Followers

Google+ Followers

Thursday, November 21, 2013

Sebulan selepas pemergian bapak

Arini genapla sebulan pemergian bapak. Sedih...memang aku masih sedih. Terkadang tu aku rasa macam bapak still ada dengan kami lagi tapi bila terpandangkan gambarnya yang di simpan dalam frame terus aku sedar diri dan terima hakikat bahawa bapak sudah tak wujud lagi di alam ini >______<

Aku ingat lagi pada sabtu tiga hari sebelum bapak pergi masa tu aku baru balik dari sekolah sebab kami ada meeting pastu terus ke 2 rumah colleague sebab ada majlis akikah anak diorang. Lepas dari majlis aku terus balik rumah. Masa lalu jalan masuk ke kampung dekat banglo besar  tu tetiba aku terhidu bau luka bapak..pelik tapi aku tak hiraukan pun. Naik atas rumah tanya mamak bapak ok tak? arini ada makan tak? mak kata ko masuk dalam bilik dia tengok la baring jak tu dari pagi tadi makan ndak minum pun ndak. Bila tengok keadaan bapak yang kaku laju jak air mata ku mengalir. Aku cuba panggil bapak namun takda respon langsung...Sebaknya hanya tuhan yang tau. Walaupun mata terbuka bapak langsung ndak toleh tengok aku. Nangis tak ingat dunia sampai anak anak sepupu pun terdengar. Apa lagi laju pulak dorang panggil mamak dorang suruh datang tengok bapak sebab dengar suara orang menangis. Sampai ke malam tu ramai la orang kampung dan keluarga yang datang lawat bapak. Malamnya aku tidur dengan mamak jaga bapak. Kalau boleh aku mau sentiasa ada di sisi bapak tuk hari hari terakhirnya. Kul 2am aku sudah terbangun sebab tunggu abang n family datang dari Kota Kinabalu.

Esokkan hari pun sama makin ramai sanak saudara yang datang melawat. Kali ni mata bapak dah tertutup...Aku jadi makin sedih sebab takda langsung makanan dan air masuk dalam badan bapak...luluh hati ku rasa. Abang aku jenis orang yang keras hati memang payah nau la ko nak tengok dia nangis tapi bila ahad siang tu dia jaga dan tengok keadaan bapak yang semakin nazak dia boleh menangis dengan suara yang kuat. Kak sepupu aku minta kami bertiga bisik perlahan di telinga bapak yang kami relakan bapak pergi daripada menanggung seksa. Sebenarnya bapak ku dah sakit hampir 3 tahun. Malam tu turn abang pulak yang tidur di bilik bapak.

Hari isnin sebelum gi kerja aku salam tangan bapak, cium dahi dan dua belah pipi bapak. Aku rasa badan bapak panas dan tengok dia bernafas macam biasa jak jadi aku pun tenang jak la gi kerja. Dalam kul 1 lebih petang aku sms kakak tanya samada orang hospital tu dah sampai belum tuk pasang tiub air dan makan bapak...kakak cakap dah pasang dan petang nanti orang tu akan datang semula. Sepanjang aku di tempat kerja aku takda langsung rasa tak sedap hati. Aku bekerja macam biasa dan balik macam biasa. Lepas hantar kawan kerja henfon aku berbunyi cepat cepat aku capai henfon dalam handbag rupanya kawan aku yang call.

Sampai rumah aku tengok banyak kereta dan ada ahli keluarga yang lain. Perasaan aku macam biasa sebab memang tau yang petang tu ada orang nak datang rumah tuk sembahyangkan bapak. Naik rumah dengan handbag masih di bahu dan beg buku masih di tangan aku heran apsal suma orang tengok aku ni tapi aku make dunno. Lepas tu aku nampak mata abangku merah dan kakak baru keluar dari bilik bapak dengan mata yang berair. Aku tanya camana bapak?ok ndak? terus laju jak kakak jawab bapak ndak da sudah....time tu aku rasa macam separuh jiwa aku dah hilang dan macam aku tak berpijak atas lantai rumah tu. Letak beg  dan handbag dalam bilik aku terus meluru ke bilik bapak...terkedu aku tengok sekujur tubuh yang sudah tidak bernyawa...menangis memang jangan cakap la. Aku tak sangka yang bapak pergi time aku dalam perjalanan balik ke rumah...bapak meninggal petang dalam kul 6 lebih. Ahli keluarga yang lain cuba tenteramkan aku, aku siap tanya napa kakak tak kol bagitau aku. Kak sepupu cakap dorang sengaja ndak mau aku tau sebab dorang tau time tu mesti aku tengah driving balik so biarlah balik rumah baru aku tau sendiri. Rupanya time bapak hembus nafas terakhir takda sorang pun yang tau walhal mak, kakak n kak sepupu ada di dalam bilik masa tu. Kak sepupu yang perasaan bila tengok dia pegang tubuh bapak dah semacam.Tenang jak tengok muka bapak time tu...aku percaya bapak pergi dengan tenang. Cuma aku kesal sebab bapak langsung takda tinggalkan sebarang pesan tuk mamak dan kami beradik. Last aku dengar suara bapak ari jumaat sebelum kami pindahkan dia masuk ke dalam bilik.

Aku: Pak
Bapak: oooo
Aku: Pak
Bapak: oooo 

Aku cuma berdoa semoga roh bapak tenang di sana. Hanya doa yang mampu ku berikan tuk bapak sekarang. Sekarang tanggungjawab kami tiga beradik adalah menjaga mamak pulak. 3 tahun mak jaga bapak tanpa penat dan tak pernah mengeluh. Betapa luhurnya cinta mak pada bapak. Sampai ke ari ni pun kalau mamak duduk sorang sorang mesti dia akan menangis sebab tu kami berusaha tuk gembirakan mak.





In loving memory 
1942 - 2013

2 comments:

naga said...

salam, semoga ruh ayah awak dicucuri rahmat dan berada bersama mereka yang saleh. sesungguhnya kematian ini hanya perpisahan sementara... itulah hakikat sebenar.

leen said...

Terima kasih