Followers

Google+ Followers

Friday, July 4, 2014

Hari Guru 2014 - Kembali ke Sekolah

21 hb aritu sekolah aku baru buat sambutan hari guru. Bukan tak nak buat on time tapi keadaan tak mengizinkan. Budak exam pastu Tawau jadi tuan rumah sambutan peringkat negeri dan ada sebahagian guru dari sekolah aku terlibat. Postpone punya postpone tarikh ni je yang ngam. Memang ramai yang berbunyi tapi nak buat camana.

Tahun ni tema kami 'Kembali ke Sekolah' so apa lagi kena la guru guru semua pakai baju sekolah. Nak tak nak ramai yang gi beli baju sekolah baru dan ada juga yang pinjam pelajar punya. Bagi yang ada adik atau anak buah macam aku harus la kuasa meminjam digunapakai. Syukur ada adik sepupu yang bersaiz lebih kurang macam aku dapat save bajet huhuhuh. Tang kasut aku belasah pakai kasut TOMS aku warna hitam. Ada bebudak tegur aku macam wajah budak umur 15 tahun bila pakai macam ni. Tak kelakar okeh.

Program berjalan dengan lancar. Aku AJK makanan tapi aku rasa macam suma benda pun aku buat dengan AJK2 yang lain.Takpe janji program berjalan dengan lancar. Pengetua puas hati kira ok la tu kan.

3 orang yang tak duk diam di hari kejadian. kejap ke sana kejap ke sini.
selfie

Aku panggil anak anak murid nak amik pic bersama. Kenangan pakai baju sekolah terimbas  memori 14 tahun lalu. Rasa macam masih muda remajah.


Aku suka pic ni ntah napa. Jiwa muda gitu.

Tengok anak murid aku ni. Sempat minta cikgu dia tolong snap pic berdua dengan classmate dia. Bukan couple, buat kenangan kata, tapi apsal dia tak minta pic ni dengan aku.

Games yang ada. Banyak tapi aku kan bizi tak sempat snap game  game yang lain.
Sedut kak jangan tak sedut. Kalau aku konfem lepas. Nafas pendek.
Tarik tali antara guru pagi vs guru petang. Guru petang kalah wakakakakaka


Saat yang paling best MAKAN time. Tuk makanan kami cater dari catering yang kami dah biasa. Bekas cikgu kat sekolah ni juga so senang la nak runding harga. Makanan dia memang superb aku tak nafikan.


Orang Tawau yang berminat nak amik katering ni fully recommended by me.


Yummylicious.
Kek ni pengetua sekolah yang sponsor. Terima kasih.

Memandangkan VIP tak ramai yang datang so kami pun duduk la kat round table yang kosong.  Ni antara lauk kami pada hari tu. Ingatkan tak cukup, lebih lagi ada la. Siap tapau bawa balik rumah.



Perut kenyang hati gembiara. Mula la sesi bergambar. Macam tak caya pun  ada bila mana ramai juga rakan kerja yang beri sokongan dengan memakai pakaian sekolah macam ni. Terharu.

No comments: