Followers

Google+ Followers

Sunday, December 23, 2012

Result

Yippie!!!!

Girang + terharu. Semua perasaan pun ada dalam diri aku sekarang ni. Apa tak nya result PMR sekolah aku tahun ni agak gempak sikit la.takda gempak sangat sebab tak ada seorang pun yang dapat straight A. Tetap bersyukur okeh. GPS sekolah meningkat sebanyak 0.1 ...banyak tu. Nak dapatkan 0.1 tu pun senang tau.Pecah kepala otak fikirkan cara dan strategi. Nak ambil hati pelajar tuk bersungguh sungguh lagi. Kelas hadapan mungkin takda masalah tapi kalau kelas belakang takkan nak ambil hati bagi gula gula seposen kan. Apapun pelajar aku kelas 3G, kelas paling belakang sekali dah buktikan yang dorang pun bijak. Untuk subjek aku Sains 2 orang je yang gagal. 2 orang tau bukan dua puluh orang. See...tu baru subjek aku. Rasa blessed sangat. Sepanjang 3 tahun mengajar kelas PMR rasanya ni la pencapaian yang terbaik pernah aku lakukan. Kelas 3A aku 16 orang dapat A out of 25 students dalam kelas tu. Subjek matematik 5 orang je yang gagal dari kelas 3G. Suke la Cik Teo kan. Seronoknya.

Tak sia sia aku adakan kelas tambahan setiap hari sabtu. Walaupun tak semua yang datang namun aku tetap berbesar hati sebab yang datang tu memang sungguh sungguh nak berjaya dan buktinya aku sudah nemapak melalui keputusan dorang.

Dalam aku happy, ada gak a bit sad sebab pelajar harapan aku tak capai target tuk dapatkan straight A. Aku mengajar kelas A so mestilah aim pun tinggi kan. The best result is just 5A's. Dua orang dapat result yang sama. Eh apsal sama result korang ni, 5A4B. Curiga teacher tau...macam ada chemistry je. Kalau ada pun takpe juga.

Apapun TAHNIAH buat HALIMAHTUL FILZA DAN MUHAMMAD AFFENDY sebab dah cuba lakukan yang terbaik. Pelajar terbaik pun cuma dapat 6A2B. So korang berdua pun kira yang terbaik la. Thanks so much sebab dah bagi result yang the best tuk teacher.

No comments: