Followers

Google+ Followers

Monday, June 16, 2014

Rezeki

Terharu. Sedih. Gembira. Macam-macam perasaan ada time ni. Apapun sujud syukur sebab aku rasa hari ni hari bertuah aku kot. Sebelum gi keja dari keja dari ketua bidang aku suruh jumpa dia bila dah sampai. Berdebar-debar. Fikiran melayang mungkin akak aku ni nak bagi keja tuk peningkatan akdemik kot. Sekali jumpa dia hulur kain pasang...bukan kain biasa tau. Kain sutera siap ada batu lagi. weehooooo....tu tanda dia hargai jasa kami yang bekerja time cuti sekolah aritu. Ala small matter je tu kak. Lagipun cuti tak buat apa pun so kelas tambahan ni tak bagi masalah.

Ok setel pasal kain tu.

Hari pertama sekolah so agak pening sikit. Bukan pening apa tapi biasa la even budak pun kalau dah cuti lama-lama nak tarik minat dia tu kita pun macam nak berchenta. The same goes to myself. Masa rehat tengah santai kat meja keja tetiba ada sorang akak ni (kawan keja)  hulur plastik kat aku.

Blur.

Bila buka...ya ampun Oat Choco rupanya. Dah la sebelum tu amik sebungkus dari kawan yang letak bendalah tu kat atas meja dia, ni ada plak yang gi hulur. Ooo...indahnya dunia. Tu belum lagi semalam ke Instar sebab nak beli oat choco tapi bila sampai sana habis. Takda stok. Kecewa tak payah cakap la. Terus beli snek lain tuk sedapkan hati.

Bila dekat nak balik sorang lagi akak hulur kacang masin Malaysia Airline. Yippiiieeeeee....macam kanak-kanak dah aku rasa. Terus rasa murahnya rezeki aku hari ni. Walaupun bukan dalam bentuk wang tapi aku tetap bersyukur. Bukan senang nak dapat perasaan macam ni.


Sedih weh sedih. Betul kata orang memang rezeki setiap di antara kita tak sama. Bila dapat macam ni kita kena lah bersyukur dan berterima kasih. Terima kasih kakak-kakak ku.

Serius aku tak pernah dapat rezeki yang bertalu-talu macam harini. Satu per satu datang tanpa diduga. Rasa macam nak nangis pun ada.

4 hari yang lepas aku ada dapat juga sepasang kain dari kawan yang baru balik dari KL. Terima kasih kawan. Nampak gayanya total kain pasang aku yang belum berjahit dah bertambah ke 5 pasang. Tukang jahit aku tak balik lagi dari KL camana nih. Agak-agak berapa lama lagi kain ni kena perap kat dalam bilik aku?


Ya Tuhan aku mohon biarlah aku sentiasa dimurahkan rezeki dan berilah semoga aku juga  sentiasa ringan tangan untuk memberikan rezeki kepada orang yang memerlukan.

No comments: