Followers

Google+ Followers

Wednesday, March 26, 2014

Puding Karamel

mengidam. opsss bukan. keteringinan yang melampau telah menyebabkan petang tadi aku tetiba jadi rajin tuk ke dapur tuk membuat puding karamel. hasilnya not bad dan pastinya dapat melantak sepuas hati.

Bahan-bahan:
1 tin susu pekat manis
7 biji telur
segelas air
2 1/2 tbs gula (dihanguskan)
2 tsp esen vanilla

Cara membuat:
**bagi penyediaan gula hangus, gula mestilah sentiasa dikacau dengan api yang perlahan. biarkan sehingga cair dan menjadi perang. gula ini setersnya dimasukkan ke dalam loyang**

1. Pukul telur perlahan-lahan (menggunakan whisk) dan jangan sampai berbuih.
2. Masukkan susu pekat manis dan air ke dalam bekas telur tadi.
3. Kacau sehingga sebati dan masukkan esen vanilla.
4. Tuang ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi.
5. Kukus selama 25 minit.
6. Setelah masak, letakkan pinggan di atas loyang dan terbalikkan secara perlahan agar puding tidak pecah.

Layankan pic yang tak seberapa di bawah ini





Tadaaaaa....ni la hasil yang telah saya buat

No comments: