Followers

Google+ Followers

Monday, June 6, 2011

Visiting baby

Holla.

Semalam aku, lil' boy dan mak g visit anak macik yang dah nak masuk usia 2 bulan.sebenarnya tak rancang pun nak g ziarah tapi ni rentetan dari mulut aku yang celupar gi bagitau kat mak yang baby tu badan dia lembik semacam je.tak sama macam dua orang lagi anak buah aku.apalagi mak aku ni pantang sikit hal hal penjagaan bayi yang baru lahir.terus dia kol nenek sepupu aku kate nak gi rawat bayi tersebut.amboi mak aku ni mengalahkan mak bidan la plak.

Memang aku suka tengok cara mak aku rawat bayi.sebelum mandi mesti dia hangatkan badan bayi tu dulu.pastu gigit kat tengkuk tujuan tuk kuatkan batang leher bayi tadi.pastu tarik tarik batang hidung dengan harapan nak bagi hidung mancung kemain.haish...pastu angkat kedua dua tanganbaby tu ala ala sang juara.then angkat kedua dua kaki.boleh imagine tak.ala kira macam kita terbalikkan la budak tu.habis segala ilmu diturunkan kat macik aku.sabar je la ek.mak aku tak marah pun.buat ni demi kebaikan bersama juga.pastu urut badan guna minyak kelapa + bawang merah goreng.nasib ko la baby.kecik kecik da kene berurut.tapi urutan ni baik sebenarnya tuk menguatkan otot otot badan.bak kata mak aku 'keras macam pokok mati'.hehehe

dah siap tiba masa tuk aku n lil' boy gomol gomol si kecik tu.suka sakan kami kerjakan dia.dahla si kecik ni asyik nak minum susu je.selang 20min mesti menangis minta susu.punya la kuat suaranya.tak perlu guna mikrofon dan speaker.memang high pitch la.nak terkeluar eardrum dan cochlea.oppsss klu cochlea terkeluar sohei aku jadi pekak.


vincent with my lil boy

Introduce Vincent Sawu.betul tak aku spell nama anak buah ni.

No comments: