Followers

Showing posts with label celebration. Show all posts
Showing posts with label celebration. Show all posts

Sunday, October 7, 2012

Raya 2012

Dah habis syawal baru nak wat entry kan. dang... Raya tahun ni sama seperti tahun tahun yang sudah aku pasti gi beraya ke rumah kawan kawan secondary school. Ni kira aktiviti tahunan.kena masuk dalam planner. tahun lepas tak dapat join sebab aku outstation. Outstation la sangat.

Macam biasa kitorang akan set nak jumpa kul berapa dan rumah sapa first nak di ambush. Last minute, our organizer Princess Pongak tak dapat join coz ada masalah kesihatan. So pandai pandai la kitorang gerak sendiri. Aku dijemput oleh Bunneq dengan menaiki myvi putihnya. Thanks ban sudi jemput aku yang mengada ngada ni. Lepas tu terus ke rumah Datin Nora *special guest from KL*. beberapa bulan sebelum puasa dah suruh kami adakan beraya bersama.

Rumah pertama....rumah cik Mirna di Taman Semarak. Oleh kerana jalan ke rumahnya kitorang tak pernah nak hengat so terpaksala dia minta adiknya jemput kami di bangunan kedai berdekatan.


 Sampai je memang dah terhidang kuih muih atas meja terus pilih jak mana yang berkenan di perut. hamekkau siap kena hidang soto lagi. dah habis melantak baru ingat nak amik picca. masa ni Cik Mirna tunduk tunduk malu tak nak kena amik gambar. ceit.
 
 Ervanian
 
 Saya la sapa lagi kan

                     Datin Nora                                                                          Mirna
 
                           Roziah                                                                             Rahmah
       
 Hidangan di rumah ke 2 -  rumah cik Bunneq 
Pernah tak korang di beraya dihadiahkan a.k.a diberikan buah tangan? mesti tak pernah kan...see apa yang kami dapat. pisang sanggar yang enak tuk wat cekodok atau jemput jemput. thanks to Ochee's mum yang murah hati berikan pisang ni tuk kitorang.terharu rasa.

 Pilih pilih Mirna jangan tak pilih. kat JB takda pisang jenis macam ni. di Sabah jak ada.ngeeee....
Kenangan raya bersama di Tawau 2012. make it again next year ok.

Walaupun cuma berenam tapi tetap happening. masing masing dengan celoteh. lebih lebih rakan ku yang sorang ni...yes miss Rahmah. seronok dengar dia cerita tentang Doha. by the way, rakan ku ni dia bekerja di sana..memang best bila kita bekerja di luar negara ye la boleh compare cara mereka bekerja dengan cara orang kita. pada hari kejadian 5 buah rumah telah diserbu sampai ke malam beraya. mengalahkan kanak kanak riang. lagipun kami belum berkomitmen jadi apalagi santai la berjalan tanpa memikirkan sesiapa yang ada di rumah walaupun mak bapak kami resah fikir anak dara dorang tak balik balik. ampun pak...ampun mak.

p/s Sori baju aku tak memenuhi tema raya. sigh.

Wednesday, September 7, 2011

Raya Cara Aku

Hello

Fuh...dah bersawang blog ni.nasib baik tak ditinggalkan lebih lama kalau tak konfem labah labah siap melepaskan hajat kat blog ku yang tak seberapa hangat.phew....belum terlambat lagi buat aku wish SELAMAT HARI RAYA.Maaf Zahir & Batin wat semua readers dan follower sambalikanbilis.

Mesti korang banyak makan ketupat, lemang, rendang, ayam masak merah.aku hanya mampu telan air liur beratus kali kerana tahun ni aku tak beraya sakan seperti tahun tahun yang sudah.tahun ni raya aku g melancong ke kota kinabalu.aik takda tempat lain dah ke aku nak jalan ni.sadis.asyik asyik tempat yang sama jerkan.tak bohhhsannnnn ker?hanya otak je yang mampu jawab.

Sampaikan reunion dengan kawan kawan sekolah pada raya ke 2 pun aku tak join.sampai naik singa kawan aku sorang tu gara gara tahun ni dia beraya di Tawau tapi aku pulak yang takda.memang tak puas hati betul dia dengan aku.bukan apa actually plan ke KK ni pun last minute decide.seminggu cuti beb takkan nak duk rumah je.takda life der.

Tak sia sia juga aku melencong time raya kali ni coz dapat pergi ke tempat yang aku sah sah belum pernah pergi.nak tau ke mana kena tunggu next entry.gua minta lu olang manyak sabal ar...dan yang paling penting dapat pergi bersama orang tersayang.tettttt....perasan lagi aku ni.bukan apa nak sedapkan hati yang lara dek tak dapat makan soto, buras dan kuih muih.Oooo mak TIDAK.bila tengok kat fb kengkawan semua update pic raya.sangat jeles okay.

p/s Tetap dapat menikmati kuih muih raya hasil ehsan anak anak murid kesayangan.terima kasih semua yang menghulurkan kepada ku.

Tuesday, May 17, 2011

Teacher's day

16 MEI:Selamat hari guru tuk semua insan yg bergelar pendidik d muka bumi ni especially to insan yg telah mendidik aq dr kecil sehingga skrg.mo wish happy teacher's day to my mum jg walaupun dia bukan cikgu d sekolah tp dia ialah cikgu d rumah yg mendidik anaknya yang degil sorg ni.

Semalam d tempat kerja kami menerima sebiji kek hadiah khas dr ahli parlimen Tanjung Batu, Datuk Hamisa.kek yang kecil tapi sangat bererti tuk kami warga SMKMB.xda sambutan tetapi akan d raihkan pada 27may ni.kira belated la kan.bukan apa lagipun sekarang ni anak2 sekolah tgh berperang dengan emosi, kertas n pen untuk menjawab mid term examination.especially to my beloved form 3 students do ur best in this exam.teacher knows u all can do better.trust in yourself dear.

Ada la beberapa orang pelajar yang datang tuk bersalam dan mengucapkan SELAMAT HARI GURU tuk aq.terharu walaupun tanpa hadiah.*bukan hadiah yang ku harapkan namun kejayaan d masa depan yang ku impikan*

p/s: arini public holiday coz Wesak Day.happy wesak to my buddhist's friend. http://grpv.cc/hfI