Followers

Google+ Followers

Sunday, May 18, 2014

GODZILLA & DINNER

Lagi 2 minggu menuju ke cuti sekolah jadi faham-faham la kalau dah dekat mau cuti kerjaa pun semakin berlambakan menjerit minta disiapkan. Aku ada satu keja dari last month tak siap-siap...malassss oiii. Paper work tuk program peningkatan akademik. Sabar ya esok aku siapkan pastu tunjuk kat bos. Apa yang perlu setel dalam masa tak sampai 2 minggu adalah menanda kertas exam. Hah yang ni rutin. Suka tak suka, ganemar tak gemar kena wat juga. Kalau tak siap tanda, aku yang kena siap dengan bos besar. Tak nak aku koserrrrrr.

Keja bertimbun tapi aku ada masa lagi gi berjoli. Stress weh duk menghadap keja je setiap hari. Otak pun dah naik jammed dah ni. Rasa nak hempuk kepala kat dinding bagi hilang tepu boleh. Petang tadi gi ronggeng dengan colleague tengok movie Godzilla. Colleague aku ni memang perangai macam ni asal nak gi tengok wayang mesti ajak aku gi sekali. Best tak best belakang kira yang penting ada orang yang dia boleh ajak tengok sekali. Kena plak dengan aku yang c ratu hangguk hah sesuai la sangat. Tengok movie bertiga kali ni.

Gojira (ikut cara sebuta Serizawa) ni citer ni kira ok la bagi aku.
Faham juga la.
Takde la sampai aku kebosanan.
Tak menguap langsung padahal dari rumah rasa nak tido aje.
Dah terkena sampuk Gojira gamaknya.

Lepas movie awal lagi.Gi isi minyak pastu kawan ajak gi rumah jap nak buka contact lens.
Jenis mata kering so dia rasa tak selesa nak pakai lelama.
Duk berejam dalam bilik air contact lens tu payah nau nak keluar.
Pakai eye drop dah tu.
Kensel.
Sambung pakai gi dinner plak.

Pasal dinner ni dah plan baik punya since jumaat dengan colleague (orang lain plak)
Petang sebelum keluar hujan lebat.
Member siap whatsapp kata tak jadi nak gi dinner sebab tempat tu akan tutup kalau hujan.
Cuak.
Sekali lepas tu cuaca kembali panas terik.
Syukurrrrr
Plan berjalan dengan lancar.

Colleague aku duk canang tempat ni memang best. Dia je dah pergi 4 kali. 4 kali okeh. Terkesima jap. Kitorang terus jumpa kat tempat tu. Nak tau tak kat mana...jeng...jeng...jeng....Roof Garden Cafe LA Hotel a.k.a Rooftop.
At first kami pilih tempat yang memang paling top sekali time tengah tunggu order, hujan turun. Seyes aku cuak. Mujur ada tempat kat bahagian bawah. Time ni tak ramai orang sampai lagi.

Suka la dengan tempat ni rooftop katakan.
Cosy.
Ni sebelum hujan.
Bila hujan turun terus pindah ke sini.


Colleague. Ada seorang lagi tak nak digambar. Alasan dia dah tua.
Kalu ko dah tu habis aku ni still young ke????




Red bean smoothie
RM 14
Ni memang faveret aku.
Pantang nampak tulisan red bean dalam menu konfem nak.
Orange juice 
RM 12
 
Spaghetti Carbonara 
RM 14.60
Nampak tak nampak takkkk
Kuah spagheti carbonara tu sangat yummeh.
Tak tipu.
Kalau makan kat pizza kering gila kuah tu.
Yang ni kira kuah banjir
Tomyam seafood 
RM 12.60
 
Grill steak with barbeque 
RM 35.60
Ni kawan chinese yang order.
Siap puji macam yang dia pernah makan kat England dulu.
Mashed potato dia sangat sedap katanya.

Overall kitorang sangat berpuas hati makan kat sini.
Harga tu standard la kan.
Nak kata mahal tapi dengan makan yang dihidang kira berpatutan.
So pada sesiapa yang datang ke Tawau tempat ni memang amat disyorkan tuk pergi.(tak dapat apa pun promote macam ni)

Ni kisah semalam aku.