Followers

Tuesday, March 25, 2014

#MH370 - Its so heartbreaking

Saat ni rakyat Malaysia masih meratapi akan kehilangan MH370. Setelah 17 hari berlalu tanpa sebarang khabar akhirnya semalam tepat kul 10pm PM DS Najib Razak telah membuat satu pengumuman yang pastinya merentap jiwa dan meruntun hati semua rakyat Malaysia khasnya keluarga penumpang dan anak kapal tersebut.

"This evening I was briefed by representatives from the UK Air Accidents Investigation Branch (AAIB). They informed me that Inmarsat, the UK company that provided the satellite data which indicated the northern and southern corridors, has been performing further calculations on the data. Using a type of analysis never before used in an investigation of this sort, they have been able to shed more light on MH370’s flight path.

Based on their new analysis, Inmarsat and the AAIB have concluded that MH370 flew along the southern corridor, and that its last position was in the middle of the Indian Ocean, west of Perth.

This is a remote location, far from any possible landing sites. It is therefore with deep sadness and regret that I must inform you that, according to this new data, flight MH370 ended in the southern Indian Ocean.

We will be holding a press conference tomorrow with further details. In the meantime, we wanted to inform you of this new development at the earliest opportunity. We share this information out of a commitment to openness and respect for the families, two principles which have guided this investigation.

Malaysia Airlines have already spoken to the families of the passengers and crew to inform them of this development. For them, the past few weeks have been heartbreaking; I know this news must be harder still. I urge the media to respect their privacy, and to allow them the space they need at this difficult time."


Masa PM sebut '....flight MH370 ended in the southern Indian Ocean' aku terus terlopong. Sungguh aku tak menyangka akan pengakhiran yang sebegitu. Sesungguhnya kita semua berharap agar kesemua yang berada dalam kapal tersebut kembali dengan selamat. Tapi kuasa Tuhan tiada seorang pun yang mampu melawan. 

Aku tak boleh nak imagine apa reaksi kaum keluarga dan rakan taulan. Semestinya dugaan mereka lebih hebat. Sampaikan pagi tadi aku lihat MHI rancangan khas MH370 masih ada keluarga yang tidak mahu percaya akan apa yang diberitakan oleh PM semalam sehingga la kepada penemuan bangkai pesawat tersebut.

Yang aku paling bengang bila orang kaitkan ni dengan politik. Pastu ada juga yang bangang salahkan SAR apsal tak gi terus ke lokasi Lautan Hindi tu. Weh otak letak mana? Kat siku ke tapak kaki. Apa ko ingat Lautan Hindi tu macam dalam sungai belakang umah ngko ke? Aku paling cuak orang yang perangai suka salahkan orang lain. Syukurla negara lain pun nak bantu kita ni. Kalau tak, ntah bila la boleh kesan kedudukan akhir kapal tu. 

Buat masa ini SAR belum dapat pergi ke lokasi yang dijumpai sepihan itu disebabkan oleh keadaan laut dan ombak yang besar. Apapun sama-sama la kita berdoa agar SAR dapat dilakukan secepat mungkin bagi mencari kotak hitam tuk merungkai segala teka teki akan punca kehilangan MH370.

  


 Kata-kata yang meruntun jiwa dari seorang isteri kepada suaminya yang merupakan anak kapal MH370

 Wajah kedukaan ahli keluarga penumpang pesawat MH370

 Para penumpang dan anak kapal pesawat boieng 777-200 ER MH370 dari KL - Beijing pada 8 mac 2014



 Ini la wajah ketiga-tiga orang yang perlu berhadapan dengan puluhan wartawan setiap kali PC dijalankan. Selama berbelas hari perlu menjawab soklan dari wartawan namun tetap tenang dalam memberi jawapan.

Sampaikan ada pihak yang tak senonoh siap tanya kat CEO MAS bila nak letak jawatan. Apa hal la sampai AJ nak kena letak jawatan. Dia pun tak hendak benda ni jadi lebih-lebih lagi melibatkan ratusan nyawa. Dia tak bodoh nak bunuh orang macam tu. Menyampah betul la dengan wartawan luar ni. Jangan kuang ajo boleh dak. Orang ni dah la dalam kesedihan boleh plak tanya soklan celaka macam tu.grrrrr......


 My thoughts and prayers goes to all of the crews and passengers on MH370

 

Thursday, March 13, 2014

Pray4MH370

Malaysia masih bersedih?Tapi kenapa? Seluruh dunia tau apa yang sedang rakyat Malaysia lalui. Perkhabaran berita yang diterima pagi sabtu lepas benar -benar mengejutkan semua makhluk di muka bumi ni. mana tak nya pesawat Boeing 777-200 milik MAS MH 370 telah hilang. Pesawat Boeing yang ada peralatan canggih dan paling selamat tu dah hilang bersama 227 penumpang dan12 anak kapal. Sentap wehhh....

