Followers

Google+ Followers

Friday, July 11, 2014

MINERAL COFFEE

Sapa sini peminat kopi angkat tangan cepat. Ni nak cerita pasal kopi yang cukup popular dia abad ni MINERAL COFFEE. Agak agak kenapa saya cakap popular???

Ramuan utama MINERAL COFFEE

Mineral Coffee menggunakan biji kopi jenis Robusta yang berkualiti tinggi diimport dari Vietnam. Kopi Robusta lebih diminati kerana aromanya yang lebih harum dan rasanya yang lebih pekat. Kopi Robusta mengandungi sejenis protin dipanggil 'chlorogenic acid' yang bersifat anti-obesiti dan dapat mengurangkan penyerapan gula dalam darah.

Rahsia kebaikan Mineral Coffee ini adalah GARAM BULUH kerana mempunyai kandungan khasiat yang tinggi. Garam Buluh ini sebenarnya sudah lama dimakan oleh masyarakat Korea sejak 1300 tahun dahulu sebagai ramuan dalam perubatan purba.


Nak tau apa kebaikannya? Hah meh sini nak cerita apa yang bagus sangat pasal kopi ni.

Kebaikan MINERAL COFFEE
  • kurang menghidap penyakit kencing manis (NIDDM), penyakit Parkinson dan nyanyuk
  • kurang kes sesetengah kanser, penyakit aritmia jantung dan stroke
  • memberi tenaga dan kecergasan sepanjang hari
  • menghilangkan rasa keletihan badan dan sengal sendi
  • mengurangkan masalah sebu ulu hati akibat masalah gastrik
  • membantu mengurangkan masalah sakit kepala akibat migrain
  • membantu mengurangkan sakit senggugut
  • membantu melegakan masalah kulit seperti jerawat badan dan ekzema
  • mengurangkan alahan seperti resdung dan alahan kulit
  • membantu mengurangkan masalah sukar tidur
  • membantu anda tidur lena diwaktu malam
  • mengurangkan masalah buasir dan sembelit
  • khasiat garam buluh untuk membantu merawat penyakit kencing manis, sakit jantung, darah tinggi  

Untuk penghidap penyakit darah tinggi pun tak perlu bimbang tuk minum kopi ni sebab takkan memberi sebarang efek.

Bab rasa MINERAL COFFEE ni tak macam kopi kopi lain. Rasa ni sedap and tak pahit. Bau pun wangi.
 
Sekarang ni nak raya saya buat promosi raya so harga tu memang korang macam tak percaya. Rebut peluang tuk dapatkan harga #promosiraya ni sebelum terlambat.

Promosi bermula dari 1-31 julai 2014. 
Berminat boleh whatsapp  (+60) 0139598562
MARLINE KLETUS
marlinekletus@gmail.com

BUKA PUASA @ PROMENADE HOTEL

Dua hari lepas aku dan kawan kawan keja gi berbuka puasa di Cafe@7, Promenade Hotel Tawau. Macam biasa perancangan awal tapi tak rapi. Nak pergi hari rabu tapi tak booking seat hahaha macam hotel mak pak kitorang. Cari no fon hotel jumpa, terus kol minta book kan seat kami. Syukur ada lagi kosong. Tu pun dia kata kalau lebih dari 4 orang kami kena duduk separate.

Kul 6 lebih dah sampai. Perut dah berkeroncong ceittt aku tak puasa plak yang over. Buka puasa 6.26pm. Buffet dia not bad. Berbaloi dengan wang ringgit yang nak dibayar. Makan sampai terbelahak. Seusungguhnya Cafe@7 ni tak pernah mengecewakan kitorangdengan hidangan buffet ramadannya.










Semua kat atas ni aku yang makan. Hahhh sedapkan. Aku dah cakap memang berbaloi baloi dengan harganya. Ada rojak dan salad tapi aku tak ambik full dah oiii.



Ni kawan aku amik pastu suruh kami rasa tapi aku tak sempat rasa dah habis kawan aku lantak. Rasa dia macam tiramisu.

So orang Tawau yang masih tercari tempat nak berbuka aku memang syorkan sangat sangat gi di sini. Makanan tip top, servis tip top.

Friday, July 4, 2014

Hari Guru 2014 - Kembali ke Sekolah

21 hb aritu sekolah aku baru buat sambutan hari guru. Bukan tak nak buat on time tapi keadaan tak mengizinkan. Budak exam pastu Tawau jadi tuan rumah sambutan peringkat negeri dan ada sebahagian guru dari sekolah aku terlibat. Postpone punya postpone tarikh ni je yang ngam. Memang ramai yang berbunyi tapi nak buat camana.

Tahun ni tema kami 'Kembali ke Sekolah' so apa lagi kena la guru guru semua pakai baju sekolah. Nak tak nak ramai yang gi beli baju sekolah baru dan ada juga yang pinjam pelajar punya. Bagi yang ada adik atau anak buah macam aku harus la kuasa meminjam digunapakai. Syukur ada adik sepupu yang bersaiz lebih kurang macam aku dapat save bajet huhuhuh. Tang kasut aku belasah pakai kasut TOMS aku warna hitam. Ada bebudak tegur aku macam wajah budak umur 15 tahun bila pakai macam ni. Tak kelakar okeh.

Program berjalan dengan lancar. Aku AJK makanan tapi aku rasa macam suma benda pun aku buat dengan AJK2 yang lain.Takpe janji program berjalan dengan lancar. Pengetua puas hati kira ok la tu kan.

3 orang yang tak duk diam di hari kejadian. kejap ke sana kejap ke sini.
selfie

Aku panggil anak anak murid nak amik pic bersama. Kenangan pakai baju sekolah terimbas  memori 14 tahun lalu. Rasa macam masih muda remajah.


Aku suka pic ni ntah napa. Jiwa muda gitu.

Tengok anak murid aku ni. Sempat minta cikgu dia tolong snap pic berdua dengan classmate dia. Bukan couple, buat kenangan kata, tapi apsal dia tak minta pic ni dengan aku.

Games yang ada. Banyak tapi aku kan bizi tak sempat snap game  game yang lain.
Sedut kak jangan tak sedut. Kalau aku konfem lepas. Nafas pendek.
Tarik tali antara guru pagi vs guru petang. Guru petang kalah wakakakakaka


Saat yang paling best MAKAN time. Tuk makanan kami cater dari catering yang kami dah biasa. Bekas cikgu kat sekolah ni juga so senang la nak runding harga. Makanan dia memang superb aku tak nafikan.


Orang Tawau yang berminat nak amik katering ni fully recommended by me.


Yummylicious.
Kek ni pengetua sekolah yang sponsor. Terima kasih.

Memandangkan VIP tak ramai yang datang so kami pun duduk la kat round table yang kosong.  Ni antara lauk kami pada hari tu. Ingatkan tak cukup, lebih lagi ada la. Siap tapau bawa balik rumah.



Perut kenyang hati gembiara. Mula la sesi bergambar. Macam tak caya pun  ada bila mana ramai juga rakan kerja yang beri sokongan dengan memakai pakaian sekolah macam ni. Terharu.

Wednesday, June 18, 2014

Short update

Minggu ni persekolahan baru bermula tuk semester 2. Buka- buka sekolah dah mula training tuk sukan tahunan. Sukannya minggu depan 26hb tak ke haru dibuatnya tu. Seminggu je trainingnye. Bajet bebudak ala-ala atlet gitu yang stamina dah cukup dah tu. Tahun ni buat pertama kalinya aku jadi pengolong ketua rumah sukan tuk sidang petang. Bertahun aku selalu diberikan tugas ajar budak kawad tahun ni aku tukar angin latih budak tuk acara padang. Sesekali tukar angin tak salah kan.

Tu kisah sukan sekolah.

Hari sabtu ni pula kami ada sambutan hari guru peringkat sekolah. Hah gelak...gelak...tau la dah sebulan berlalu tapi takpa. Yang penting ada sambutan dan bila ada sambutan mesti ada makan-makan kan. Part makan tu yang best. Tak sabar okeh. Tema tahun ni Back to school tapi ntah la ada tak yang nak pakai baju sekolah nanti ni. Sebab dengar ada yang tak nak ikut tema. Emmm tak faham la. Apapun kita tunggu hari kejadian ye.

K la sekian update saya.