Followers

Showing posts with label ramadan. Show all posts
Showing posts with label ramadan. Show all posts

Wednesday, August 7, 2013

Weekend Getaway di Bulan Puasa

Hujung bulan lepas aku telah fly ke KL hajat hatinya nak shopping raya.Orang nak raya aku pun sibuk nak raya.mengada-ngada.Tiket dah beli beberapa bulan lebih awal. Amik last flight dari Tawau pastu terpaksa stay up di LCCT macam kebiasaan yang aku selalu buat kalau ke sana.

Sampai LCCT tarik luggage menuju ke Food Garden niat mahu melantak KFC sambil marking paper trial student...perghhh semangat nak mampssss.Kul 5 pagi gerak naik bas ke KL Sentral. Sejam kemudian sampai then terus cari hotel sekitar Chow Kit senang sikit mau shopping katanya. Lepas check in terus sambung tidur. Takkan la kul 7 pagi dah meronda kan. Over. Sedap je tidur walaupun air cond bilik tu sejuk sampai menusuk ke tulang. Elok je kul 11 bangun bersiap then meneruskan misi. Eh tu dikira misi ke?

Check in di sini


Dah stay di Chow Kit haruslah kita ronda-ronda kawasan sekitarnya. Punyala banyak bazar yang menjual pakaian dan kuih raya. Dah la jalan waktu siang buta memang meleleh la peluh satu badan. Dah nama pun ronda memang ronda takda satu barang pun yang terpaut di hati ku. Lepas tu terus ke Sogo. Kat area Chow Kit takda LRT ke Sogo jadi terpaksa menapak sampai ke stesen Putra. Bulan-bulan puasa ni diajak lagi marathon 1.5km. Nasib baik aku pakai flat shoe kalau tak mahu taknya kaki aku melecet. 

Masuk Sogo pula beratus orang di dalamnya. Camana aku nak memlih ni? Pening dibuatnya. Pusing-pusing bahagian bawah pastu terus keluar.  Eh jap sempat juga aku rembat sepasang kasut. Rasa macam mau pitam. Depan pintu Sogo fikir mau ke TAR atau ke Masjid India? huarghhhh....dua-dua tempat pun tumpuan utama orang berbelanja. Lastly decide ke Masjid India dekat sikit nak naik LRT balik nanti. Cukup la kasut satu dah tak payah nak beli belah lagi. Ko bukan nak sambut raya pun.

Balik hotel sambung tidur. Tujuan utama aku ke KL ni nak tidur ka shopping. Confuse. Bila petang menjelma terus ke pasar ramadan di Jalan Raja Alang. Best banyak orang banyak pilihan berpinar mata memilih juadah tuk berbuka.
 
 telan ailio nampak cendol ni


 Menyelerakan. Nasi kerabu lauk daging bakar dan paru berlada. Telan ailio lagi sekali.

 Apam balik
Kalau gi kat Chow Kit tak sah kalau aku tak order yong tau fu. Piring takda takpa janji sudu dan garpu ada boleh makan tanpa halangan.


On the way balik sempat singgah kedai bundle ni. Tertawan dengan kasut yang dijual tapi bila berkenan saiz pula yang takda. Ko memang saja mahu menyeksa jiwa raga aku kan.kejammmm.

 
Cheese nan ni aku melantak bila aku sampai di Tawau terus kawan aku bawa aku gi Restoran Yassin Curry House. Macam tahu-tahu jak yang aku tak makan atas flight tadi. Rasanya kurang sikit sebab cheese tak banyak.

Tu la je la cerita aku berhujung minggu di kotaraya. Barang tak dapat yang penting makanan dapat. kau hado?

Sunday, August 12, 2012

Berbuka Puasa - Cafe @7

Hello..
Cepatnya masa berlalu dan only a few days umat Islam akan menyambut raya kan. Jalan raya pun semakin jammed. Orang ramai sibuk membeli belah tuk last minute punya preaparation.

Jumaat lepas saya bersama 3 orang colleague sempat berbuka puasa bersama *walaupun saya non muslim* di sebuah hotel terkemuka di Tawau...well where is it??? Yes..Promenade Hotel of course. Planning dah dibuat 2 weeks before and from 8 persons last last jadi 4 orang jew...kelakar kan. tak lawak pun.

So lepas waktu kerja masing masing bawa kereta sendiri menuju ke destinasi. Bersua then naik lif menuju ke tingkat Tujuh di mana terletaknya Cafe @7. at first kitorang tempah seat kat area dalam, tapi oleh sebab dah full so kitorang kena duduk kat open space a.k.a smoking area. Best juga duduk di sini...nampak view yang cantek.ye la bila malam nampak lampu neon kan.

Sampai sampai letak beg then terus beratur tuk amik makanan.ye la lagi bebebrapa minit nak berbuka. Apapun yang wajib adalah minuman...dahaga gila kan. Azan berkumandang terus je kitorang melantak makanan yg beraneka jenis.Serious memang sedap dan rasa berbaloi dengan pakej Ramadan Buffet Rm 55 not include tax lg tu.


Nasi putih+daging rendang+butter prawn+labu masak lemak
 Rojak buah
Chicken salad+daging dendeng+telur+sausage salad
ulaman+sambal
Dessert = mouth watering

bukan Baskin Robbins
ABC

Bubur udang
dapur untuk membuat tepanyaki...just next to our seat.
Tepanyaki. First time makan...agak masin sedikit.tak tau plak klu rasa dia memang tu.
kami


 Overall, saya berpuas hati dengan makanan yang dihidangkan bersesuaian dengan harga nya.bagi mereka yang mencari cari tempat tuk berbuka saya cadangkan boleh ke hotel ini.

Tuesday, August 16, 2011

Juadah berbuka puasa #2

Hello.

Last weekend aku telah menerbangkan diri ke Kota Kinabalu.kira macam weekend getaway la.saje je membawa diri seketika di bulan posa.takda shopping pe pun yang penting enjoy.

So ni adalah menu berbuka time duk kat KK.let the pics talk:

De Galleria Hotel Cafe

Tom yam seafood

Sotong bakar

Sambal lada

Nasi goreng seafood

Milo susu panas

Thursday, August 11, 2011

Juadah berbuka puasa #1

Hello

Reader korang nak tau tak kemaren tak tau la setan mana yang merasuk diri ini sehingga kan makan tak hengat dunia.seyes.kat tempat keje beli gado-gado dan pulut.teringin nak makan gado gado.last makan masa kat Lahad Datu aritu tapi rasanya agak manis sikit.

So kemaren bila berbuka ingatkan nak makan gado-gado tapi lain pula jadinya.buka periuk nasi mak tak tanak nasi.yang ada pun sisa dari tengahari.pastu tengok lauk memang faveret ikan masak tomato dan sayur kangkung.apa lagi bila sampai time bebuka tepi tarik pinggan dan senduk nasi.pastu angkut segala lauk pauk masuk dalam bilik.tuk pengetahuan korang aku ni ada satu habit yang tak baik.makan kat bilik tapi bukan atas katil tau.bukan apa senang nak ber'online' sambil makan.

Waktu berbuka makan nasi dan lauk yang mak masak.gado-gado aku jeling jeling dari tepi je.pas dah melantak nasi terus tarik pinggan yang berisi gado gado.sambung makan tuk second round.perut aku ni memang perut lembu kot.boleh isi banyak benda kat dalam.bila dah habis makan gado gado terasa mata pun da berat.da set nak makan pulut sebelum tidur coz tak nak bangun sahur.memang itu la yang terjadi.dan semalam tidur ku tersangat la lena tanpa sebarang gangguan.syukur atas rezeki yang diberikan.