa la potong kek depan khalayak ramai pastu orang lain siap nyanyi lagu besday *akutakbiasa*

So kemarin aku keluar dengan Kak Enie dan Mas lepak kat Chocolate Heaven. Pada asalnya janji nak jumpa jam 1pm pastu delay ke jam 2pm n lastly ke jam 3pm. Nasib baik jadi juga kalau tak alamatnya ada yang meletus. Masing masing datang sendiri. Aku sampai jak Mas terus ketuk pintu kereta dan masuk. Borak macam tak apa yang berlaku. Siap ajak aku g KK 2 minggu lagi sebab dia dan kak Enie ada penilaian. Aku tak dapat join sebabnya sepanjang bulan ni sampai bulan depan hari SABTU kami kena turun bekerja. Macam sabtu lepas ada LDP yang akan datang ni mesyuarat....okeh tak mo mengeluh.

Tak lama tu kak Enie datang bersama drivernya kak Ani. Parking elok sebelah lelo pastu kak Ani turunkan cermin keta...

Happy birthday Leen
Thank u kakkkkk *senyumsampaitelinga*
Pelik juga apsal kak Ani boleh tau birthday aku ni.

Mas: Ala kak Ani bah rosak plan
Aku: muka blur sambil keluar dari kereta

Aku buat dek jak jalan straight masuk dalam CH. Rupanya kak Ani pun join sekali biar sakit kaki. Punggung dah letak atas bangku baru la kak Enie dan Mas ucap birthday kat aku. Mas still tak puas hati sebab kak Ani dah wish dulu. Aku wat andaikan based on riak mukanya. Kak Enie boleh lupa yang hari tu birthday aku sekali bila dia terpandang lelo terus tanya kak Ani

hari ni berapa hari bulan 
13hari bulan

Jadi kepelikkan aku napa kak Ani boleh tau birthday aku terungkai akhirnya.
















Monday, October 14, 2013

Hari Fastfood

Hello

Alkisahnya kebetulan baru gaji jadi aku ingat memang elok la aku tunaikan janji dengan bekas pelajar aku. Berzaman janji baru sekarang kau bawa...KFC je pun dah berbulan bulan kalau minta lunch di hotel agaknya setahun baru aku bawa budak tu. Sorry...

Aku bawa Sandra sekali sebab dia ni memang peneman sejati kalau aku ada exrra class hujung minggu. Lagipun birthday dia baru lepas beberapa hari so sekali harung la.

budak budak ni malu agaknya nak order banyak last last amik ni je
cheeze wedges...aku dan Sandra bantai berdua
ooo time saya amik gambar korang sengih sengih tapi bila time awek yang amik smart pulak hasilnya *buktijelasgambardibawah*


Double cheese zinger tatap menjadi pujaan hatiku. Letak la burger baru pun tetap aku carik yang ini juga.

Makan sambil bercerita...ketawa sakan sampai tak hengat dunia. Lepas tu bawah haluan masing masing. Aku dan Sandra pun balik rumah rehat rehat pastu malam bedal pizza. Sebab kakak dah janji nak belanja anak daranya sempena birthday. Plan asal nak beli kek SR last last tukar plan makan pizza lagi kenyang. Best la ngko Sandra umur 9 tahun dah pijak masuk Pizza Hut. Aku dulu rasanya time study kat Terengganu baru dapat pijak dan merasa nikmat makan pizza. Anak buah aku ni jenis pegang janji. Ko dah janji nak bawa dia makan kat kedai tu ko kena bawa kalau tak siap la terima amukan anak harimau. Mak dia pun kadang kadang surrender.

Anak beranak





Perut aku memang full tank pada hari tu. Happy dapat tunaikan janji dengan pelajar dan celebrate birthday anak sedara. Takda kek tuk anak sedara sebab macik dia dah belikan kek pada hari lahirnya. Takkan la mo potong kek berkali kali over ko nak.

Wednesday, October 2, 2013

Layan tekak calon PMR

Hello

Akhirnya PMR bermula hari ini dan merupakan PMR yang terakhir lepas ni pelajar akan diuji guna PBS sahaja. Tuk tahun akhir ni sekali lagi aku menjadi pengawas tuk mengawas bebudak PMR di SMK Kinabutan. Cari pengalaman kekdahnya.

Aku bukan nak cerita pasal pengalaman mengawas PMR tp aku nak cerita pasal budak budak aku yang nak PMR. Orang lain sibuk belajar ulang kaji penuhkan ruang ruang otak dengan ilmu yang diorang ni pulak sibuk nak penuhkan perut dengan Big Apple. Aduh memang pening aku dibuatnya. Tak dilayan kang kempunan pulak time nak jawab soalan asyik terbayang benda alah ni sapa nak jawab, so aku pun ikut je la. Nafsu yang membuak buatkan diorang sanggup share duit seorang pastu minta aku tolong beli dan bawa gi sekolah.

Over betul uolls kan minta beli 9 ketul pastu aku tanya la  

Sapa sapa jak 9 orang tu? 
Kami 8 orang pastu teacher la yang lagi 1 tu. 
Ooo..... jadi teacher pun kena bayar ka?  
Bayar la mo makan kan

Perghhh...meleleh air mata darah pun itu lah jawapan pelajar kesayangan aku. Baiklah uolssss i layankan tekak yang mengada tu. Amekawwww




 Tak kempunan dah kan??? So jawab PMR elok elok k. Lagi 2 orang tak nak bergambar malu katanya...ceittt

Suka korang kan dapat makan big apple yang gebu tapi sejuk tu. Aku suruh budak budak tu ambil donut mana yang dorang nak sekali bila tinggal 2 suruh aku pilih yang mana sebab yang 1 lagi nak bagi sama kawan yang tak dapat hadir sebab accident jatuh dari motor. Aku dah pesan jaga diri dan kesihatan tapi tak nak dengar tengok sapa yang rugi...nasib baik datang juga duduki PMR walaupun jalan tak betul lagi.

Tuan belog punya

Tak sampai 5minit licin habis donut tu.Lapar gamaknya budak budak tu.

Kejang rasanya kaki aku ni sebab kena berdiri 5jam....nasib baik pakai flat klu pakai heels mau aku merangkak turun dari tingkat 3 ke kereta. Syukur esok 4jam jak bertugas. Rasanya habis mengawas ni macam nak panggil tukang urut la.huhuhu