Followers

Saturday, December 7, 2013

Kisah Jiran

Entry kali ni agak kasar sikit..maaf...tapi itulah hakikat dan kebenarannya. Semalam kira lewat malam juga la kul 11 lebih. Ahli keluarga yang lain suma sudah tidur, jiran tetangga yang lain pun konfem dah tidur rasanya tengah lena diulit mimpi indah. Aku belum tidur lagi. Sekali bunyi bising dari rumah tepi rumah aku. Ya dari rumah jiran sebelah.

Memula tu tak la kuat sangat lama kelamaan eh apsal makin kuat ni. Ni malam ke siang ni. Mak di sebelah dah terkejut bangun siap tanya tu bunyi orang bergaduh ka...memang orang bergaduh pun. Puncanya minum sampai mabuk.

Kalau dengar suara lelaki je takpe ni siap suara perempuan sekali menjerit tengah tengah malam buta. Ehhh...ko dah kenapa perempuan. Malu la sikit terpekik melolong macam hantu. Kakak siap bangun dan intai dari  jendela bukan nak menyibuk tapi sebab kami terdengar macam ada bunyi dentuman kuat...entah..otak tak boleh tafsir punca bunyi tu. Sekali dengar macam bunyi ada objek jatuh sekali dengar macam bunyi orang hentak kaki sekuat hati.

Aku pun ikut intai kali ni ikut pintu besar. Aku buka sikit tapi lampu tetap padam. Sekali aku dengar yang perempuan tu cakap ko pulang...ko pulang...jangan buat bising di sini...bikin malu kami jak tuan rumah...pastu suara lelaki lagi aku mo pulang tapi mana beg aku? Saling berbalas cakap. Perempuan tu cakap lagi ko tau ka di belakang ni rumah datuk...rumah tan sri ko tau ka....perghhhh ko jangan kami ni nama tinggal kawasan kampung tapi dalam kampung kami ni ada banglo tan sri yang dijadikan pejabat sekarang. Yang perempuan tu entah mabuk ke tak aku pun tak pasti sebab dia boleh cakap kalau saya kol polis semua kita ni tidur dalam lokap. Wah bagus juga kalau kamu masuk lokap. Jahat giler.

Ingatkan lepas kena usir tu kawan tu balik la rupanya tak juga. Dah turun ke bawah dan jalan macam menuju ke kereta sekali eh...eh...patah balik. Sungguh aku tak faham. Memang di bawah pengaruh alkohol betul... Lepas tu dengar lagi suara berteriak. Mak cakap bagus lagi kalau ada orang kol polis datang tangkap dorang.

Serius cakap jiran ni baru duduk di rumah tu 2 bulan tapi apa yang aku boleh cakap hujung minggu je aktiviti dorang minum. Aku tak kesah sebab duit ko, apa aku peduli. Tapi kalau dah sampai tahap minum, mabuk dan gaduh aku rasa bagus kamu tinggal dalam hutan. Buat bising tengah malam buta pun tak ganggu sesiapa.

Kami tinggal di kampung ni hampir 20 tahun tak pernah lagi ada kejadian gaduh sampai macam tu. Ni kira first time. Tak malu betul. Kakak aku siap membebel kamu senang la esok cuti kami ni swasta esok bangun awal pagi mo pergi kerja. Sentap. Realiti memang masuk akal sebab orang kampung ku majoriti kerja swasta. Bunyi bising berlarutan sampai 2 jam. Durasi macam tengok filem di pawagam kan. Lama.

Pagi ni macik aku cakap semalam dorang siap keluar dan tengok ada seorang dari tetamu yang datang tu kena buang ke tanah....patut la ada bunyi berdentum nasib baik ko tak mati bang. Kalau tak kawan kawan yang mabuk sekali sama ko tu harini pasti sembahyang arwah tuk engko. Masa aku sidai tuala di luar nampak juga si suami tengah mengetuk kayu di beranda. Mungkin semalam masa dorang buang kawan tu ke bawah kayu tu patah dak. Tak tahu.

