Followers

Wednesday, October 2, 2013

Layan tekak calon PMR

Hello

Akhirnya PMR bermula hari ini dan merupakan PMR yang terakhir lepas ni pelajar akan diuji guna PBS sahaja. Tuk tahun akhir ni sekali lagi aku menjadi pengawas tuk mengawas bebudak PMR di SMK Kinabutan. Cari pengalaman kekdahnya.

Aku bukan nak cerita pasal pengalaman mengawas PMR tp aku nak cerita pasal budak budak aku yang nak PMR. Orang lain sibuk belajar ulang kaji penuhkan ruang ruang otak dengan ilmu yang diorang ni pulak sibuk nak penuhkan perut dengan Big Apple. Aduh memang pening aku dibuatnya. Tak dilayan kang kempunan pulak time nak jawab soalan asyik terbayang benda alah ni sapa nak jawab, so aku pun ikut je la. Nafsu yang membuak buatkan diorang sanggup share duit seorang pastu minta aku tolong beli dan bawa gi sekolah.

Over betul uolls kan minta beli 9 ketul pastu aku tanya la  

Sapa sapa jak 9 orang tu? 
Kami 8 orang pastu teacher la yang lagi 1 tu. 
Ooo..... jadi teacher pun kena bayar ka?  
Bayar la mo makan kan

Perghhh...meleleh air mata darah pun itu lah jawapan pelajar kesayangan aku. Baiklah uolssss i layankan tekak yang mengada tu. Amekawwww




 Tak kempunan dah kan??? So jawab PMR elok elok k. Lagi 2 orang tak nak bergambar malu katanya...ceittt

Suka korang kan dapat makan big apple yang gebu tapi sejuk tu. Aku suruh budak budak tu ambil donut mana yang dorang nak sekali bila tinggal 2 suruh aku pilih yang mana sebab yang 1 lagi nak bagi sama kawan yang tak dapat hadir sebab accident jatuh dari motor. Aku dah pesan jaga diri dan kesihatan tapi tak nak dengar tengok sapa yang rugi...nasib baik datang juga duduki PMR walaupun jalan tak betul lagi.

Tuan belog punya

Tak sampai 5minit licin habis donut tu.Lapar gamaknya budak budak tu.

Kejang rasanya kaki aku ni sebab kena berdiri 5jam....nasib baik pakai flat klu pakai heels mau aku merangkak turun dari tingkat 3 ke kereta. Syukur esok 4jam jak bertugas. Rasanya habis mengawas ni macam nak panggil tukang urut la.huhuhu


No comments: