Sampai LCCT tarik luggage menuju ke Food Garden niat mahu melantak KFC sambil marking paper trial student...perghhh semangat nak mampssss.Kul 5 pagi gerak naik bas ke KL Sentral. Sejam kemudian sampai then terus cari hotel sekitar Chow Kit senang sikit mau shopping katanya. Lepas check in terus sambung tidur. Takkan la kul 7 pagi dah meronda kan. Over. Sedap je tidur walaupun air cond bilik tu sejuk sampai menusuk ke tulang. Elok je kul 11 bangun bersiap then meneruskan misi. Eh tu dikira misi ke?
Check in di sini
Dah stay di Chow Kit haruslah kita ronda-ronda kawasan sekitarnya. Punyala banyak bazar yang menjual pakaian dan kuih raya. Dah la jalan waktu siang buta memang meleleh la peluh satu badan. Dah nama pun ronda memang ronda takda satu barang pun yang terpaut di hati ku. Lepas tu terus ke Sogo. Kat area Chow Kit takda LRT ke Sogo jadi terpaksa menapak sampai ke stesen Putra. Bulan-bulan puasa ni diajak lagi marathon 1.5km. Nasib baik aku pakai flat shoe kalau tak mahu taknya kaki aku melecet.
Masuk Sogo pula beratus orang di dalamnya. Camana aku nak memlih ni? Pening dibuatnya. Pusing-pusing bahagian bawah pastu terus keluar. Eh jap sempat juga aku rembat sepasang kasut. Rasa macam mau pitam. Depan pintu Sogo fikir mau ke TAR atau ke Masjid India? huarghhhh....dua-dua tempat pun tumpuan utama orang berbelanja. Lastly decide ke Masjid India dekat sikit nak naik LRT balik nanti. Cukup la kasut satu dah tak payah nak beli belah lagi. Ko bukan nak sambut raya pun.
Balik hotel sambung tidur. Tujuan utama aku ke KL ni nak tidur ka shopping. Confuse. Bila petang menjelma terus ke pasar ramadan di Jalan Raja Alang. Best banyak orang banyak pilihan berpinar mata memilih juadah tuk berbuka.
telan ailio nampak cendol ni
Menyelerakan. Nasi kerabu lauk daging bakar dan paru berlada. Telan ailio lagi sekali.
Apam balik
Kalau gi kat Chow Kit tak sah kalau aku tak order yong tau fu. Piring takda takpa janji sudu dan garpu ada boleh makan tanpa halangan.
On the way balik sempat singgah kedai bundle ni. Tertawan dengan kasut yang dijual tapi bila berkenan saiz pula yang takda. Ko memang saja mahu menyeksa jiwa raga aku kan.kejammmm.
Tu la je la cerita aku berhujung minggu di kotaraya. Barang tak dapat yang penting makanan dapat. kau hado?
1 comment:
Lynn, I'm really sorry dear... Coz x dapat accompany ko. Padahal plan asal kita pergi berdoa kan... Huhuhuhu... I'm so sorry :(
Post a Comment