Sebelah petang tadi nampak geng dorang dah berkumpul semula. Esok ahad. Berharap semoga malam ni kami dapat tidur dengan aman dan tenang tanpa sebarang bunyi yang tak sedap didengar.


SWISS GARDEN RESORT & SPA, KUANTAN

Last week aku pergi Kuantan bercuti tu pun sebab aku dapat free voucher dari swiss garden. Dapat la merasa stay hotel 4 star. Sebelum tu macam biasa kena transit di KL dulu. Stay semalaman.
 
breakfast makan capati sebelah stesen monorail kl sentral

Perjalanan dari KL-Kuantan lebih kurang 3 jam dengan menaiki bas. Pemandu bas kami tu kira brutal juga la sebab dia hanya berhenti tuk penumpang turun buang air kecil dan besar. Elok jak dia berhenti di petrol station. Aku tak turun, apak turun. Aku siap pesan suruh beli la apapun yang boleh dikunyah last last dia selamba cakap 'kat gambang dah ni, kejap lagi sampai la'. Perut aku dah berkeroncong weh.


Nak ke kuantan kena naik bas kat Jalan Pekeliling
tambang : RM 22

Hari pertama

Sampai Terminal Sentral Kuantan makan dulu...sempat melantak nasi lemak kerang dan air milo sementara tunggu kawan apak amik kami sebab kebetulan kereta apak tinggalkan dekat kawan dia yang stay d Sg. Lembing.Sebelum jam 3 dah check in. Dapat kunci terus angkat beg turun dari kereta. Apak tanya ' nak duk bilik ke nak ikut gi Cheneh'. Berdiri cuping telinga...gila ko nak duduk bilik baik aku ikut sekali. Sebelum hantar ke rumah kawan isi perut sekali lagi...nasi air....memang terangkat. Dalam perjalanan balik hujan lebat...sangat lebat sampai aku pun tak nampak jalan.


Tak nampak jalan okeh
Luaran kawasan hotel























Jakun jap nampak lobi dia yang besar gila babsss.

Aku: Besar giler lobi ni siap boleh guling guling lagi kan
Apak: Emmmm...rasanya ni open lobi hotel paling besar saya pernah nampak.
Aku: gulppp

Ingatkan aku sorang je yang jakun rupanya dia pun sama gak.sepppp

Petang tu tidur kejap sebab hujan. Lupa nak gitau aku dapat bilik kat ground floor. Buka sliding door terus nampak 2 swimming pool tapi disebabkan hujan maka takda la orang yang gi berenang masa tu. Hotel ni kita berdekatan dengan pantai so kalau rasa nak berjalan di tepian pantai boleh la bergerak ke belakang bahagian hotel.







mana boleh ketinggalan cerita fave ni.biar lapar pun sanggup tunggu sampai habis baru keluar makan #PISA


Hujan sampai ke malam. Nasib baik luar kawasan hotel ni berderet kedai makan. Hujan hujan pun redah je jalan kaki ke kedai makan yang berhampiran.


simple je. tom yam tu sangat yummeh

Hari kedua

Breakfast tu wajib kalau bercuti dengan apak. Dia mana tahan kalau perut kosong. Hari ini kami nak ke bandar Kuantan. Saja jalan jalan cuci mata.


Nasi minyak lauk daging gulai kawah.....terangkat habesss tapi nasi dia sikit sangat. terpaksa ratah daging lepas tu.

Ke Berjaya Megamall. Pusing pusing pastu ke Parkson sempat tangkap sepasang kasut  dan ke Popular beli novel dan majalah. Penat ronda layan Coolblog secawan..perisa keladi semestinya.


Sebelum balik hotel lunch dekat deretan kedai sekitar Jalan Beserah. Takda selera sangat sebab dah lewat waktu makan. Dalam takda selera tu habis juga la nasi dan sup tulang.

Balik bilik ingatkan nak rehat. Simpan barang terus ke pantai takut belah petang hujan rugi la tak habis ronda kawasan hotel. Duduk duduk santai pastu cakap 'kan best kalau tadi kita tapau keropok lekor pastu makan kat sini'. Dah tadi tak cakap katanya. Kena lagi sebijik kat dahi. Emmmm....layan je la hembusan angin pantai...nganga mulut luas luas pastu imajin yang masuk mulut tu keropok lekor boleh. Tak sampai 15 minit terus apak kata jom beli jagung rebus kat luar tu. Hah...kan dah agak mesti dia pun duk terbayang benda tuk kunyah.hahaha....Sampai kat luar tu order keropok lekor 2 ringgit. Seketul kepok 20sen...huarghhh mahalnya. Dahla kuruih...Apak order tosai telur.








 cicah dia cair hebe

Sebelah malam aku dah aim apapun terjadi aku nak juga dinner kat Lila Wadi Restaurant sebab orang kata mango cheese cake dia sedap. Siang tu siap dah ronda cari jalan nak ke Jalan Teluk Sisek. Usaha orang yang dah niat mo makan di situ. Harga makanan kat sini kira affordable la tak mahal mana pun.Kek tu aku minta tapau sebab kenyang sangat. Sampai bilik terus aku balun.




mango cheese cake
RM 7.50
tak sia sia datang dari jauh dan rasa benda ni..memang sedap


Hari ketiga

Masa untuk balik. Malam sebelum dah packing so pagi tu just check out dan terus ke terminal bas tuk ke kl. Sebelum naik bas haruslah breakfast dulu. Sampai Jalan Pekeliling ingatkan boleh lunch tup..tup apak gi jumpa kawan. Kata kejap sekali sejamtigapuluhminit ko. Perut aku dah berkeroncong. Datang terus ke kl sentral. Sampai kl sentral dia ajak makan aku dah takda mood. Lapar memang lapar tapi masa tu dah kul 3pm.Flight balik Tawau petang tu juga. Next bus ke lcct kul 3.15pm...naik je la. On the way ke lcct hujan lebat dan jalan masuk ke tempat parking bas pulak jammed..tak tenang jiwa dibuatnya. Aku dah buat web check in cuma yang aku gelisah ni nak ke kaunter drop luggage. Seperti yang ku jangka...ramai orang. Nasib baik ada FA yang tegur aku tanya flight kul brapa dan syorkan aku g kaunter R55 padahal kalau ikut schedule Tawau kaunter R52. Lepas drop luggage ingatkan nak tapau mcd tak pun kfc...sekali pergi mak aihhh punya la panjang queue. Malas nak fikir terus masuk dalam departure hall dan gi kedai yang jual banyak roti tu beli dutch lady coklat. Tak layan dah roti yang baru sampai. Tu pun queue panjang tapi aku redah je sebab memang dah tak boleh tahan. Terus teringat ada hikmah rupanya aku buat pre order meal kalau nak harap aku beli on the spot memang tak la baik aku tido je dalam kapal tu. Selesai makan pa lagi tidur la jawabnya.

syukur bila dengar announce dari FA kata sapa yang dah booking makanan akan dilayan sebentar lagi.

So sesiapa yang berminat datang ke Kuantan jangan lepaskan peluang untuk stay d Swiss Garden...memang berbaloi. Apapun thanks so much to Swiss Garden sebab bagi free voucher tu. 3 hari lepas dapat lagi free voucher dari Airasia bernilai RM 50 boleh bikin guna beli tiket tuk next year tapi nak fly ke mana pun tak tau lagi. Thanks Airasia.




#Teringat zaman duk KUSTEM dulu pernah teman kawan datang audition AF kat Swiss Garden. Tak ingat tahun bila.