Followers

Friday, July 22, 2011

new born baby >>>> ETHAN MILLER


Hello

Yahoo hati sangat gembira bangun pagi still boleh bernafas di muka bumi yang terchenta ni mengadanya bunyi thanks GOD.nak bagitahu semua orang yang semalam aku dapat lagi seorang anak buah.bukan anak kakak aku tapi anak cuzen.

Sebenarnya cuzen ni da tinggal kat rumah aku since isnin lepas.saje je coz dia bosan duk kat rumah.tengah malam kemarin dia da sakit sakit perut tak boleh nak tido.rupa rupanya da kontraksi.due date cuzen ni 14hb aritu dah tp baby still nak duk lama lama kat dalam perut mama.x puas lagi kot nak bergelap gelita.tak suka dengan cahaya cahaya keglamouran di luar sana.

Bila dah tak tahan asyik keluar masuk tamda dekat 50 kali akhirnya cuzen aku menyerah kalah g juga la ke klinik kesihatan ibu n anak tuk wat check up coz semalam ada appoinment.bila da periksa habis dia di suruh refer ke hospital.terus balik rumah aku amik beg pakaian then pecut g hospital.

Sehinggalah semalam dalam kul 9-10pm dia selamat deliver baby boy seberat 3.9kg...fulamak punya la berat baby ni.baru first baby da berat cenggini.takut la plak.oleh kerana baby ni besar terpaksa la kena vacuum dan akibatnya kepala dia ada sedikit bengkak a.k.a benjolan.ciannya anak buah aunty.takpa takpa pasni aunty bebeh panggilan alfin kepada aku tolong tekan tekan supaya biar jadi encem.

Ethan Miller Maipin

Pagi ni cuzen update kate baby tak minum susu lagi.pastu hanya gunakan pampers je coz baju baju yang dibelikan tak muat.makin bertambah kesian aku kat anak buah ni.cuzen cakap baby da termakan najis sendiri.OMG.....harap harap baby tak apa apa k.cepat discharged dari hospital tu aunty bebeh mo gomo gomo pipi baby yang bam bam.

p/s aku yang bagi nama ni coz mama dia yang suruh cari.

Thursday, July 14, 2011

Hidup The Gunners

Hello....

Arini hati berbunga bunga gi tempat keja.bukan kerana Ono belikan bunga ataupun dapat duit RM1juta.tu sah sah cuma mimpi di siang hari tatkala matahari betul betul terpancar kat atas kepala ni.terus pening dan migrain jadinya.

Hehehe...sebenarnya semalam fav football team aku ARSENAL telah menang dalam friendly match dengan team Malaysia, Harimau Malaya.pre-season Asian tour.Oooo sangat sedih bila mengenangkan nasib harimau semalam yang dibelasah 4-0 tu.langsung tak diberi tuk sumbatkan 1 gol pun oleh The Gunners.sabar je la Datuk K.Rajagobal ye

Apapun kira ok juga la permainan HM ni klu nak compare dengan corak game dorang yang dulu.kira dah ada peningkata.tapi maybe disebabkan oleh kurang stamina dan fizikal kot boleh tewas ni.nasib baik 4-0, klu 8-0 tak haru dibuatnya Datuk K.Rajagobal.mau taknya FAM terus buang dia dari jadi coach national team.






Namun hati tetap lara bila orang yang dinanti tak kunjung tiba.boleh agak tak sapa dia.of coz la captain Arsenal, Cesc Fabregas.sedih sangat987654.

Berita Gembira Buat Semua Orang

Hello..

Perasaan sangat gembira hari ini.teruja yang teramat bila mendengar perkhabaran dari jauh.chupp...chupp...bukan orang nak datang merisik saya tau.tapi kabar ni memang yang ditunggu wat aku dan 3 sahabat ku ni.nak tau apa dia...chill k.

Sebenarnya 3 sahabat ku telah disambungkan kontrak tuk berkhidmat sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di 3 daerah yang berlain.SYUKUR sangat sangat sangat.yela bukan apa dah lebih setengah tahun mereka tak bekerja.sampaikan sorang tu siap bawa diri ke kota kinabalu tuk mencari keja.nasib baek juga jumpa keje.keje apa?mestilah keja yang HALAL babe.

ni KPN.ditugaskan d SMK St. Martin, Tambunan

ni la kawan ku yang telah membawa diri ke Kota Kinabalu tuk mencari rezeki.telah berjauhan dengan daku selama lebih kurang 3bulan.lama da tak jumpa ko babe.really miss u so much.

ni P.I.ditugaskan tuk berkhidmat di SMK Kalabakan, Tawau.

Fuh jauh juga ko kena hantar erk.apapun ko mesti akan lalu tempat keja aku setiap hari.pasti ko akan teringatkan daku.blueksss...

ni MP.ditugaskan tuk berkhidamat di Sandakan.nama sekolah tak tau lagi.

kak every weekend balik tawau boleh tak?rindulah nak sosial di malam hari.opss...sosial..please la.bukan apa kitorang biasa lepak di kedeai makan pada malam hari.coz siang hari masas tuk bkerja sahaja.memang sangat berkomited pada kerja.chewah....

So buat 2 sahabatku yang terchenta, 7bulan da korang tak jumpa pelajar satu je pesanan dari aku.
JUMPA PELAJAR JANGAN CEPAT MENGENCANG K.
chill & cool je.yang penting SENYUM tak perlu kata apa apa.

Aku akan tunggu satu masa kita berjumpa dan duduk menghadap meja bulat, tak pun empat segi dan dengar cite korang di tempat baru.mesti pengalaman yang berbeza.

Saturday, July 2, 2011

when july comes

Hello!!!

It's july finally.OMG...bila masuk bulan Julai je terus pening kepala rasa nak migrain.rasa nak baring terlentang, pengsan, koma pun ada juga.bulan ni kira bulan yang amat busy wat pendidik yang mengajar pelajar Form Three.bukan apa semua syllabus perlu dihabiskan.itu yang paling penting...faham x faham belakang kira.coz boleh terangkan pada bulan Ogos nanti.cewah....memandai je aku cakap.kesian anak anak aku klu macam tu.menganga la jawabnya.

Julai juga merupakan bulan yang teramat la sibuk bila semua kerja kursus pelajar kena disiapkan dan ditanda dengan hati girang.bukan apa kalau tahun tahun sebelum ni, dalam bulan ni la pentaksir kawasan akan turun padang tuk memeriksa kerja kursus pelajar.memang guru guru akan bersilat karate kung fu nak kejar budak yang tak reti bahasa melayu sampai kerja kursus tu x disiapkan dan dihantar.paling bengang bila tanya napa tak hantar?sudah aku hantar teacher.kalau da hantar wat pa la aku nak tanya lagi.aduh...memang serabut otak betul la.rasa nak lempang lempang jew.

Ohhh Julai....bulan yang membuat ku rasakan 24/7 pun tak cukup.STRESSSSS!!!!