Followers

Wednesday, June 8, 2011

Eksiden @ Sungai Burung

Holla.

Petang semalam tengah asyik ber'online' mak aku datang minta tolong bawa macik aku ke Sungai Burung.pemikiran terus berlegar legar napa nak kena g tempat tu.dah la jauh.dekat 50km one way.biasa drive g tempat keje pergi balik baru 64km.kus...semangat ku.pastu mak cakap pacik aku eksiden.terus berdiri dan tanya itu ini mengalahkan wartawan tv.

Mak cakap lori yang dipandu pakcik bertembung dengan waja.keta waja tu kemik dan pemandunya dah di hantar ke hospital.dalam hari berdoa agar pacik aku xda apa apa.pakcik aku sebenarnya on the way ke Kota Kinabalu dari Tawau.aku bergegas tukar pakaian dan bawa tok sepupu.macik tak jadi ikut sebab nanti tak muat pula nak bawa pacik and the geng.

Sebenarnya pacik aku ni keje transport.tau tak apa keje transport tu?ala lebih kurang macam hantar barang2 kilang ke tempat daerah daerah lain.kali ni dia kena hantar barang dr Kota Kinabalu ke Lahad Datu tapi oleh kerana ada seorang sepupu nak ke Tawau jadi dia pun tolong hantar la sampai Te tawau.elok selamat je sampai tawau napa plak bila nak balik ke sana jadi benda macam ni.

Elok sampai di roundabout balung jammed.dah boleh agak ni mesti sebab eksiden tu.punya jauh lebih kurang 7km dari tempat kejadian.dalam hati lori pacik terbalik ke sampai jamme teruk macam ni.laluan menuju ke semporna kenderaan langsung tak gerak.aish....dalam kepala otak dah fikir yang bukab bukan.buruk betul perangai aku ni.dekat 20minit juga la keta tak bergerak.bila dapat gerak punya la slow, laju lagi siput babi rasanya.tapi siyes der guna gear 1 je tuh.

Tup tup bila sampai xde pun lori terbaring atas jalan raya.yang ada lori masuk ke parit tepi jalan.tapi napa boleh jammed gila babai ek???korang mesti boleh agak napa kan...biasalah ragam orang kita, asal je eksiden sibuk nak tengok kenderaan apa yang esksiden, brapa orang yang mati, nak amik gambar.bukan nak tolong.memang betul betul tak faham mentaliti orang kita.

Parking keta belakang keta on tow pastu tau tak rupanya aku sorang sorang je pompuan kt situ.ala ala heroin la.HAPRAK!!!siyes tak tau nak buat apa.tok sepupu g tengok keta waja tu.aku jenguk jenguk dari jauh je la.malas nak gi dekat bukan apa, kan aku dikata menyibuk.malu seh.tapi nasib baik la pacik aku ni geng highway star...jd mana mana kenderaan yang ada tepek sticker highway star yang lalu pasti akan di tahan tuk minta bantuan.tunggu dekat sejam juga la tuk keluarkan lori pacik aku.kesian gak aku tengok dia.dahla bukan asal tawau, konfem la tak ramai kawan nak minta tolong.

Rupa rupanya waja tu sedang menuju ke Tawau dan dikatakan memotong sebuah lori trailer dihadapan.bila waja tu tak lepas nak potong dia bertembung dengan lori pacik aku dari arah bertentangan. dan oleh kerana nak mengelak tu la lori pacik masuk ke parit.nasib baik parit kalau gaung tak tau la nak cakap hape.isk isk isk

Bila lori dah dikeluarkan dari parit tepi jalan kitorang terus chow balik ke tawau semula.pacik aku da serabut takut kena marah dengan bos.ye la mana tak nya kene g tempat lain tapi sampai kat tempat lain.sebelah malam bawa pacik wat report kat bahagian trafik dan amik lesen memandunya.aku tak berani nak tanya banyak ye la aku tau pacik masih trauma dengan eksiden tu.

Apapun yang berlaku yang penting pacik and the geng tak salah dan semuanya pun selamat.syukur sangat sangat kepadaNya.sesungguhnya malang tidak berbau.kadang kadang kita dah cukup berhati hati tapi orang lain bagaimana???bawa keta kat atas jalan raya tapi poyo bak memandu kat atas Litar Sepang.memang cukup fed up dengan perangai orang macam tu.

macam ni la keadaan lori pacik

kuat juga waja tu sampai patah tangki air lori pacik

2 comments:

fyna ahmad said...

dasat btol...
:(




jom singah n follow belog fyna.
http://inibelogfyna.blogspot.com/

leen said...

tu pasal.xtau la mcm mana keadaan driver waja 2.x sempat nk tgk.