Followers

Google+ Followers

Saturday, December 7, 2013

Kisah Jiran

Entry kali ni agak kasar sikit..maaf...tapi itulah hakikat dan kebenarannya. Semalam kira lewat malam juga la kul 11 lebih. Ahli keluarga yang lain suma sudah tidur, jiran tetangga yang lain pun konfem dah tidur rasanya tengah lena diulit mimpi indah. Aku belum tidur lagi. Sekali bunyi bising dari rumah tepi rumah aku. Ya dari rumah jiran sebelah.

Memula tu tak la kuat sangat lama kelamaan eh apsal makin kuat ni. Ni malam ke siang ni. Mak di sebelah dah terkejut bangun siap tanya tu bunyi orang bergaduh ka...memang orang bergaduh pun. Puncanya minum sampai mabuk.

Kalau dengar suara lelaki je takpe ni siap suara perempuan sekali menjerit tengah tengah malam buta. Ehhh...ko dah kenapa perempuan. Malu la sikit terpekik melolong macam hantu. Kakak siap bangun dan intai dari  jendela bukan nak menyibuk tapi sebab kami terdengar macam ada bunyi dentuman kuat...entah..otak tak boleh tafsir punca bunyi tu. Sekali dengar macam bunyi ada objek jatuh sekali dengar macam bunyi orang hentak kaki sekuat hati.

Aku pun ikut intai kali ni ikut pintu besar. Aku buka sikit tapi lampu tetap padam. Sekali aku dengar yang perempuan tu cakap ko pulang...ko pulang...jangan buat bising di sini...bikin malu kami jak tuan rumah...pastu suara lelaki lagi aku mo pulang tapi mana beg aku? Saling berbalas cakap. Perempuan tu cakap lagi ko tau ka di belakang ni rumah datuk...rumah tan sri ko tau ka....perghhhh ko jangan kami ni nama tinggal kawasan kampung tapi dalam kampung kami ni ada banglo tan sri yang dijadikan pejabat sekarang. Yang perempuan tu entah mabuk ke tak aku pun tak pasti sebab dia boleh cakap kalau saya kol polis semua kita ni tidur dalam lokap. Wah bagus juga kalau kamu masuk lokap. Jahat giler.

Ingatkan lepas kena usir tu kawan tu balik la rupanya tak juga. Dah turun ke bawah dan jalan macam menuju ke kereta sekali eh...eh...patah balik. Sungguh aku tak faham. Memang di bawah pengaruh alkohol betul... Lepas tu dengar lagi suara berteriak. Mak cakap bagus lagi kalau ada orang kol polis datang tangkap dorang.

Serius cakap jiran ni baru duduk di rumah tu 2 bulan tapi apa yang aku boleh cakap hujung minggu je aktiviti dorang minum. Aku tak kesah sebab duit ko, apa aku peduli. Tapi kalau dah sampai tahap minum, mabuk dan gaduh aku rasa bagus kamu tinggal dalam hutan. Buat bising tengah malam buta pun tak ganggu sesiapa.

Kami tinggal di kampung ni hampir 20 tahun tak pernah lagi ada kejadian gaduh sampai macam tu. Ni kira first time. Tak malu betul. Kakak aku siap membebel kamu senang la esok cuti kami ni swasta esok bangun awal pagi mo pergi kerja. Sentap. Realiti memang masuk akal sebab orang kampung ku majoriti kerja swasta. Bunyi bising berlarutan sampai 2 jam. Durasi macam tengok filem di pawagam kan. Lama.

Pagi ni macik aku cakap semalam dorang siap keluar dan tengok ada seorang dari tetamu yang datang tu kena buang ke tanah....patut la ada bunyi berdentum nasib baik ko tak mati bang. Kalau tak kawan kawan yang mabuk sekali sama ko tu harini pasti sembahyang arwah tuk engko. Masa aku sidai tuala di luar nampak juga si suami tengah mengetuk kayu di beranda. Mungkin semalam masa dorang buang kawan tu ke bawah kayu tu patah dak. Tak tahu.

Sebelah petang tadi nampak geng dorang dah berkumpul semula. Esok ahad. Berharap semoga malam ni kami dapat tidur dengan aman dan tenang tanpa sebarang bunyi yang tak sedap didengar.


No comments: