Followers

Sunday, August 12, 2012

Berbuka Puasa - Cafe @7

Hello..
Cepatnya masa berlalu dan only a few days umat Islam akan menyambut raya kan. Jalan raya pun semakin jammed. Orang ramai sibuk membeli belah tuk last minute punya preaparation.

Jumaat lepas saya bersama 3 orang colleague sempat berbuka puasa bersama *walaupun saya non muslim* di sebuah hotel terkemuka di Tawau...well where is it??? Yes..Promenade Hotel of course. Planning dah dibuat 2 weeks before and from 8 persons last last jadi 4 orang jew...kelakar kan. tak lawak pun.

So lepas waktu kerja masing masing bawa kereta sendiri menuju ke destinasi. Bersua then naik lif menuju ke tingkat Tujuh di mana terletaknya Cafe @7. at first kitorang tempah seat kat area dalam, tapi oleh sebab dah full so kitorang kena duduk kat open space a.k.a smoking area. Best juga duduk di sini...nampak view yang cantek.ye la bila malam nampak lampu neon kan.

Sampai sampai letak beg then terus beratur tuk amik makanan.ye la lagi bebebrapa minit nak berbuka. Apapun yang wajib adalah minuman...dahaga gila kan. Azan berkumandang terus je kitorang melantak makanan yg beraneka jenis.Serious memang sedap dan rasa berbaloi dengan pakej Ramadan Buffet Rm 55 not include tax lg tu.


Nasi putih+daging rendang+butter prawn+labu masak lemak
 Rojak buah
Chicken salad+daging dendeng+telur+sausage salad
ulaman+sambal
Dessert = mouth watering

bukan Baskin Robbins
ABC

Bubur udang
dapur untuk membuat tepanyaki...just next to our seat.
Tepanyaki. First time makan...agak masin sedikit.tak tau plak klu rasa dia memang tu.
kami


 Overall, saya berpuas hati dengan makanan yang dihidangkan bersesuaian dengan harga nya.bagi mereka yang mencari cari tempat tuk berbuka saya cadangkan boleh ke hotel ini.

Tuesday, July 3, 2012

Trip to KUNDASANG Part 2

Celik celik mata terus tersenyum sorang diri...yeahhhh...hari kedua merupakan hari yang ditunggu tunggu. Bersihkan diri dan bersiap tuk gerakan seterusnya.homestay yang di sewa memang tempat yang strategik...keluar jak terus nampak ni...
view dari homestay
Desa Cattle Dairy Farm *bukan kat NZ okeh*
Sabah Tea
Tagal, Kg Luanti Baru
Sedap tak kaki saya wahai ikan-ikan sekalian?
steady bah
suke sangat cik abang ni dapat pegang ikan *wink*
 entrance

 Akhirnya sampai juga ke Rumah Terbalik ni yang terletak di Kg Telibong, Tamparuli
Percaya kan rumah terbalik okeh

Bukan rumah jak yang terbalik...kereta pun terbalik.yehaaa

Balik dari Tamparuli, dalam keadaan hujan terus percut ke sini semula.semuanya gara-gara nak melihat aktiviti perah susu lembu yang dilakukan pada waktu petang.



Kesian engkau lembu dibiarkan mandi hujan

nampak tak susu dalam balang tu?

Segar dari ladang

Percaya tak aktiviti ni semua kami jalankan dalam masa 1 hari.Walaupun letih tapi amat berpuas hati.satu percutian yang menyeronokan.to my driver, thanks a lot coz sudi bawa saya ke sini.lain kali kita pergi lagi k.

#Kepada mereka yang teringin datang ke Sabah, sememangnya saya amat mengesyorkan agar anda dapat singgah ke Kundasang.Satu kawasan yang mempunyai banyak tempat yang boleh dilawati.Amat sesuai tuk mereka yang suka ke kawasan sejuk. Banyak homestay yang murah, cantik n selesa.

Antara tempat yang patut dilawati di Kundasang:
  • Desa Cattle Farm
  • Sabah Tea
  • Tagal Sg Moroli, Kg Luanti Baru
  • Air Panas Poring & Canopy walk
  • Kundasang Memorial War
  • Kawasan kaki Gunung Kinabalu, Mesilou


Saturday, June 23, 2012

Trip to KUNDASANG Part 1

Kalau sebut Kundasang mesti terbayang-bayang kabus, udara yang sejuk dan gunung Kinabalu. Sapa yang tak kenal tempat ni. Merupakan salah satu daerah pengeluar sayur-sayuran hijau yang segar.

Bulan Mac aritu aku berkesempatan untuk bercuti di sini. Tak sangka impian tuk tinggal beberapa hari dan menyedut udara segar akhirnya tercapai.Sebenarnya banyak tempat yang boleh dilawati bila kita berada di Kundasang. Kalau dulu ianya terkenal kerana di sini letaknya gunung yang tertinggi di Asia tapi kini semua itu telah berubah. Kundasang telah menjadi salah satu pusat pelancongan di Sabah.hidup Kundasang...tetiba kan.Sot!!

 Hari pertama.

Trip ni melibatkan LELO...First time bawa LELO jalan jauh.Cian ko...dah memang tugas pun kan.
Perjalanan yang memakan masa selama 6jam dari Tawau akhirnya selamat sampai ke destinasi.

on the way ke Mesilau
Sampai terus check ke homestay dah dah earlybird sekali tengok homestay tu under renovation so terpaksa la tukar ke homestay lain. Rehat kejap...santai-santai pastu terus round kawasan sekitar. Overexcited....dalam fikiran dah set tempat-tempat yang WAJIB pergi di sini.
 Kinabalu di sebalik kabus tebal
Gunung KINABALU

sayur-sayuran kehijauan
 jalan lengang
 amik kau orang gila duk tgh jalan


Sedar tak sedar hari pun dah petang so it's time to go back homestay...tapi sebelum tu pergi cari makan dulu takut malam nanti takda kedai makan yang buka. Dahla stok makanan pun tak beli.
Lepas makan terus balik Zzzzz....letih seharian berjalan.












Friday, May 18, 2012

Header yang COOL

Hello

Dah lama x update blog ...bersawang sawang siap jadi penghuni kat blog ni.nak tanya korang ni COOL tak header saya yang baru tu???cewah...peras+santan kan.takda la sebenarnya header ni hasil garapan dari ex-student saya time praktikal di Perak dulu, Kira.dia tolong buatkan 3 header tapi i choose this one.ketiga tiga nya sangat AWESOME. bosan bosan nanti saya boleh tukar tukar header.macam takda keja lain jak kan.


 header satu

 header dua


header tiga


Apapun thanks so much Kira dear...really appreciate ur job.well done.