Followers

Google+ Followers

Sunday, November 11, 2012

Farewell dinner ~ Ust Hisyam Mahmud

Dua hari lepas, 9 november 2012,  adalah hari terakhir bagi sesi persekolahan 2012.Apa yang boleh ku katakan...tahun ni agak mencabar dari tahun tahun yang sebelumnya.mencabar la sangat kan.tapi seyes memang serius especially bila aku diarahkan tuk take over kelas guru yang berpindah.bukan calang calang punya kelas. 3A dan 3G.hambek engkau.paling depan dan paling belakang.Kalau dah namanya kelas belakang mesti la perangai pun boleh wat aku migrain setiap kali masuk kelas tu.Tapi lama kelamaan i can handle them.Apa yang aku boleh conclude dorang ni memang nakal dan lemah but still can respect me as their science teacher eventhough this is my first time taugh them.uollss memang the best la 3G.sayang korang. 3A pun sama...sentiasa beri kerjasama yang baik walaupun ada segelintir yang susah mau mendengar cakap aku.

Penutup persekolahan bagi sesi ini ada 2 orang guru yang akan berpindah.Seorang akan berpindah ke Perak dan seorang lagi berpindah ke Lahad Datu.Sorang lelaki, sorang pompuan.Yang Lahad Datu tu tak pasti lagi jadi pindah ke tak sebab sekolah tu agak jauh dari rumah dalam sejam juga la.Yang Perak konfem...ye la Ustaz Hisyam kan orang Kelate...at least Perak tu dah dekat nak balik kampung bila bila masa.Weekend pun boleh cabut kalau rasa dah rindukan kampung.Kalau kat sini, fikir 2 3 4 5 kali juga la kan.Flight fare bukan murah dik non.

Tuk Ust Hisyam kitorang cekgu cekgi petang dah planning siap siap nak wat farewell kat Restoran Sri Titingan.Mau makan seafood katanya.Tempat ni memang terkenal dengan makanan lautnya yang murah.Sangat murah.Seawal kul 7pm aku dah bersiap sedia tunggu dijemput oleh one of my colleague Miss Teo.Dia ni memang kalau gi memana mesti nak bawa aku bersama.I like.

Pada awal 2 row meja di reserved tuk kitorang last last kena tambah sebuah meja lagi coz ada beberapa colleague yang bawa family.

Geng akak akak di tempat kerja saya
Geng muda mudi
Sembang dulu selagi tetamu khas belum sampai.
Sabar menunggu orang yang diraikan.
Kanak kanak yang girang. Suka pose ye dik.Korang memang ohsem.
Generasi SMKMB...Aliya, Aniq dan Risya.Their just friends.2 vs 1.
Kak Murni clan's.
 Yeay...tetamu khas sudah sampai.Sian ustaz datang bawa konco konconya.Sebenarnya wife ustaz ni baru aje beberapa minggu bersalin so sekarang ni dalam tempoh berpantang tu yang tak dapat join kitorang pada malam istimewa ni.Kira macam rezeki baby baru lahir la ustaz n wife nya dapat pindah ke Perak tu.Wife dia pun ustazah juga.

Elok aje Ustaz sampai makanan pun dikeluarkan.Eh...korang kenal ke tetamu khas kami ni.Pelik la.
Sup ketam
Ikan merah stim Hongkong
Baby kailan
Udang celop tepung.Sotong celup tepung pun ada tapi tak da snap sebab kat atas meja yang aku duduk takda sotong tu.Seb baik la ada yang ringan tulang hulurkan aku seekor takda la aku gigit jari bila tengok kawan lain makan sotong kan.
Ikan putih masak 3 rasa

Melantak time.Makan jangan tak makan.Rugi makan sikit korang dah bayar kan.Walaupun order 5 jenis lauk tapi cukup puas hati sebab dalam kuantiti yang banyak.Siap ko boleh tambah banyak kali pun takdo orang nak kisah.Lagi baik habiskan semua yang ada atas meja tu.

 
See...licin semua pinggan lauk dan pinggan makan masing masing.Korang memang terbaik kalau bab makan semua tak nak rugi.Berbaloi baloi kan dengan harga yang dibayar.Barisan meja cekgi cekgi.Kuat makan juga korang ni kan.Mantop la.
 
Habis makan sesi seterusnya of course la amik picca kenangan bersama ustaz.Semua pun tak nak ketinggalan mengabadikan foro kenangan ni termasuk aku.Semangat aku posing tup...tup muka aku takda sekeping pun.Pilu.Entah kamera sapa la muka aku ni terselit ek.
Penyerahan cenderahati dari PK Petang kepada Ustaz Hisyam
En. Arif kepada Ustaz.
Asyik guru lelaki jak yang pose kitorang pun nak juga la weh.Kami pun sayng ustaz juga bagi la kami amik sekali.Picca ni bukan aku yang snap sebab aku pun ikut posing tapi napa muka aku takda plak ni.vengang.hehehe.
Ni last pic.Tu pun macam semua orang berat hati nak tinggalkan tempat ni.Dah siap bayar boleh pula kami duk sembang di sini.Nasib tak kena usir je oleh tuan kedai tu.Eh...dia tak boleh usir sebab kami la penyumbang ekonomi dia yang terbesar pada malam tu.

Apapun kepada Ustaz Hisyam...terima kasih atas ilmu dan tenaga yang telah dicurahkan selama lebih kurang 9 tahun berada di bumi Merotai.Semoga kita berjumpa lagi di lain masa dan tempat.

p/s jangan lupakan kami semua bila berada di tempat yang baru.

No comments: