Followers

Google+ Followers

Monday, February 11, 2013

Principal Farewell Party

Dua minggu telah berlalu namun macam baru semalam majlis perpisahan ni dijalankan. Dua minggu ni juga la kami balum ada pengetua di sekolah sampaikan kami semua pun keliru siapakah gerangan orang itu. Perempuan? Lelaki? Ntah....tak da jawapan.

Aku masih teringat lagi kejadian 2 minggu lepas bila mana kami yang terlibat kena turun awal pagi semata mata hendak set up dewan makan tuk majlis ni. Last minute kata dewan kena guna oleh pelajar U yang datang tuk program selama 2 hari. Kalut jadinya. Hari ni majlis hari ni juga kata takda tempat. Jangan wat maharaja lawak kat sini boleh tak. Tetiba ada yang bagi cadangan agar majlis ni dibuat di kantin sekolah. Hellooo...kamu ni biar betul. Yang di raikan tu PENGETUA okay bukannya orang bawahan macam kita ni. Kalau kau jadi pengetua apa perasaan kau bila majlis perpisahan dibuat di suatu tempat yang tak sepatutnya. Mesti korang rasa wah mesti diorang ni tak suka aku jadi pemimpin selama ni. Tak pun kejam sangat ke aku ni di mata diorang. Lepas itu ada yang cadang suruh buat di bilik ERT...urghhh...tak sesuai sebab bilik tu kecil dan tak boleh muat 100 orang sekaligus. Siap ada yang kata dewan makan boleh guna start kul 12.30 tengahari. Eh kamu ingat 12.30 tengahari tu juga ka majlis boleh bermula. Come on la....12.30pm tu baru nak mula bersihkan dewan, kemas dan angkat meja, set up mana yang patut, pastu nak hidang lauk lagi. Bukan senang ok.

Kami bertujuh akhirnya sepakat mau majlis ni di buat di tapak perhimpunan. Lagi pun ada kawan kerja yang mau sudi sewakan kanopi pada harga yang murah. Harga kawan kawan. Terus call colleague lelaki tuk bantu angkut kanopi tu ke sekolah. Sesampai je kanopi tu terus guru lelaki minta batalion pelajar lelaki tuk membantu memasang dan mendirikan kanopi yang ada. Kerja kerja menghias dan set up meja hidangan berjalan dengan lancar. Siap kerah tenaga pelajar tolong sarungkan bangku bangku yang ada untuk tetamu.

 Sapa kata orang pompuan tak boleh pasang kanopi. Bukti sudah ada di depan mata.
 

 Gigihnya mereka membantu...terima kasih pelajar.
 
Orang orang kuat tuk majlis kali ni. Walaupun sedikit stress tapi masih mampu tersenyum lagi Pn Zenat. peace y'all
 Ustazah pun ringan tulang membantu mana mana yang patut. Go Ustazah Go
See...kanopi dah berdiri dan bangku telah disarungkan. Cantiknya macam ada kenduri kahwin.hikhik....tema pink purple gitu.


Hidangan makanan


Meja VIP
 
Belum start lagi dah bantai minum air oren. Dahaga punya pasal.

Atas meja lauk siap letak gubahan buahan tuk naikkan seri.Thanks bagi pinjam bunga Kak Er.
 Ucapan dari pengerusi kelab staf 2013


Lepas je ucapan dan penyerahan tugas kepada pemangku pengetua apa lagi, acara makan makan la.Dekat pukul 1 baru kitorang makan. Memang gelojoh la makannya.Apapun makanan yang dihidangkan memang superb. Rm10 tuk 5 lauk tuk satu kepala. Murah gilak.

Sesi petang hari yang sama turut diadakan perhimpunan bersama pengetua. Beliau ingin menyampaikan amanat yang terakhir tuk anak didik.

Bersajak. Aku dah lupa apa tajuk sajak budak ni baca.
Tapi sebelum tu kami telah dihiburkan dengan persembahan koir dan MKK yang menyanyikan lagu kenangan terindah. Dikit punya baik budak budak ni menyanyi siap conduct dia boleh nangis. Sedih sebab pengetua ke atau ko feel jiwang jiwang ni.
Peace Teha
Ni la pengetua kami.
Wow...besau nau hadiah pelajar petang ni. Mewah nye la. Konfem pengetua terkejut dan teruja tengok hadiah ni.


Sebelum bertukar tangan kita posing posing dulu di tepi hadiah besar dan mahal ni.

Masa untuk pemotongan reben dan hadiahnya adalah jeng...jeng...jeng...






















Last sekali pelajar bersalaman dengan puan.
Kami pun tak mo ketinggalan tuk mengabadikan memori bersama puan pengetua.

p/s: Kepada puan selamat berkhidmat di tempat baru. Semoga kita berjumpa lagi


No comments: