Rumah pertama....rumah cik Mirna di Taman Semarak. Oleh kerana jalan ke rumahnya kitorang tak pernah nak hengat so terpaksala dia minta adiknya jemput kami di bangunan kedai berdekatan.
Sampai je memang dah terhidang kuih muih atas meja terus pilih jak mana yang berkenan di perut. hamekkau siap kena hidang soto lagi. dah habis melantak baru ingat nak amik picca. masa ni Cik Mirna tunduk tunduk malu tak nak kena amik gambar. ceit.
Ervanian
Saya la sapa lagi kan
Datin Nora Mirna
Roziah Rahmah
Hidangan di rumah ke 2 - rumah cik Bunneq
Pernah tak korang di beraya dihadiahkan a.k.a diberikan buah tangan? mesti tak pernah kan...see apa yang kami dapat. pisang sanggar yang enak tuk wat cekodok atau jemput jemput. thanks to Ochee's mum yang murah hati berikan pisang ni tuk kitorang.terharu rasa.
Pilih pilih Mirna jangan tak pilih. kat JB takda pisang jenis macam ni. di Sabah jak ada.ngeeee....
Kenangan raya bersama di Tawau 2012. make it again next year ok.
Walaupun cuma berenam tapi tetap happening. masing masing dengan celoteh. lebih lebih rakan ku yang sorang ni...yes miss Rahmah. seronok dengar dia cerita tentang Doha. by the way, rakan ku ni dia bekerja di sana..memang best bila kita bekerja di luar negara ye la boleh compare cara mereka bekerja dengan cara orang kita. pada hari kejadian 5 buah rumah telah diserbu sampai ke malam beraya. mengalahkan kanak kanak riang. lagipun kami belum berkomitmen jadi apalagi santai la berjalan tanpa memikirkan sesiapa yang ada di rumah walaupun mak bapak kami resah fikir anak dara dorang tak balik balik. ampun pak...ampun mak.
p/s Sori baju aku tak memenuhi tema raya. sigh.
No comments:
Post a Comment