Followers

Google+ Followers

Tuesday, June 10, 2014

Eva Madeline's 1 year birthday

29mei aritu genapla setahun umur anak sepupu aku. Kebetulan time tu kami di Sugut so boleh celebrate sekali. Sepupu dah bajet nak buat ala kadar tapi memandangkan ada seekor kambing yang ditumbangkan maka haruslah panggil sekali dengan rakyat jelata sekalian.

Duduk di estet so banyak sikit tenaga manusia yang boleh dikerah. So aku just bantu sumbangkan angin dalam badan tuk tiup belon. Walaupun aku fobia tengok belon pecah tapi mana boleh kalah dengan budak kecik yang selamba tapir tiup belon besar-besar. Jadi harus aku kontrol cute time tu.hehehe...

Majlis mula malam. Ramai juga budak-budak yang hadir, memang meriah la. Kek siap ada 2 biji 1 kami bawa dari Tawau dan 1 kali sepupu order dari Sandakan. Tahan juga semalaman kek tu dalam freezer. Rasa tetap power especially yang kami bawa dari Tawau tu.

Jom layan menu hari jadi tu.


 

 







Ni kek yang kami bawa all the way from Tawau...Chocolate Yam ordered from Estrella's Homemade Cafe.Rasa memang superb...kalau tak caya try makan tengok. Sedap tak sedapnya. Tapi yang paling aku tak boleh terima tu nama kat atas kek tu hah nampak tak nampak tak entah dari mana tah datang nama Emilia tu konpius jap mak birthday girl. Aunty Eva boleh tak tau nama anak buah sendiri. hantuk kepala kat dinding.


Ce tengok birthday girl tu. Sabar jak la. Budak ni pesen yang cepat rimas lagi-lagi kalau panas hah amekaw. Kena lagi pakai baju camtu makin jadi la pe'el dia. Nasib baik kek ada 2 jadi abang nak interframe pun takpe kalau tak ntah sapa yang birthday pun tak tau. Belum potong pun abang dah calit cream yam tu.

Hye my name is EVA MADELINE and i am 1 year old. kan cute macam ni adik. Mood tengah ok senang la nak nampak dia senyum. Tu belum ko acah dia suruh dia buat muka jelek terus dia mimik muka jelek tu.

Dulu masa budak ni lahir mata sepet kitorang yang bingung apsal mata macam cina ni. Ikut belah bapak dia kot orang Rungus. Bila dah besar hah habis luas bukaan mata tu.

No comments: