Followers

Google+ Followers

Sunday, October 7, 2012

Raya 2012

Dah habis syawal baru nak wat entry kan. dang... Raya tahun ni sama seperti tahun tahun yang sudah aku pasti gi beraya ke rumah kawan kawan secondary school. Ni kira aktiviti tahunan.kena masuk dalam planner. tahun lepas tak dapat join sebab aku outstation. Outstation la sangat.

Macam biasa kitorang akan set nak jumpa kul berapa dan rumah sapa first nak di ambush. Last minute, our organizer Princess Pongak tak dapat join coz ada masalah kesihatan. So pandai pandai la kitorang gerak sendiri. Aku dijemput oleh Bunneq dengan menaiki myvi putihnya. Thanks ban sudi jemput aku yang mengada ngada ni. Lepas tu terus ke rumah Datin Nora *special guest from KL*. beberapa bulan sebelum puasa dah suruh kami adakan beraya bersama.

Rumah pertama....rumah cik Mirna di Taman Semarak. Oleh kerana jalan ke rumahnya kitorang tak pernah nak hengat so terpaksala dia minta adiknya jemput kami di bangunan kedai berdekatan.


 Sampai je memang dah terhidang kuih muih atas meja terus pilih jak mana yang berkenan di perut. hamekkau siap kena hidang soto lagi. dah habis melantak baru ingat nak amik picca. masa ni Cik Mirna tunduk tunduk malu tak nak kena amik gambar. ceit.
 
 Ervanian
 
 Saya la sapa lagi kan

                     Datin Nora                                                                          Mirna
 
                           Roziah                                                                             Rahmah
       
 Hidangan di rumah ke 2 -  rumah cik Bunneq 
Pernah tak korang di beraya dihadiahkan a.k.a diberikan buah tangan? mesti tak pernah kan...see apa yang kami dapat. pisang sanggar yang enak tuk wat cekodok atau jemput jemput. thanks to Ochee's mum yang murah hati berikan pisang ni tuk kitorang.terharu rasa.

 Pilih pilih Mirna jangan tak pilih. kat JB takda pisang jenis macam ni. di Sabah jak ada.ngeeee....
Kenangan raya bersama di Tawau 2012. make it again next year ok.

Walaupun cuma berenam tapi tetap happening. masing masing dengan celoteh. lebih lebih rakan ku yang sorang ni...yes miss Rahmah. seronok dengar dia cerita tentang Doha. by the way, rakan ku ni dia bekerja di sana..memang best bila kita bekerja di luar negara ye la boleh compare cara mereka bekerja dengan cara orang kita. pada hari kejadian 5 buah rumah telah diserbu sampai ke malam beraya. mengalahkan kanak kanak riang. lagipun kami belum berkomitmen jadi apalagi santai la berjalan tanpa memikirkan sesiapa yang ada di rumah walaupun mak bapak kami resah fikir anak dara dorang tak balik balik. ampun pak...ampun mak.

p/s Sori baju aku tak memenuhi tema raya. sigh.

No comments: