Followers

Monday, October 14, 2013

Hari Fastfood

Hello

Alkisahnya kebetulan baru gaji jadi aku ingat memang elok la aku tunaikan janji dengan bekas pelajar aku. Berzaman janji baru sekarang kau bawa...KFC je pun dah berbulan bulan kalau minta lunch di hotel agaknya setahun baru aku bawa budak tu. Sorry...

Aku bawa Sandra sekali sebab dia ni memang peneman sejati kalau aku ada exrra class hujung minggu. Lagipun birthday dia baru lepas beberapa hari so sekali harung la.

budak budak ni malu agaknya nak order banyak last last amik ni je
cheeze wedges...aku dan Sandra bantai berdua
ooo time saya amik gambar korang sengih sengih tapi bila time awek yang amik smart pulak hasilnya *buktijelasgambardibawah*


Double cheese zinger tatap menjadi pujaan hatiku. Letak la burger baru pun tetap aku carik yang ini juga.

Makan sambil bercerita...ketawa sakan sampai tak hengat dunia. Lepas tu bawah haluan masing masing. Aku dan Sandra pun balik rumah rehat rehat pastu malam bedal pizza. Sebab kakak dah janji nak belanja anak daranya sempena birthday. Plan asal nak beli kek SR last last tukar plan makan pizza lagi kenyang. Best la ngko Sandra umur 9 tahun dah pijak masuk Pizza Hut. Aku dulu rasanya time study kat Terengganu baru dapat pijak dan merasa nikmat makan pizza. Anak buah aku ni jenis pegang janji. Ko dah janji nak bawa dia makan kat kedai tu ko kena bawa kalau tak siap la terima amukan anak harimau. Mak dia pun kadang kadang surrender.

Anak beranak





Perut aku memang full tank pada hari tu. Happy dapat tunaikan janji dengan pelajar dan celebrate birthday anak sedara. Takda kek tuk anak sedara sebab macik dia dah belikan kek pada hari lahirnya. Takkan la mo potong kek berkali kali over ko nak.

No comments: