Followers

Google+ Followers

Wednesday, June 18, 2014

Short update

Minggu ni persekolahan baru bermula tuk semester 2. Buka- buka sekolah dah mula training tuk sukan tahunan. Sukannya minggu depan 26hb tak ke haru dibuatnya tu. Seminggu je trainingnye. Bajet bebudak ala-ala atlet gitu yang stamina dah cukup dah tu. Tahun ni buat pertama kalinya aku jadi pengolong ketua rumah sukan tuk sidang petang. Bertahun aku selalu diberikan tugas ajar budak kawad tahun ni aku tukar angin latih budak tuk acara padang. Sesekali tukar angin tak salah kan.

Tu kisah sukan sekolah.

Hari sabtu ni pula kami ada sambutan hari guru peringkat sekolah. Hah gelak...gelak...tau la dah sebulan berlalu tapi takpa. Yang penting ada sambutan dan bila ada sambutan mesti ada makan-makan kan. Part makan tu yang best. Tak sabar okeh. Tema tahun ni Back to school tapi ntah la ada tak yang nak pakai baju sekolah nanti ni. Sebab dengar ada yang tak nak ikut tema. Emmm tak faham la. Apapun kita tunggu hari kejadian ye.

K la sekian update saya.

No comments: