Arini hati berbunga bunga gi tempat keja.bukan kerana Ono belikan bunga ataupun dapat duit RM1juta.tu sah sah cuma mimpi di siang hari tatkala matahari betul betul terpancar kat atas kepala ni.terus pening dan migrain jadinya.
Hehehe...sebenarnya semalam fav football team aku ARSENAL telah menang dalam friendly match dengan team Malaysia, Harimau Malaya.pre-season Asian tour.Oooo sangat sedih bila mengenangkan nasib harimau semalam yang dibelasah 4-0 tu.langsung tak diberi tuk sumbatkan 1 gol pun oleh The Gunners.sabar je la Datuk K.Rajagobal ye
Apapun kira ok juga la permainan HM ni klu nak compare dengan corak game dorang yang dulu.kira dah ada peningkata.tapi maybe disebabkan oleh kurang stamina dan fizikal kot boleh tewas ni.nasib baik 4-0, klu 8-0 tak haru dibuatnya Datuk K.Rajagobal.mau taknya FAM terus buang dia dari jadi coach national team.