Followers

Friday, February 15, 2013

Kota Kinabalu

Selepas krismas 2012 aku telah pegi Kota Kinabalu dan kebetulan dua orang ex-colleague aku pun ada di sana so apa lagi plan la tuk berjumpa walaupun tak lama. First sampai jak KK dengan muka tak mandi terus kami menuju ke Jesselton Point. Niat cuma mau tengok tambang dan pulau apa yang best tuk dijelajahi.Sekali bila dapat offer yang ngam terus bayar tiket dan naik speed boat. Wah kitorang memang kepala weng. Nasib baik dah breakfast makan roti canai kalau tak mau perut tu berdangdut bila duduk atas bot.



Senyum jangan tak senyum. Nekad sangat mau ke pulau kan. Amekaw.

Sampai juga akhirnya. Tak jauh pun perjalanan ke pulau ni.
Banyak nya landak laut

 
Here we are

Chalet di pulau Manukan
 

 
Alat ni sesuai tuk mereka yang tak pandai berenang atau tak da lesen diving. Hah korang pakai benda ni tuk melihat hidupan di bawah laut. Tidak kau rasa diri kau tu macam jakun sangat kan macam aku ni kan. Aku tengok jak benda ni tak sewa pun. Kitorang tak bawah baju ganti so tak boleh la nak main main air bagai.

Selepas lebih sejam melepak di Manukan kami pun meneruskan perjalanan ke destinasi kedua. Kami amik pakej 2 buah pulau sebenarnya. So seterusnya mari la kita ke pulauuuuu.....

Takpa Mas...tindih lagi..Gemuk sudah kawan mu ni. Angkat ko pun boleh juga. Tak gitu kak Eni? 

Di Mamutik ni pun sama macam kami di Manukan. Tak mandi mandi mahupun bermain air. Kami hanya duduk di bawah pokok dan menikmati udara pulau yang segar ditambah dengan pandangan yang sedikit menyiksakan. Seksa la sangat. Lepas tu kami pun berangkat balik semula ke Kota Kinabalu. Habis terbakar kulit aku. Tu nasib baik tak main air laut kalau tak mau rentung agaknya.


Sampai darat benda yang kami fikir adalah perut mesti diisi terlebih dahulu sebelum mahu rancang ke destinasi seterusnya. Selesai makan kami ke Taman Hidupan Liar, Lok Kawi. Hurm...ada peristiwa lucu masa ke tempat ni. Mas kata ikut jalan nak ke Papar. Aku dengan kak Eni ikut je la. Well kami orang Tawau tak macam Mas orang Tawau tapi celop KK juga. Serba serbi jalan KK ni dia tau. Bila sampai Papar tak jumpa cari lagi Lok Kawi ni. Aku pun cakap masa gi Penampang pernah nampak sign board wildlife tu. Macam dekat jak kalau ikut dari roundabout Dongongon. Lepas tu kami pun jalan jak la macam biasa. Siap kak Eni kol bos dia yang duk jauh sinun di Sarawak. Hebat kan kami. Segala jenis GPS kami cuba last last kami jumpa juga tempat tu. hahaha...Kalu tak jumpa konfem balik dengan perasaan sedih dan kecewa. 

Sampai Lok Kawi kami beli tiket masuk. Harganya aku dah lupa berapa. Tapi tak mahal pun. Kami pusing pusing dalam taman dan melihat spesies haiwan yang tak pernah jumpa dan dengar nama sebelum ni. Tapi kami bukan jakun okeh. 

 Tak pernah nampak gajah...so cepat ambil gamber kenangan bersama. Tak gitu Mas.
Kuda Padi
 Monyet Bangkatan

Comel kan monyet ni.
 Tembadau
 Gedikssss
 
 

Sayonara






No comments: