Followers

Sunday, February 2, 2014

Sakit

Permulaan 2014 nampaknya sedikit suram tuk aku. Bukan apa dua minggu lepas aku demam siap pakej sekali dengan selsema. Demam tu dalam masa 3 hari kebah tapi yang peliknya selsema ni sampai ke hari ni masih ada. ke dia suka duk dalam hidung ni pun aku tak tau juga. Sekarang ni aku dihantui dengan batuk..teruk juga aku rasa. Batuk ni dah 4 hari. Kadang kadang sampai rasa macam sakit anak tekak sebab batuk ni.

Dalam bulan ni juga budak kelas aku 2 orang sakit. Bukan sakit biasa.

Yang first tu 2 minggu lepas juga kejadian kebetulan aku tengah mengajar sekali kawan dia panggil...cikgu dia sakit. Aku apa lagi panik la. Mana taknya aku paling takut kalau ada budak sakit yang ala...ala terus tutup mata. Dalam kepala aku terus fikir sakit apa plak ni.

Aku panggil panggil budak tu takda respon. dahhh. Apa lagi terus panggil budak budak pompuan tolong angkat turun ke staff room. Dang...kena angkat turun dari tingkat tiga. Tingkat tiga kau mampuuuu. Sampai bawa guru bertugas terus tolong bawa dia ke klinik yg berdekatan. Sekolah aku ni sebelah dia klinik. huhu Rupanya budak aku tu kurang darah. Alahai la nasib baik la ko tak kena sakit teruk. Setel satu kes.

Kes kedua hari selasa lepas aku kena hantar budak yang jatuh d tangga. Entah camana boleh jatuh tergolek. Kebetulan aku dalam staff room colleague jerit Kak lyn cikgu A panggil....Hahhh (blurrr)

Kelam kelibut aku lari tapi sempat lagi la rembat handbag. Sampai kat luar aku dengar dorang cakap kak lyn guru bertugas....muka semakin blur. Sapa plak yang jual kata aku bertugas minggu ni. Tapi redha je kebetulan aku free time tu. So ikut ambulan bawa budak tu ke klinik. Sampai klinik doc check suma budak tu. Suruh angkat kaki, angkat. Suruh angkat tangan, angkat tapi dia kata dia sakit pinggang. Tu memang aku pasti sebab tangan sebelah kiri dia letak kat pinggang belah kanan sambil tahan kesakitan.

Aku pergi berteman dengan sorang colleague. Doc tanya camana dia boleh jatuh, cara jatuh camana. Colleague aku terang mana yang dia tau je. So kami kol parents dia suruh datang sebab doc nak refer dia kat hospital. Nak boleh ke datang tu berzaman juga aku rasa. Kebetulan memang dah tamat waktu kerja tapi aku salute sebab doc tu sanggup tunggu sampai parent tu sampai sebab dia nak gitau ke mak pak budak tu.

Bila sampai mak  budak tu nak mengencang tanya sapa wat jatuh anak dia. Lepas tu datang plak lelaki ntah la abg dia ke pacik dia ke siap nak tau budak mana yang wat macam tu kat budak pompuan tu. siap tarik nafas hembus macam orang nak bergaduh. Aku dah bersembunyi belakang kawan.Takut. Lepas settle semua kami dan doc terus blah sebab budak tu ambulan tolong hantar dia n followed by her parents.

Pastu khamis tengah syok kutip duit kelas dan bagi kerja kat bebudak tu tetiba ada budak jerit cikgu Jacklyn.....aku tengok budak tu dah terlintuk di bahu kawan sebelah.Apa lagi terus kerah tengah budak budak pompuan dalam kelas tu. Angkat dari tingkat tiga okeh. aku suruh sorang budak gi cari guru bertugas pastu terus berdesup bawa gi klinik. Doc cek tak lama kakak dan macik budak tu pun sampai. Sebelum gerak tadi sempat kol family dak tu dulu. Siap wat urin test segala. Rupanya budak aku tu pengsan. Nurse tekan tekan dada picit picit tangan langsung takda respon.

Doc wat referral letter dan budak tu kena bawa g hospital. Mak budak tu ada kol sekolah kata anak dia kena warded. Doc suspect ada jangkitan kuman kat salur kencing dia. Kesian....get well soon Jac.

Sekarang aku jadi fobia kalau ada budak sakit datang kat aku.



No comments: