Followers

Friday, September 30, 2011

Menghirup udara di tepi pantai ---->Dalit Bay

Hello

Tajuk memang dah cukup mantap.malam ni tak nak taip panjang panjang.letih.pergh...koya macam famous blogger yang sentiasa update citer.sebenarnya pic ni da perap selama sebulan.ke pantai ni semasa berada di Kota Kinabalu syawal aritu.dah lama kan?kan?

Dalam hidup ni kira first time jejak kaki n rasa butiran pasir d Pantai Dalit yang terletak dekat dengan.....hurm...hurm...Tuaran.dah nama pun first time kan so otak ligat berfikir specific area terletaknya pantai ni.dekat dengan Shangri-La Rasa Ria Resot Hotel.tempat ni memang sangat best.sesuai tuk buat outdoor photog.









Wednesday, September 28, 2011

Durian oh Durian

Hello...

Hye semua..tetiba je cerita pasal durian kan.orang lain da muntahkan semula durian tu aku je baru dapat melantak.cian betul la.actually 2 weeks ago time g KL ada nampak orang jual durian kat area BB tapi tak berani nak tanya harga coz confirm mahal kan.kitorang d Tawau baru je masuk musim buah buahan...durian, rambutan, terap....setakat ni baru makan durian dan rambutan.terap akan diusahakan tuk mendapatkannya.

Dapat makan durian 2 hari lepas pun hasil ehsan bff Syaz yang murah hati dermakan sebiji.ni pun kira hasil pertama dari kebun beliaunya.best kan orang ada kebun.jelesss!!!!bila agaknya aku ada kebun sendiri.cet...ada pun tanah sekangkang kera di belakang rumah ni.nak tanam pun segan.ye la tanah sewa.

Walaupun sebiji tapi dalam 10 ulas dan aku melatak sorang sorang.nasib baik malam boleh tidur dengan lena.sehinggakan mak aku pun salute dengan anak dia ni.yela setahun sekali baru dapat makan.macam ni la jadi.siap koyak dan makan dalam bilik lagi.anak dara apa ni.hancussss.

p/s tengah planning nak rembat buah durian seterusnya di Kampung Ibsan berdekatan dengan tempat keja ku.

Saturday, September 10, 2011

Jalan Jalan Di Hari Raya

Hello

Semua orang tau yang raya hari tu saya gi berjimba ke Kota Kinabalu.untuk apa?semestinya untuk membanyakkan tahi mata je dek kerana melihat sale sale di sana sini walhal diri ini tak shopping apa pun rentetan duit gaji da letak dalam saving tuk ke KL weekend depan dan bonus tuk my lovey dovey LELO.


Perjalanan kali ni sangat menyeronokkan.nak tau kenapa coz first time driving berganti ganti dengan Ono dengan menaiki single cab Vigo.company punya tau bukan hak persendirian. :P sedikit adventure apabila kami bergerak malam sekitar pukul 8pm dari LD.kitorang berhenti minum tuk segarkan mata di Check Point batu 32 simpang Sandakan jam 11pm.pastu meneruskan perjalanan.

Oleh kerana dah bertahi mata so kitorang tidur kejap di Pekan Telupid *pekan mati*.Tapi keadaan yang gelap dan menggerunkan maka kami decide untuk mencari tempat berehat yang selesa*dalam keta je pun* dan selamat * tu yang paling penting*. So kami berhenti tuk kali ke 3 di tepi jalan .tido tak hengat dunia sampai 3 jam.
Sekitar kul 5am kami meneruskan perjalanan.

on the way ke Kundasang

Dalam perjalanan kitorang decide nak cari homestay atau hotel di Kundasang.ye la tempat sejuk la katakan mesti seronok bermalam kat situ.duk pusing pusing jalan, keluar masuk hotel, kebanyakkannya da full house.adapun yang tinggal harga da mahal.tak jadi nak overnight di sana.hampa + kecewa.tak dapat nak tengok puncak gunung kinabalu seawal pagi dan merasai udara dingin dan kabus yang tebal.


kabus yang tebal menggamit perasaan

syurga sayur sayuran segar - Kundasang

Teruskan driving ke KK dan check in ke hotel yang mampu bayar.semestinya Pantai Inn Hotel.masuk bilik terus lena cos tak cukup tido semalaman.kejut kejut da pukul 6pm.bersihkan diri terus g rumah cuzen d Penampang.balik sambung tido semula.dipendekkan cerita selama 4 hari percutian kali ni aku takda shopping apa apa pun.percaya tak?siyes der gua tak tipu lu.

pemandangan dari jalan Kibabaig-Inanam

Antara tempat tempat yang sempat membuatkan biji mata terjojol:


Pasar Filipin *pekena ikan bakar dan sotong bakar*
Centre Point * must drink YOYO*
1 Borneo *tempat melepaskan HAJAT*sigh
Suria Sabah *beli green tea nenek kat Cosway* macam kat kg takda jual
Pantai Dalit *hirup udara pantai*
Jalan Sulaman *pekena air kelapa dan puding kelapa*
Pekan Nabalu *tengok tengok souvenir tapi sangkut kat keychain yang tak seberapa*

Apapun enjoy juga la percutian kali ni.sebabnya ada beberapa tempat yang first aku pergi dantinggalkan kesan tapak kaki.seronok tak terkata.lastly, thanks to Mr. driver.

Friday, September 9, 2011

Reload top up dan simpack baru kena cukai 6%

Hello

Selamat pagi semua.fuh semalam kecoh kejap kat wall fb disebabkan oleh sms yang diterima dari semua pengendali talian mudah alih.aku cuma dapat sms dari HOTLINK jew.sms berbunyi ' pelanggan dihargai, mulai 15 sept, pembelian tambah nilai prabayar dan pek permulaan akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak 6%'.oh no...WTH!!!apa ni tak kan semua pun nak ada cukai.tak faham betul la.

ni lah harga baru bermula 15sept

Sudahla sekarang ni pun aku memang jarang top up kredit, bila ada cukai yang banyak ni makin malas dan liat la aku nak mereloadkan.agak agak lepas ni cukai ni akan dinaikkan lagi tak?more info read HERE

Wednesday, September 7, 2011

Raya Cara Aku

Hello

Fuh...dah bersawang blog ni.nasib baik tak ditinggalkan lebih lama kalau tak konfem labah labah siap melepaskan hajat kat blog ku yang tak seberapa hangat.phew....belum terlambat lagi buat aku wish SELAMAT HARI RAYA.Maaf Zahir & Batin wat semua readers dan follower sambalikanbilis.

Mesti korang banyak makan ketupat, lemang, rendang, ayam masak merah.aku hanya mampu telan air liur beratus kali kerana tahun ni aku tak beraya sakan seperti tahun tahun yang sudah.tahun ni raya aku g melancong ke kota kinabalu.aik takda tempat lain dah ke aku nak jalan ni.sadis.asyik asyik tempat yang sama jerkan.tak bohhhsannnnn ker?hanya otak je yang mampu jawab.

Sampaikan reunion dengan kawan kawan sekolah pada raya ke 2 pun aku tak join.sampai naik singa kawan aku sorang tu gara gara tahun ni dia beraya di Tawau tapi aku pulak yang takda.memang tak puas hati betul dia dengan aku.bukan apa actually plan ke KK ni pun last minute decide.seminggu cuti beb takkan nak duk rumah je.takda life der.

Tak sia sia juga aku melencong time raya kali ni coz dapat pergi ke tempat yang aku sah sah belum pernah pergi.nak tau ke mana kena tunggu next entry.gua minta lu olang manyak sabal ar...dan yang paling penting dapat pergi bersama orang tersayang.tettttt....perasan lagi aku ni.bukan apa nak sedapkan hati yang lara dek tak dapat makan soto, buras dan kuih muih.Oooo mak TIDAK.bila tengok kat fb kengkawan semua update pic raya.sangat jeles okay.

p/s Tetap dapat menikmati kuih muih raya hasil ehsan anak anak murid kesayangan.terima kasih semua yang menghulurkan kepada ku.