Followers

Thursday, March 13, 2014

Pray4MH370

Malaysia masih bersedih?Tapi kenapa? Seluruh dunia tau apa yang sedang rakyat Malaysia lalui. Perkhabaran berita yang diterima pagi sabtu lepas benar -benar mengejutkan semua makhluk di muka bumi ni. mana tak nya pesawat Boeing 777-200 milik MAS MH 370 telah hilang. Pesawat Boeing yang ada peralatan canggih dan paling selamat tu dah hilang bersama 227 penumpang dan12 anak kapal. Sentap wehhh....

Sedih tu je yang aku boleh cakap. Bagaimana dengan perasaan keluarga-keluarga mesti lagi sedih kan. Hari ni dah masuk hari ke 6 dan still pesawat tu masih belum dapat dikesan. Pesawat tu disahkan hilang selepas hilang dari radar tak dapat dikesan oleh menara kawalan Subang.

Tuk orang yang suka travel macam  aku ni bila dengar cerita gini memang aku cuak....cuak giler. Dahla aku jenis yang suka amik last flight (waktu malam) dan kebetulan flight yang hilang ni pun berlepas malam lagi la aku takut. Aku pun ada pengalaman yang menakutkan sepanjang naik turun pesawat ni. Pernah dulu masa ke Bandung time tu nak landing, kira tayar flight tu dah touch down atas landasan boleh plak flight tu senget sikit and ala-ala macam nak terbabas,  memang menakutkan la time tu. Rasa dah surrender if anything happen. Tu belum lagi kalau pesawat bergegar sebab turbulence. Hah...yang tu memang rasa jantung dan nadi dah stop dah. Sometimes klu dah bergegar mesti flight tu rasa macam terjatuh sikit ke bawah (air pocket) memang menjerit la namanya.

Pengecut2 tu aku ni tetap juga gatal pantek nak travel. Weekend je pandai la aku hilang dari radar, time ni mak aku yang cuak 'apsal la anak aku ni suka betul ke KL.' Kadang tu takda apa pun, shopping tak makan tak tapi hati ni bergelojak nak ke KL. Aku pun hairan. Ni bulan 6 ni tak tau la. Andai kata plan tu jadi maka aku harus naik flight sulung tuk tahun ni. Rasa macam fobia pun ada selepas dengar kejadian ni. Memang la semua orang akan mati tapi kalau boleh aku nak mati depan famili aku tapi yela ajal dan maut di tangan Tuhan. Kita tak mampu melawan. Redha.

Apa pun aku doakan semoga MH370 segera ditemui. Tak sanggup tengok famili diaorang bersedih menanti perkhabaran yang tak kunjung tiba.

Let's unite and pray for MH370

# Hari ni Tua akan pergi menunaikan umrah bersama keluarga...saya doakan smoga Tua selamat
pergi dan balik. Ole-ole tuk saya jangan lupa.hahaha....

No comments: