Followers

Tuesday, November 22, 2011

Tahniah HARIMAU MUDA

Hello

Fuh mesti semalam rakyat malaysia di alam raya ni tido dengan senyuman sampai ke pangkal telinga kan...kan...mana taknya skuad Harimau Muda berjaya mematahkan sayap Garuda babe.

Permainan yang sepatutnya tamat pada masa 90 min berlanjutan sehingga tambahan masa selama 30 min dan tendangan penalti.sememangnya kekuatan kedua dua skuad ini tidak boleh diperkotak katikkan.tapi yang aku tak tahan tu adegan drama yang asyik asyik terjatuh je.ni perlawanan bola sepak atau acara perlawanan sepak kaki.tetiba aku pun jadi confuse menontonnya.

Dahla bersemangat gi nonton kat restoran.rugi der kalau tak tengok kat skrin besar.tak puas selagi biji mata ni tak melihat ketampanan adik adik Team Harimau Muda.

Serius gila muka ma uncle tonton final bola sepak Sea Games ke 26

Nestum Nai Panas tuk menghangatkan lagi debaran malam tadi

Roti canai untuk memberikan tenaga bagi bersorak kepada Harimau Muda

Ni kedai kedua yang dituju selepas 90min masa perlawanan.memang gila bola.

Keputusan akhir perlawanan Malaysia 4 - Indonesia 3.
Golden ball hasil tendangan dari kapten Baddrol Bakthiar
Syabas Harimau Muda.

p/s Pasukan Garuda lain kali jangan suka tunjuk lagak yang korang tu hebat sangat k.


Published with Blogger-droid v2.0.1

No comments: