Followers

Tuesday, May 31, 2011

Judika - Bukan Dia Tapi Aku



berulang kali kau menyakiti
berulang kali kau khianati
sakit ini coba pahami
ku punya hati bukan tuk disakiti

* ku akui sungguh beratnya
meninggalkanmu yang dulu pernah ada
namun harus aku lakukan
karena ku tahu ini yang terbaik

ku harus pergi meninggalkan kamu
yang telah hancurkan aku
sakitnya, sakitnya, oh sakitnya

repeat *

reff:
ku harus pergi meninggalkan kamu
yang telah hancurkan aku
sakitnya, sakitnya, oh sakitnya

cintaku lebih besar darinya
mestinya kau sadar itu
bukan dia, bukan dia, tapi aku

begitu burukkah ini
hingga ku harus mengalah

ku harus pergi meninggalkan kamu
yang telah hancurkan aku
sakitnya, sakitnya, oh sakitnya

(cintaku) cintaku
(lebih besar dari benciku) lebih besar dari benciku
cukup aku yang rasakan
(jangan dia) jangan dia
(jangan dia) jangan dia cukup aku

(jangan dia jangan dia) cukup aku
(jangan dia)

Sunday, May 29, 2011

SALMA Juara Mentor 5

Mentor bru je melabuhkan tirai beberapa minit yang lepas.seperti yang dijangkakan SALMA akan menang malam ni.aku pilih IQA tapi malangnya dia mendapat tempat ke 3 dan SHIHA tempat ke 2.apa2 pun tahniah tuk anda bertiga.

Oleh kerana salma menang so dia akan membawa bali wang tunai rm100,000.wah banyaknya.salma cepat2 balik tawau buat kenduri kesyukuran besar-besaran jadi aku pun boleh datang jg.x jauh kg titingan tu dari rumah aku ni hah.jalan kaki pun dalam 20minit jer.

salma juara mentor 5

kalau ada sesape yang minat salama boleh LIKE fanpage SALMA di fb.
Link
Tawau mari babe!!!!AF9 bila final ek?kat rumah aku xda astro.

THE FACEBLOG GEMPAK BLOGLIST

Hye korang setiap pagi bangkit tido mesti terus turn on laptop pastu mesti terus browse website the faceblog.tau napa sebabnya aku suka melayan radio era sambil melakukan tutorial blog.

Sekarang ni the faceblog ada membuat the faceblog gempak bloglist.apa kata kita pakat ramai2 join.ye la bukannya kene bayar pun kan.

Tak susah pun cara nya korang klik je banner kat atas tu.korang akan tau nanti.aku da join, korang bila lagi.hurry hurry...let's have some fun guys.bloglist ini untuk bulan jun.bloglist tersebut akan dikeluarkan di blog tfaceblog gempak bloglist.

Tarikh tutup gempaq jun: 30jun2011.


Saturday, May 28, 2011

Review online shop :MISSLILY SHOP:

hye uols...tetiba malam ni terasa tersangat la boring dari siang sampai ke malam asyik bermuka buku.tak lama makan tido suma dengan muka buku...haru biru la diri ni.

sebenarnya aku merupakan seorang yang suka membeli belah tapi bukan di mall2 yang besar macam pavvi ke, midvalley ke.tak tak tapi aku suka online shopping.suma ni akibat daripada siri penjelajahan aku di muka buku.nak tau aku shopping kat mana....tadaaaaa mengada ngada

aku memanga suke sangat sangat la shopping kat MISSLILY SHOP ni.buka apa tapi owner dia memang pandai layan customer.first come, first serve k.






klu korang nak tau model kat tu adalah owner MISSLILY SHOP iaitu MDM LILY.

pelbagai jenis barangan yang dijual antaranya
  • pakaian wanita - dress, jubah, tappered pant, palazzo, skirt, legging, blouse and cardigan
  • beg
  • belt
  • jam tangan
  • pakaian lelaki ada juga tau
akhir kata jom pakat ramai2 ke MISSLILY SHOP...enjoice

Friday, May 27, 2011

sambutan hari guru 2011

Set jam kononnye nak bangkit pukul 5am tup..tup...terbabas 10min terus capai tuala dan main main air dalam bilik air.wah sejuknye...seronok...suke suke.bersemangat nak pakai baju batik yang tak seberapa nak nampak corak batiknya.harga jangan tanya la rm40.fuh..rasanya cantik lagi beli kain kat kedai emadira tu.

Sarapan makan nasi goreng.mak yang sediakan.nak harap haku sah sah tak jadi nasi goreng.terima kasih mak.siap siap terus memecut ke tempat keja.dalam fikran terbayang tahun ni agaknya camana la sambutan hari guru kitorang.bukan apa tahun lepas ada persembahan dari beberapa orang guru.tengah asyik dorang menyanyi tetibe je hujan pun turun membasahi bumi.rasanya vocal guru guru tersebut malatop kot.jahatnya haku.klu haku yang nyanyi rasa-rasa apa plak yang akan terjadi.

Saat yang dinanti pun tibe.sambutan kali ni amat amat amat sederhana.kira ok la lagipun da expired 2minggu kan.pihak atasan menyampaikan perutusan hari guru 2011.haku tak amik port sangat pun.memang begitu la haku ni.pekerja yang tak berdedikasi kan.dalam dengar ucapan tu pelajar pra U bawah mengedarkan segala jenis hadiah.antaranya

sumbangan kelab staf


sumbangan pibg



mangkuk giacomo

Apapun haku amat hargai hadiah yang diberikan ni.terima kasih pada para sponsor tuk hari guru kali ini.



Thursday, May 26, 2011

working under pressure

Sebelum tido nak wat entry ni dahulu.memandangkan exam mid-term bru je selesai so kitorg suma memang bizi tahap gaban n satria baja hitam.*saja x letak ultraman bosan* ye la sibuk nak marking exam anak-anak murid yg bertuah tu la kan.dorg xtau yang kitorg ni tgh berperang dengan sejuta satu perasaan.gembira sebab exam da settle ari selasa lepas.geram bila membaca/menanda jawapan yang d berikan.keciwa bila soklan yang senang pun x boleh jawab.bacat bila pulangkan skrip jawapan yang kosong semula kepada haku.nak nak nangis bila pelajar da akil baligh pun still x reti nak mengeja perkataan dengan betul.apa nak jadi ni wahai pelajar ku.

Di kala jiwa meronta-ronta menanti ketibaan cuti yg lusa nak kunjung tiba tetiba dapat surprise dari SU Exam kate PPD kt tempat haku ni nak markah setiap pelajar di hantar pada 6 JUN.biar betul ni.baru nak set cuti ni nak settle so lepas cuti dengan hari yang berbunga2 nak bagi kat sorg2 guru kelas yg haku ajak budak mereka.aduh...lemah betul la macam ni.x siok tau.*i hate surprise*.lain kali esok nak hantar arini bagitau k.xsuke sangat sangat dan sangat.

Syukur haku da settle tanda skrip 2 kelas tinggal 2kelas lagi.tapi xpe yg 1 tu kelas haku so sesuke hati haku nak mark bila kan.so malam tadi dengan menggunakan kuasa kuda haku telah selamat marking skrip yang bukan kelas haku.so malam ni dapat tido separa lena coz yang kelas haku xsiap lagi.*big grin*. esok nak senyum kambing masa nak serah markah kt guru kelas yang mana budaknya haku ada ajar.

ok la nak tido esok ada kena bekerja di awal pagi coz ada sambutan hari guru yg da expired kt tempat keja.tak mo tido lewat esok pagi bangun ada dark circle bak panda...huhuhu...menggerunkan.

Selamat malam Malaysia

Saturday, May 21, 2011

Nur Kasih The Movie

Taip je tajuk hati da sebak...mau tak sebak.air mata da nak jatuh da ni.da nak masuk hari ke-3 tayangan Nur Kasih The Movie di pawagam tapi aku blh wat dunno.sebenarnya bukan wat xtau tapi pawagam kat tempat aku ni x tayang citer ni.aduh sangat2 FRUST.oh please la STAR CINEPLEX tolong la tayangkan filem NKTM ni.

Kelmarin kecoh seketika dalam ofis pasal crite ni.dengar kabar katanya ending dia Adam meninggal btl ke?sapa2 yang ada gi tengok, sudi2 kan la hapdet kat aku ni hah.terasa macam duk dekat planet hulu padahal bandar tu cuma tak sampai 10min dari rumah haku.



selagi tak tengok citer ni takkan lena tido malam haku *mengada-ngada*

Anda Memang Bijak....SYABAS

Mesti sekarang ni ramai pelajar yang tengah demam kan, betul tak?tak kira lah demam panas ke, demam peperiksaan ke atau demam apa2 lagi.u name it.yang saya nak crita ni mesti awk suma tau kan.ya sekarang ni adik2 sekolah tengah bertarung dengan komunis-komunis yang menjajah kepala hotak mereka.it's examination week y'all.

Lepas periksa cuti sekolah dua minggu.tentu seronok kan nak g bercuti-cutian dengan keluarga terchenta.tapi cuti kali ni x best bagi saya.nak tau napa???sebabnya saya x g travel memana...ooo...sungguh syahdu.apa nak jadi kat aku ni cuti lama2 macam ni tak kan nak duk terperuk dekat rumah je....aishhhh x blh jadi ni.but that's the FACT guys.2 minggu aku akan berhibernasi di rumah especially inside my own world (my room) menatap laptop 25/8.wah sangat terrible ni.

Apa aku merapu ni...ok balik ke crita asal.semalam aku menjaga di satu kelas form 1.kelas kedua dari belakang, kertas sains 1.masa yang diperuntukkan selama 1 jam=40Qs.tambah tolak darab bahagi 1Q=1.5min.memang x cukup rasanya masa yang di bagi tu.kena plak soalan ni memerlukan seseorang memerah otak tuk mengingat segala nota2 yang telah dibaca.tu pun klu ada bacalah la.tapi yang terjadi adalah sebaliknya.dalam tempoh masa 30minit suma 3/4 daripada pelajar dalam kelas tu da siap jawab kesemua soklan.saya sungguh terharu dengan pelajar yang sangat dedikasi dan jujur dalam menjawab soklan exam ni.sangat teruja dengan mereka.aku pun suruh la mereka suma tidur, nak bagi keluar kelas takut plak ganggu yang lain maka mereka pun terus letak kepala atas meja n lena. .Zzzzzzz.....dalam hati memohon agar jawapan mereka adalah BETUL.

p/s:nak cadangkan kat Datin Rosmah kot2 pelajar ni blh jadi calon PERMATA

Tuesday, May 17, 2011

Teacher's day

16 MEI:Selamat hari guru tuk semua insan yg bergelar pendidik d muka bumi ni especially to insan yg telah mendidik aq dr kecil sehingga skrg.mo wish happy teacher's day to my mum jg walaupun dia bukan cikgu d sekolah tp dia ialah cikgu d rumah yg mendidik anaknya yang degil sorg ni.

Semalam d tempat kerja kami menerima sebiji kek hadiah khas dr ahli parlimen Tanjung Batu, Datuk Hamisa.kek yang kecil tapi sangat bererti tuk kami warga SMKMB.xda sambutan tetapi akan d raihkan pada 27may ni.kira belated la kan.bukan apa lagipun sekarang ni anak2 sekolah tgh berperang dengan emosi, kertas n pen untuk menjawab mid term examination.especially to my beloved form 3 students do ur best in this exam.teacher knows u all can do better.trust in yourself dear.

Ada la beberapa orang pelajar yang datang tuk bersalam dan mengucapkan SELAMAT HARI GURU tuk aq.terharu walaupun tanpa hadiah.*bukan hadiah yang ku harapkan namun kejayaan d masa depan yang ku impikan*

p/s: arini public holiday coz Wesak Day.happy wesak to my buddhist's friend. http://grpv.cc/hfI

Saturday, May 7, 2011

Pasar Malam Pasar Pilipin

Last week thursday dgn menaiki flight airasia aq telah selamat sampai ke Kota Kinabalu.ala dekat je kan tp berlagak nak jg naik flight.smpi kk trs amik taxi menuju ke asia city hotel.memang da wat early book siap bayar skali.check-in n g dinner.btw x byk kedai makan d sekitar hotel ni.pas makan terus blk n rehatkan mata.

Esokkan lps brunch trs g gaya street dgn niat nak cari hotel yg aq pernah duduk last yr.bila da jumpa, booking room trs g cari mall yang berdekatan.kaki melangkah mencari Centre Point ingatkan dr gaya street ni dekat rupanya jauh juga.jalan punya jalan smpi la kt CP ni...bru tersedar bak kena hantuk dgn batu rupanya Cp ni d belakang hotel asia city (hotel yg aq duk semalam) yg terletak d kg air.apa punya lembap la aq x tanya org hotel semalam mana letaknya CP ni.dr CP g ACH tuk check out n g check in kt Pantai Inn.pastu berjalan2 ke Pasar Pilipin.this is the place where outsider must visit when come to KK.WAJIB taw.oleh kerana da petang perut pun da berdangdut terus sumbatkan soto.makan dengan sopan walaupun sebenarnya lapar coz brunch td makan skit je.lauk x menyelerakan.

Dari restoran makan soto cuti mata di sekitar pasar malam d belakang pasar pilipin mata tertancap ke makanan laut yg siap d bakar.nyum...nyum....sgt menyelerakan.apa lagi rembat la sekor ikan kembung dan 3 ekor sotong.for ur info semasa pilih makanan ni baik tanya awal2 harga takut jg lepas makan masa nak bayar terkejut beruk mcm tersangkut tulang ikan d kerongkong.kejadian ni berlaku kt org yg makan d depan kami.bila selesai makan tanya harga makanan rupanya mahal.mcm yg sy makan ni ikan kembung (rm12/ekor) n 3 ekor sotong (rm10/cucuk).yang tu x masuk lagi latok rm1 dan nasi putih rm1.rasanya murah lg makan nasi campur lauk ayam/daging kan.tp serius memang mahal seafood d tmpt ni klu di fikirkan logiknya kerna d kawasan ni ada tmpt menjual ikan segar.so harga 2 kadang2 x reasonable la.nak makan hari2 konfem x sanggup.apapun rasanya tetap SEDAP.so harga kira belakang la.

ikan bakar

udang bakar

sotong bakar

piihan di tangan anda

menyelerakan*nyum*

p/s: kepada mereka yg ingin berkunjung ke KK jgn lupa datang ke PASAR MALAM di tepi PASAR PILIPIN k.jgn segan tuk bertanya harga setiap makanan yg dipilih.