Followers

Saturday, April 12, 2014

Keletisang


Aku rasa arini aku dah jadi macam bionic woman.Apa taknya pagi turun gi keja sebab ada aktiviti kokum. Mujur aku tak ada sukan so tak payah nak turun awal. Gerak lambat sikit arini. Kokum aku start kul 9am tuk persatuan. Sempat gak kami buat payung terjun takda la kebosanan tak akriviti langsung kan.

Kul 10am aku attend plak meeting kurikulum. Atas alasan aku penyelaras sains Ting 3....penyelaras okeh. Dapat surat jemputan so mau tak mau aku kena juga kalau tak mau nya buat surat tunjuk sebab hantar kat bos...taknak aku.meeting ok, berjalan dengan lancar. Bos kata kul 12noon kami berhenti lunch...terbabas gak ke 12.25 kami lunch.

Aku dan colleague dah planning nak minta excuse blah awal sebab team aku kena handle bahagian penyediaan hadiah tuk hari anugerah minggu depan. serabut kepala otak aku. Semua benda kena buat dalam masa terdekat ni. semangat cakap kat bos nak balik sebab nak pecut gi tempah hadiah last last dia boleh kata kedai tu buka sampai malam napa nak pegi sekarang. nak je jawab malam saya nak g dating.....kikiki...pang sedas.

Lepas rehat terus masuk semula ke bilik mesyuarat. Hati dah sebal ni. Duduk dalam bilik tu dengan jiwa yang tak keruan. Fokus memang melayang ke laut. Elok panjang benar mesyuarat takda pun yang terkait dengan aku..haram. Geram je rasa. Elok lagi kalau bagi aku pelepasan tuk gi cari hadiah awal awal tadi. habis je kata penutup berdesup aku kuar dari bilik terus race si lelo ke bandar. Masa tu dah kul 3.20pm. Nak nangis aku. Jauh lagi perjalanan nak sampai ke bandar.

Sampai bandar terus masuk bookstore, pilih la mana-mana hadiah yang sesuai dengan bajet. Memang tak keruan betul diri ini. Kakak kat bookstore tu mesti tengok aku tadi pelik. Apa tak nya kejap ke sebelah kanan, kejap ke sebelah kiri, kejap ke belakang. Lincah sekali pergerakan aku. Tengok jam dah kul 5.30pm huarghhhh....tak sempat nak balik rumah, mandi. tidakkkkkk......5.40pm settle minta quotation terus pecut gi sembahyang and tadi kul 8.15pm aku selamat sampai ke rumah.

Orang lain dah santai depan tv tgk berita aku baru nak mandi pastu makan. Betis dah sakit aku betul-betul harap ada orang yang sudi urut kaki aku. Ni kaki nak pakai lama tau. Malam ni konfem tido tak hengat dunia.....keletisang.

Tapi sebenarnya minggu ni aku memang agak sibuk. Selasa dan rabu kena bertugas jadi urusetia tuk pertandingan bola sepak, sekolah aku jadi tuan rumah. Padahal jawatan aku ajk publisiti jew, tapi tak kesahla sebab kebetulan ada colleague yang kena bawa pelajar tuk aktiviti luar. Ni namanya kerjasama. Pastu khamis majlis penutup pertandingan tuk aku kena bagi buku aturcara. Game habis dalam kul 6.30pm. gila ko maghrib kami masih kat sekolah busy dengan pengagihan hadiah tuk pasukan yang menjadi johan.

Apapun aku bangga dengan pelajar ku. Semangat sukan dorang memang tinggi melangit. Tu memang aku puji, tak perlu disangkal lagi. Pasukan kami 18tkb menjadi naib johan pada petang tu dibelasah oleh kolej vokasional tawau, 2-0. Ok la kan daripada kalabakan kena belasah KVT , 6-0. hambek ngko.

Tahniah tuk pasukan SMKMB.