Followers

Friday, August 5, 2011

SAPS...menyenangkan atau membebankan?????

Hello....

Selamat malam wahai pembaca ku.dua hari tak update lantaran dari kerja kerja yang tak selesai.bulan lepas busy dengan PEKA, pulun juga la tapi yang Form 2 tak setel setel lagi.yang Form 3 berjaya disiapkan on time due to nak kena bagi MSF kepada SU PMR.klu tak bagi ada juga biji mata aku jadi lebam dan terjojol dek kena tumbukan dari pihak berwajib.huhuhuhu....sebak di dada mengenangkan nasib hidup ni.

Siap je PEKA ada lagi tugasan baru yang menyusul.memang tak boleh nampk aku senang sikit la orang orang ni.kali ni kami diminta meng 'key-in' kan markah exam Semester 1.kalau setakat key in dalam excel tu takpa juga la.memang terror aku ni membuat tapi yang kali ni lagi canggih punya.kena key-in secara online.terus gelap gelita rasa dunia ku 5minit.

SAPS ni maksudnya Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah yang mana pihak KPM mahu menyelaras kemasukan data peperiksaan ke dalam satu sistem berpusat sahaja.aku takda hal sebenarnya online online ni memang hobi la.apa tak nya celik mata je terus facebooking, blogging, baca online news.memang dah jadi habit.

Yang membuatkan jiwa ni tak tenang serupa macam hati adalah bila dapat log in serve asyik busy tak cukup dengan itu bila da banyak key-in markah tup tup bila nak simpan kuar ERROR.oo....aku memang pantang tengok benda benda yang error ni.ingat jari aku ni apa tak sakit duk asyik tekan keyboard ni berulang kali.juling biji mata melihat nombor nombor yang ada.

Semua ni ada hikmah rupanya.keluhanku ni turut didengar oleh NUTP sampai kuar kat BH arini.

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) meminta Unit Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Kementerian Pelajaran melakukan penambahbaikan segera terhadap Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang didakwa bermasalah.

Setiausaha Agung NUTP, Loke Yim Phing, berkata kesatuan menerima banyak rungutan dan aduan daripada guru di seluruh negara mengenai SAPS, yang diperkenalkan Julai lalu untuk menyelaras kemasukan data peperiksaan ke dalam satu sistem berpusat sahaja.
"Mereka (guru-guru) bukan tidak sanggup mematuhi tugas mereka, namun sistem berkenaan memang bermasalah sehingga menyebabkan mereka terpaksa menunggu berjam-jam untuk memasukkan data peperiksaan seterusnya menyebabkan mereka tertekan.

"Oleh itu, kita berharap supaya sistem berkenaan dapat diperbaiki dengan segera," katanya kepada pemberita di Wisma NUTP, di sini, hari ini.

Sistem SAPS dibangunkan oleh Kementerian Pelajaran secara talian bertujuan mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh negara.

Sistem berkenaan, yang boleh dicapai semua pihak termasuk Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Daerah dan Pejabat Pelajaran Daerah, sepatutnya memudahkan guru memasukkan dan mengemas kini maklumat kelas, maklumat matapelajaran dan data pelajar di bawah jagaannya selain memasukkan markah setiap mata pelajaran mengikut peperiksaan yang ditetapkan.

Loke melahirkan kebimbangan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas akan terjejas kerana guru terlalu sibuk untuk memasukkan data peperiksaan ke dalam sistem berkenaan.
"Sehinggakan ada guru yang sanggup meninggalkan proses P&P di kelas semata-mata mahu memasukkan data peperiksaan ketika sistem berkenaan berada dalam keadaan baik," katanya.

Beliau mencadangkan agar unit berkenaan melanjutkan tarikh akhir kemasukan data peperiksaan ke dalam sistem berkenaan pada 15 Ogos ini kepada akhir bulan ini. - BERNAMA

sumber dr BH online

No comments: