Followers

Wednesday, March 26, 2014

Puding Karamel

mengidam. opsss bukan. keteringinan yang melampau telah menyebabkan petang tadi aku tetiba jadi rajin tuk ke dapur tuk membuat puding karamel. hasilnya not bad dan pastinya dapat melantak sepuas hati.

Bahan-bahan:
1 tin susu pekat manis
7 biji telur
segelas air
2 1/2 tbs gula (dihanguskan)
2 tsp esen vanilla

Cara membuat:
**bagi penyediaan gula hangus, gula mestilah sentiasa dikacau dengan api yang perlahan. biarkan sehingga cair dan menjadi perang. gula ini setersnya dimasukkan ke dalam loyang**

1. Pukul telur perlahan-lahan (menggunakan whisk) dan jangan sampai berbuih.
2. Masukkan susu pekat manis dan air ke dalam bekas telur tadi.
3. Kacau sehingga sebati dan masukkan esen vanilla.
4. Tuang ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi.
5. Kukus selama 25 minit.
6. Setelah masak, letakkan pinggan di atas loyang dan terbalikkan secara perlahan agar puding tidak pecah.

Layankan pic yang tak seberapa di bawah ini





Tadaaaaa....ni la hasil yang telah saya buat

Tuesday, March 25, 2014

#MH370 - Its so heartbreaking

Saat ni rakyat Malaysia masih meratapi akan kehilangan MH370. Setelah 17 hari berlalu tanpa sebarang khabar akhirnya semalam tepat kul 10pm PM DS Najib Razak telah membuat satu pengumuman yang pastinya merentap jiwa dan meruntun hati semua rakyat Malaysia khasnya keluarga penumpang dan anak kapal tersebut.

"This evening I was briefed by representatives from the UK Air Accidents Investigation Branch (AAIB). They informed me that Inmarsat, the UK company that provided the satellite data which indicated the northern and southern corridors, has been performing further calculations on the data. Using a type of analysis never before used in an investigation of this sort, they have been able to shed more light on MH370’s flight path.

Based on their new analysis, Inmarsat and the AAIB have concluded that MH370 flew along the southern corridor, and that its last position was in the middle of the Indian Ocean, west of Perth.

This is a remote location, far from any possible landing sites. It is therefore with deep sadness and regret that I must inform you that, according to this new data, flight MH370 ended in the southern Indian Ocean.

We will be holding a press conference tomorrow with further details. In the meantime, we wanted to inform you of this new development at the earliest opportunity. We share this information out of a commitment to openness and respect for the families, two principles which have guided this investigation.

Malaysia Airlines have already spoken to the families of the passengers and crew to inform them of this development. For them, the past few weeks have been heartbreaking; I know this news must be harder still. I urge the media to respect their privacy, and to allow them the space they need at this difficult time."


Masa PM sebut '....flight MH370 ended in the southern Indian Ocean' aku terus terlopong. Sungguh aku tak menyangka akan pengakhiran yang sebegitu. Sesungguhnya kita semua berharap agar kesemua yang berada dalam kapal tersebut kembali dengan selamat. Tapi kuasa Tuhan tiada seorang pun yang mampu melawan. 

Aku tak boleh nak imagine apa reaksi kaum keluarga dan rakan taulan. Semestinya dugaan mereka lebih hebat. Sampaikan pagi tadi aku lihat MHI rancangan khas MH370 masih ada keluarga yang tidak mahu percaya akan apa yang diberitakan oleh PM semalam sehingga la kepada penemuan bangkai pesawat tersebut.

Yang aku paling bengang bila orang kaitkan ni dengan politik. Pastu ada juga yang bangang salahkan SAR apsal tak gi terus ke lokasi Lautan Hindi tu. Weh otak letak mana? Kat siku ke tapak kaki. Apa ko ingat Lautan Hindi tu macam dalam sungai belakang umah ngko ke? Aku paling cuak orang yang perangai suka salahkan orang lain. Syukurla negara lain pun nak bantu kita ni. Kalau tak, ntah bila la boleh kesan kedudukan akhir kapal tu. 

Buat masa ini SAR belum dapat pergi ke lokasi yang dijumpai sepihan itu disebabkan oleh keadaan laut dan ombak yang besar. Apapun sama-sama la kita berdoa agar SAR dapat dilakukan secepat mungkin bagi mencari kotak hitam tuk merungkai segala teka teki akan punca kehilangan MH370.

  


 Kata-kata yang meruntun jiwa dari seorang isteri kepada suaminya yang merupakan anak kapal MH370

 Wajah kedukaan ahli keluarga penumpang pesawat MH370

 Para penumpang dan anak kapal pesawat boieng 777-200 ER MH370 dari KL - Beijing pada 8 mac 2014



 Ini la wajah ketiga-tiga orang yang perlu berhadapan dengan puluhan wartawan setiap kali PC dijalankan. Selama berbelas hari perlu menjawab soklan dari wartawan namun tetap tenang dalam memberi jawapan.

Sampaikan ada pihak yang tak senonoh siap tanya kat CEO MAS bila nak letak jawatan. Apa hal la sampai AJ nak kena letak jawatan. Dia pun tak hendak benda ni jadi lebih-lebih lagi melibatkan ratusan nyawa. Dia tak bodoh nak bunuh orang macam tu. Menyampah betul la dengan wartawan luar ni. Jangan kuang ajo boleh dak. Orang ni dah la dalam kesedihan boleh plak tanya soklan celaka macam tu.grrrrr......


 My thoughts and prayers goes to all of the crews and passengers on MH370

 

Thursday, March 13, 2014

Pray4MH370

Malaysia masih bersedih?Tapi kenapa? Seluruh dunia tau apa yang sedang rakyat Malaysia lalui. Perkhabaran berita yang diterima pagi sabtu lepas benar -benar mengejutkan semua makhluk di muka bumi ni. mana tak nya pesawat Boeing 777-200 milik MAS MH 370 telah hilang. Pesawat Boeing yang ada peralatan canggih dan paling selamat tu dah hilang bersama 227 penumpang dan12 anak kapal. Sentap wehhh....

Sedih tu je yang aku boleh cakap. Bagaimana dengan perasaan keluarga-keluarga mesti lagi sedih kan. Hari ni dah masuk hari ke 6 dan still pesawat tu masih belum dapat dikesan. Pesawat tu disahkan hilang selepas hilang dari radar tak dapat dikesan oleh menara kawalan Subang.

Tuk orang yang suka travel macam  aku ni bila dengar cerita gini memang aku cuak....cuak giler. Dahla aku jenis yang suka amik last flight (waktu malam) dan kebetulan flight yang hilang ni pun berlepas malam lagi la aku takut. Aku pun ada pengalaman yang menakutkan sepanjang naik turun pesawat ni. Pernah dulu masa ke Bandung time tu nak landing, kira tayar flight tu dah touch down atas landasan boleh plak flight tu senget sikit and ala-ala macam nak terbabas,  memang menakutkan la time tu. Rasa dah surrender if anything happen. Tu belum lagi kalau pesawat bergegar sebab turbulence. Hah...yang tu memang rasa jantung dan nadi dah stop dah. Sometimes klu dah bergegar mesti flight tu rasa macam terjatuh sikit ke bawah (air pocket) memang menjerit la namanya.

Pengecut2 tu aku ni tetap juga gatal pantek nak travel. Weekend je pandai la aku hilang dari radar, time ni mak aku yang cuak 'apsal la anak aku ni suka betul ke KL.' Kadang tu takda apa pun, shopping tak makan tak tapi hati ni bergelojak nak ke KL. Aku pun hairan. Ni bulan 6 ni tak tau la. Andai kata plan tu jadi maka aku harus naik flight sulung tuk tahun ni. Rasa macam fobia pun ada selepas dengar kejadian ni. Memang la semua orang akan mati tapi kalau boleh aku nak mati depan famili aku tapi yela ajal dan maut di tangan Tuhan. Kita tak mampu melawan. Redha.

Apa pun aku doakan semoga MH370 segera ditemui. Tak sanggup tengok famili diaorang bersedih menanti perkhabaran yang tak kunjung tiba.

Let's unite and pray for MH370

# Hari ni Tua akan pergi menunaikan umrah bersama keluarga...saya doakan smoga Tua selamat
pergi dan balik. Ole-ole tuk saya jangan lupa.hahaha....