Followers

Showing posts with label friendship. Show all posts
Showing posts with label friendship. Show all posts

Sunday, February 3, 2013

Besties Day Out

It's Sunday guys. Memang masa yang sesuai untuk semua orang keluar tuk berjalan jalan dan shopping menghabiskan duit. Hari ni special sikit sebab Geng Rangers akan berkumpul untuk mententeramkan dunia.hahaha...Sebenarnya datin Nora balik ke Tawau so kesempatan ini digunakan untuk gathering bersama. Esok mau balik KL baru jumpa ari ni. Terbaik.

First cadang mau makan di Taste Two, Kubota Square. Sekali Nora whatsapp tanya Taste Two ok tak? Atau mau ke Pizza Hut...Rupa rupanya dia belum makan. Aku pun belum makan. Semaq pun belum makan. Akhirnya pilih Pizza Hut. Sampai Pizza order makanan. Satu persatu order di hantar. Pertama satu jug minuman di hantar tanpa gelasnya. Dalam 2-3 minit gelas tak sampai sampai. Terfikir camana mau minum air ni kalau ada straw takpa gak boleh kami kongsi se'jug' minum berempat. Kitorang memang bengang sampai terpaksa panggil pekerja tolong hantar gelas. Aduh dik, dah la kakak kakak ni dahaga kau wat kami naik angin lagi. Servis memang hampeh la. Tepi pinggan ada sisa sisa sos.Parmesan powder yang ada di atas meja pun dah berketul ketul dek masuk angin. Tolong la jaga servis atau customer pun tak mau datang sudah ke PH.

Pertama, makan bertiga sementara tunggu Ateh. Rupanya Ateh sudah sampai ke Taste Two. Dia tak baca kot whatsapp yang Nora hantar. Kami paksa juga dia datang ke PH. Sebenarnya Ateh ni jenis tak makan sayur, cheese. Banyak juga benda yang dia tak makan jadi bila ajak ke PH dia macam agak berat hati juga la. Sian... pening pening pun gagahkan diri tuk berjumpa. U're the best Ateh. Geng Rangers memang sporting.


        Soup of the day...mushroom soup. Sampai meleleh leleh adik tuang sup tuk kami.ehmmmm.



 First slice
 Special order tuk Ateh. French fries dan 2 chicken wings yang agak lesu warnanya. Tak sempat ambil gambar sayap ayam


Lepas bayar kami terus beransur ke destinasi yang ke 2. Cuba teka kami ke mana? Agak agak kami windows shopping??Hahhh...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
  - 
-
-
-
-
-
Surprise...seterusnya kami ke Indo Taste yang berdekatan Giant. Omagad...makan lagi. Yup...hak makan hak kami. Selagi ruang dalam perut ni masih ada kosong pasti akan diisi semaksimumnya. Belum sempat hadam lagi sudah masuk makanan seterusnya.  Kali ini makan yang ringan ringan aja. Nampak ringan tapi main ingredients tetap sama CHEESE.

 Sanggar Cheese
French Fries cheese flavour
Mango Sago
 Tak sampai sejam tadaa...berbaki satu. Maka memang terbukti kami berempat memang suka makan.
Semaq & Nora
with Ateh

Berempat

Time mahu bayar semua orang get ready mahu bayar. Semaq ready sudah dengan note 50 sekalinya ditepis oleh Nora. Kata Nora ' Aku balik ni sebab mo belanja kamu'. Bah jadi Noi setiap bulan la ko balik...kalau tak kebulur kami. Wakakaka....Apapun hari ni enjoy sangat walaupun cuma 4 jam. Ateh kena bergerak ambil anaknya tusyen. Gitulah komitmen sang ibu.

Sayonara Noi...nanti kita jumpa lagi. Tak Tawau, di KL la kita jumpa. Aku kan biasa tumpang rumah mu tuk 'buang angin'. Thanks so much Noi sebab belanja kami makan di 2 tempat dalam masa 4 jam itu. Memang kekenyangan.




Sunday, October 7, 2012

Raya 2012

Dah habis syawal baru nak wat entry kan. dang... Raya tahun ni sama seperti tahun tahun yang sudah aku pasti gi beraya ke rumah kawan kawan secondary school. Ni kira aktiviti tahunan.kena masuk dalam planner. tahun lepas tak dapat join sebab aku outstation. Outstation la sangat.

Macam biasa kitorang akan set nak jumpa kul berapa dan rumah sapa first nak di ambush. Last minute, our organizer Princess Pongak tak dapat join coz ada masalah kesihatan. So pandai pandai la kitorang gerak sendiri. Aku dijemput oleh Bunneq dengan menaiki myvi putihnya. Thanks ban sudi jemput aku yang mengada ngada ni. Lepas tu terus ke rumah Datin Nora *special guest from KL*. beberapa bulan sebelum puasa dah suruh kami adakan beraya bersama.

Rumah pertama....rumah cik Mirna di Taman Semarak. Oleh kerana jalan ke rumahnya kitorang tak pernah nak hengat so terpaksala dia minta adiknya jemput kami di bangunan kedai berdekatan.


 Sampai je memang dah terhidang kuih muih atas meja terus pilih jak mana yang berkenan di perut. hamekkau siap kena hidang soto lagi. dah habis melantak baru ingat nak amik picca. masa ni Cik Mirna tunduk tunduk malu tak nak kena amik gambar. ceit.
 
 Ervanian
 
 Saya la sapa lagi kan

                     Datin Nora                                                                          Mirna
 
                           Roziah                                                                             Rahmah
       
 Hidangan di rumah ke 2 -  rumah cik Bunneq 
Pernah tak korang di beraya dihadiahkan a.k.a diberikan buah tangan? mesti tak pernah kan...see apa yang kami dapat. pisang sanggar yang enak tuk wat cekodok atau jemput jemput. thanks to Ochee's mum yang murah hati berikan pisang ni tuk kitorang.terharu rasa.

 Pilih pilih Mirna jangan tak pilih. kat JB takda pisang jenis macam ni. di Sabah jak ada.ngeeee....
Kenangan raya bersama di Tawau 2012. make it again next year ok.

Walaupun cuma berenam tapi tetap happening. masing masing dengan celoteh. lebih lebih rakan ku yang sorang ni...yes miss Rahmah. seronok dengar dia cerita tentang Doha. by the way, rakan ku ni dia bekerja di sana..memang best bila kita bekerja di luar negara ye la boleh compare cara mereka bekerja dengan cara orang kita. pada hari kejadian 5 buah rumah telah diserbu sampai ke malam beraya. mengalahkan kanak kanak riang. lagipun kami belum berkomitmen jadi apalagi santai la berjalan tanpa memikirkan sesiapa yang ada di rumah walaupun mak bapak kami resah fikir anak dara dorang tak balik balik. ampun pak...ampun mak.

p/s Sori baju aku tak memenuhi tema raya. sigh.

Thursday, July 14, 2011

Berita Gembira Buat Semua Orang

Hello..

Perasaan sangat gembira hari ini.teruja yang teramat bila mendengar perkhabaran dari jauh.chupp...chupp...bukan orang nak datang merisik saya tau.tapi kabar ni memang yang ditunggu wat aku dan 3 sahabat ku ni.nak tau apa dia...chill k.

Sebenarnya 3 sahabat ku telah disambungkan kontrak tuk berkhidmat sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di 3 daerah yang berlain.SYUKUR sangat sangat sangat.yela bukan apa dah lebih setengah tahun mereka tak bekerja.sampaikan sorang tu siap bawa diri ke kota kinabalu tuk mencari keja.nasib baek juga jumpa keje.keje apa?mestilah keja yang HALAL babe.

ni KPN.ditugaskan d SMK St. Martin, Tambunan

ni la kawan ku yang telah membawa diri ke Kota Kinabalu tuk mencari rezeki.telah berjauhan dengan daku selama lebih kurang 3bulan.lama da tak jumpa ko babe.really miss u so much.

ni P.I.ditugaskan tuk berkhidmat di SMK Kalabakan, Tawau.

Fuh jauh juga ko kena hantar erk.apapun ko mesti akan lalu tempat keja aku setiap hari.pasti ko akan teringatkan daku.blueksss...

ni MP.ditugaskan tuk berkhidamat di Sandakan.nama sekolah tak tau lagi.

kak every weekend balik tawau boleh tak?rindulah nak sosial di malam hari.opss...sosial..please la.bukan apa kitorang biasa lepak di kedeai makan pada malam hari.coz siang hari masas tuk bkerja sahaja.memang sangat berkomited pada kerja.chewah....

So buat 2 sahabatku yang terchenta, 7bulan da korang tak jumpa pelajar satu je pesanan dari aku.
JUMPA PELAJAR JANGAN CEPAT MENGENCANG K.
chill & cool je.yang penting SENYUM tak perlu kata apa apa.

Aku akan tunggu satu masa kita berjumpa dan duduk menghadap meja bulat, tak pun empat segi dan dengar cite korang di tempat baru.mesti pengalaman yang berbeza.