Roti tak mau kita makan buah je la jawabnya. Tak makan kang nanti lapar...dah la perut aku ni jenis perut nasi. Jadi tuk bertahan 1-2 jam aku telan je la buah ni dan minum teh. burp....kenyang.
Lepas sarapan turun ke lobi. Masa check in ada ternampak beberapa pamplet tuk tour di sekitar Bali. Setelah berbincang itu ini kami decide tuk berjalan ke sekitar Nusa Dua, Tanah Lot, Legian, Uluwatu dan Jimbaran. Kira pakej ni murah juga la Rp 450,000 tuk 9 jam. Akibatnya kami sewa pak supir tu dekat 10jam dan tetap bayar ikut harga yang sudah kami deal. Terima kasih pak.
1. Nusa Dua
Tempat ni kira macam tempat main air cenggitu. Nama pun duduk pulauBali kan jadi kawasan ni berdekatan dgn pantai. Sangat sesuai tuk mereka yang gemar water sports. Macam macam ada di sini jet ski, banana boat, parasailing, etc tak ingat dah apa nama aktiviti yang ada di situ. Ada pelbagai tawaran pakej aktiviti yang dorang provide as long as ko mampu bayar ko boleh main, ko tak mampu meh join aku duduk sememeh kat tepi tengok dorang gelak gelak lari ke sana sini pakai baju bikini.lemas.
2. Krisna
Tempat yang famous tuk korang borong ole ole tuk family, teman teman dan orang tersayang. Dari souvenir sampai la ke local foods ada dijual di sini. Kiranya korang tak perlu bersusah payah nak keluar masuk dari sastu kedai ke kedai yang lain.Aku siap angkut bakul sebab borong makanan kat sini. Harga kira berpatutan sebab dia tak letak harga tourist sebaliknya letak harga tuk orang local.Tempat ni memang aku suggest 100% tuk korang pergi kalau sampai ke Bali.
Tiba waktu lunch....nasi padang la jawabnya. Aku tak tau la kenapa dengan perut aku ni. Asal sampai Indo jak masuk kedai nasi padang lauk macam ni la yang boleh diterima oleh tekak aku ni. Padahal lauk punya main banyak dia display tetap juga tempe dan daging masak ala ala rendang yang aku terpikat. Pastu sambal tak boleh ketinggalan.Kalau setahun duk sana konfem lauk ni jadi my favourite kan. Setiap hari melantak benda yang sama.Fengsan.
Terkedu jap pastu geleng geleng kepala si kawan tengok papan tanda itu.
3. Tanah Lot
One of the famous and must visited place in Bali. Tempat ni sebenarnya adalah tempat terdapatnya temple yang terletak di atas air. Kitorang kira bertuah, sebab time tu air surut so boleh sampai ke temple tu. So kalau nak sampai ke temple dia tu kena datang sebelah petang. Siap pegang pegang lagi tapi tak masuk ke dalam. Si kawan kata tak boleh masuk. baiklah.
Deretan kedai yang jual souvenir
See..temple di belakang saya. *Abaikan selipar jepun saya yang mahal tu okeh*.
4. Legian
Sempat bergambar di tugu peringatan mangsa pengeboman Bali tahun 2002.
5. Uluwatu
Perjalanan diteruskan ke Uluwatu. Kawasan yang mana banyak terdapatnya monyet monyet yang nakal. Sampai dekat entrance pun dia dah sambut kedatangan tourist yang nak masuk ke dalam. Uluwatu ni kira berada di satu kawasan yang tinggi pastu nak sampai ke sini jalannya bengkang bengkok. Pening jap. Paling sesuai datang tempat ni petang sebab boleh tengok sunset dan Kecak Dance.
Nun di belakang tu adalah tapak persembahan Tarian Kecak.
Sunset
Tarian Kecak
6. Jimbaran
Seafood fiesta. Kalau datang ke sini jangan lupa singgah ke Jimbaran.Berada di tepian pantai dan laut yang terbentang luas. One of the romantic place for candle light dinner.siap ada lagi orang datang nyanyi ke satu satu meja.yang penting korang bayar la.
Main dish ~ Ikan stim
Perut kenyang terus balik hotel.Badan dah berlengas sana sini. Penat.
No comments:
Post a Comment