Followers

Sunday, December 23, 2012

Result

Yippie!!!!

Girang + terharu. Semua perasaan pun ada dalam diri aku sekarang ni. Apa tak nya result PMR sekolah aku tahun ni agak gempak sikit la.takda gempak sangat sebab tak ada seorang pun yang dapat straight A. Tetap bersyukur okeh. GPS sekolah meningkat sebanyak 0.1 ...banyak tu. Nak dapatkan 0.1 tu pun senang tau.Pecah kepala otak fikirkan cara dan strategi. Nak ambil hati pelajar tuk bersungguh sungguh lagi. Kelas hadapan mungkin takda masalah tapi kalau kelas belakang takkan nak ambil hati bagi gula gula seposen kan. Apapun pelajar aku kelas 3G, kelas paling belakang sekali dah buktikan yang dorang pun bijak. Untuk subjek aku Sains 2 orang je yang gagal. 2 orang tau bukan dua puluh orang. See...tu baru subjek aku. Rasa blessed sangat. Sepanjang 3 tahun mengajar kelas PMR rasanya ni la pencapaian yang terbaik pernah aku lakukan. Kelas 3A aku 16 orang dapat A out of 25 students dalam kelas tu. Subjek matematik 5 orang je yang gagal dari kelas 3G. Suke la Cik Teo kan. Seronoknya.

Tak sia sia aku adakan kelas tambahan setiap hari sabtu. Walaupun tak semua yang datang namun aku tetap berbesar hati sebab yang datang tu memang sungguh sungguh nak berjaya dan buktinya aku sudah nemapak melalui keputusan dorang.

Dalam aku happy, ada gak a bit sad sebab pelajar harapan aku tak capai target tuk dapatkan straight A. Aku mengajar kelas A so mestilah aim pun tinggi kan. The best result is just 5A's. Dua orang dapat result yang sama. Eh apsal sama result korang ni, 5A4B. Curiga teacher tau...macam ada chemistry je. Kalau ada pun takpe juga.

Apapun TAHNIAH buat HALIMAHTUL FILZA DAN MUHAMMAD AFFENDY sebab dah cuba lakukan yang terbaik. Pelajar terbaik pun cuma dapat 6A2B. So korang berdua pun kira yang terbaik la. Thanks so much sebab dah bagi result yang the best tuk teacher.

Saturday, December 8, 2012

Bali #3

Halluuuu...ni part ke 3 dah.punya la main lama nak update kan.of coz la aku bukan blogger tegar okeh. Sepanjang berada di Bali ni part yang paling best adalah setiap hari aku mesti ke sebuah spa ni.jadi spa faveret plak.apa tak nya 4 ari di sana 3 hari berturut masuk spa yang sama. Siap pekerja spa tu dah cam muka aku yang tak seberapa lawa ni.. Nasib baik la 3 kali masuk buat treatment yang berlainan. Hari pertama body massage, hari kedua buat creambath rambut dan hari ketiga buat facial. Wahhh...mengalahkan mak datin kan. Padahal kalau duduk di tempat sendiri takde nye nak masuk masuk spa spa ni.sebab masa itu emas. *mengada ngada*


Ni la spa faveret sepanjang berada di sana.servis memang tip top.ada pengalaman di spa ni tapi biar la jadi kenangan tuk diri aku sendiri.

 Lepas dari spa biasanya mesti singgah makan di kedai bersebelahan ni.menu not bad juga la.Tekak aku boleh layan.
Pagi kami takda buat aktiviti apa sangat melainkan ke spa pastu jalan ke kawasan sekitar. Pastu balik bilik dan tido. Simpan tenaga tuk petang ni. Hah...nak tau apa aktiviti petang kami. Tadaaaa....kami ke pantai Kuta. Kami memang sengaja pergi tempat ni pada last day sebab tak jauh dari hotel yang kami stay. Tak jauh la sangat kan. Sampai mau cramp kaki aku dibuatnya berjalan hampir 2 kilometer. Ko mampu??? Ingatkan dekat la pantai Kuta ni rupanya mak aih....redah je la. Tapi best juga takdalah boring sepanjang jalan tu banyak hotel hotel 5 star, kedai kedai dan mall. Jadi boleh cuci mata. Kitorang memang set set time tuk sampai dekat mau sunset. Tapi rugi juga sebab tak dapat tengok orang surfing. Kawasan ni memang famous bagi surfer.

Tadaaaa....Pantai Kuta uolls. Abaikan selipar jepun ku yang banyak berjasa.selipar murahan pun diangkut sampai oversea.
Sampai terus aku pilih port yang best tuk tengok sunset. Memang pemandangan yang indah la kononnya tapi entah kenapa ada pulak sang kekasih muncul dan terus landing di hadapan kami. Bedebah betul.terus hangin satu badan aku. Dah la sebelum ni ada sorang macik wat aku naik angin korang pula pergi tambah. Pasal macik ni macam ni ceritanya  masa di pantai ni sorang macik datang dekat aku dan promo suruh aku cat kuku. Aku awal awal lagi kata tak nak tapi dia mati mati juga mau buat siap turunkan harga lagi. Aku yang keras kepala ni tetap geleng kepala. 'Saya nggak mau mbak'. Punya lembut aku cakap tetiba dia balas 'lho kalau mau murah ya jual tubuh aja' blurppp...terkesima aku 10 saat. Dah ko yang sedaya upaya pujuk aku walhal dari awal ko datang aku memang dah tolak mentah mentah. Apa punya orang la. Keras keras kepala aku takde la sampai nak balas marah kat macik tua tu. Sian aku tengok.





Best gila ko boleh baring baring atas pasir sambil baca magazine. Ye la kulit korang kan putih. Sunbathing tuk dapatkan warna kulit macam aku ni. Kita tukar kulit nak tak??








Ni la macik bertuah yang aku cerita di atas tadi. Ramai sebenarnya penjual di kawasan. Pelbagai variasi barangan dan perkhidmatan dorang boleh bagi. Ada yang jual gelang tangan, cat kuku, lukis tattoo dan macam macam lagi. Cewah promote gitu.
Pasangan sejoli yang mengganggu pemandangan aku. Elok jak depan aku tu kosong tetiba kamu timbul merosakkan mood aku nak tengok sunset. Korang memang hancus.

Duduk sambil menikmati sunset memang ohsem. Lepas puas tengok matahari tenggelam kami bergerak ke Legian. Ni lagi satu tempat hotspot di Bali. Memang ramai orang. Tapi tempat ni barang barang dia agak mahal sikit maybe sebab tumpuan  tourist so peniaga pun demand lebih la. Kat sini aku tak da beli apa apa pun. Mahal. Rasa tak berbaloi pulak. Aku ingat nak angkat fridge magnet yang aku berkenan tapi kawan kata 'tak payah ar, mahal.tak berbaloi.' Aku yang lurus bendul ni pun ikut la. Bila dah keluar dari kedai baru terfikir 'duit aku, aku nak beli suka ati aku la'. Tapi tak beli pun.hahaha. Puas ronda sekitar Kuta-Legian kitorang pun balik hotel semula. Balik pun jalan kaki juga. Nasib baik kaki ku tak merajuk kalau tak merangkak la sejauh dekat 2km.


Spot Hard Rock Cafe dan Hotel berdekatan dengan pantai Kuta.Patut la ramai tourist duduk dekat area ni.

Kenangan yang takkan ku lupakan. Patutla Bali ni menjadi destinasi orang hanimun sebab memang banyak port yang boleh lakukan aktiviti bersama.