Sedih tu je yang aku boleh cakap. Bagaimana dengan perasaan keluarga-keluarga mesti lagi sedih kan. Hari ni dah masuk hari ke 6 dan still pesawat tu masih belum dapat dikesan. Pesawat tu disahkan hilang selepas hilang dari radar tak dapat dikesan oleh menara kawalan Subang.

Tuk orang yang suka travel macam  aku ni bila dengar cerita gini memang aku cuak....cuak giler. Dahla aku jenis yang suka amik last flight (waktu malam) dan kebetulan flight yang hilang ni pun berlepas malam lagi la aku takut. Aku pun ada pengalaman yang menakutkan sepanjang naik turun pesawat ni. Pernah dulu masa ke Bandung time tu nak landing, kira tayar flight tu dah touch down atas landasan boleh plak flight tu senget sikit and ala-ala macam nak terbabas,  memang menakutkan la time tu. Rasa dah surrender if anything happen. Tu belum lagi kalau pesawat bergegar sebab turbulence. Hah...yang tu memang rasa jantung dan nadi dah stop dah. Sometimes klu dah bergegar mesti flight tu rasa macam terjatuh sikit ke bawah (air pocket) memang menjerit la namanya.

Pengecut2 tu aku ni tetap juga gatal pantek nak travel. Weekend je pandai la aku hilang dari radar, time ni mak aku yang cuak 'apsal la anak aku ni suka betul ke KL.' Kadang tu takda apa pun, shopping tak makan tak tapi hati ni bergelojak nak ke KL. Aku pun hairan. Ni bulan 6 ni tak tau la. Andai kata plan tu jadi maka aku harus naik flight sulung tuk tahun ni. Rasa macam fobia pun ada selepas dengar kejadian ni. Memang la semua orang akan mati tapi kalau boleh aku nak mati depan famili aku tapi yela ajal dan maut di tangan Tuhan. Kita tak mampu melawan. Redha.

Apa pun aku doakan semoga MH370 segera ditemui. Tak sanggup tengok famili diaorang bersedih menanti perkhabaran yang tak kunjung tiba.

Let's unite and pray for MH370

# Hari ni Tua akan pergi menunaikan umrah bersama keluarga...saya doakan smoga Tua selamat
pergi dan balik. Ole-ole tuk saya jangan lupa.hahaha....

Sunday, February 9, 2014

Rojak

Story 1
2 minggu lepas ada la staf baru masuk kat tempat kitorang. Elok je datang, ada la sorang staf lelaki ni bagi salam...assalamuaikum...then budak baru ni jawab suami saya di belakang.gulppp....faham tak apa maksud dak baru tu? apa dia fikir kalau orang bagi salam tu orang nak mengurat ka. Agak agakla cik kak oi dah la ko datang kat tempat orang baru jak jejak kaki dah cakap macam tu. Amboi...kat adik tu. Padahal selama ni dengan kami staf lama memang selalu dia bagi salam kalau dengan aku konfem dia senyum. Kang dia bagi salam aku nak balas apa jadi senyum lagi afdal rasanya.Perkara biasa la kan dah nama pun keja sebumbung takkan nak berlagak tu kera sumbang namanya.

Bertitik noktah dari situ kitorang suma terus ada bad impression kat dak baru tu. Sampai ke petang kawan kawan aku sok sek sok sek mengata pasal dak baru tu. Sian kat ko baru sampai dah kena kata.

Story 2
Apa perasaan kamu bila kamu tanya satu hal yang orang tu boleh jawab tapi orang tu tanya kita semula apsal tak tanya kat kawan yang lagi satu. I was like eh kalau tak nak jawab sudey...bukan kena bayar pun kan. Kalau tak nak jawab abaikan jelah mesej aku tu. Ni dah balas pastu kata macam tu plak. Tetiba aku rasa macam menyesal gila aku tanya kat ko soalan tu. Soalan mudah yang sah sah ko boleh jawab.

Story 3
Baru lepas marah anak buah. Menggelegak lagi darah ni. Bukan apa drawing pad dia yang koyakkan pastu siap ugut kata kalau tak kena gam tak mau bawa esok. Aku apa lagi bengang la. Dah ko yang wat jadi macam tu yang ko melenting apsal. Rasa macam nak luku luku je. Nasib baik anak orang. Tetiba anak buah yang sorang lagi datang rumah bawa hawaian chicken pizza ada gak penyejuk hati aku opss silap...penyedap perut.

Sunday, February 2, 2014

Sakit

Permulaan 2014 nampaknya sedikit suram tuk aku. Bukan apa dua minggu lepas aku demam siap pakej sekali dengan selsema. Demam tu dalam masa 3 hari kebah tapi yang peliknya selsema ni sampai ke hari ni masih ada. ke dia suka duk dalam hidung ni pun aku tak tau juga. Sekarang ni aku dihantui dengan batuk..teruk juga aku rasa. Batuk ni dah 4 hari. Kadang kadang sampai rasa macam sakit anak tekak sebab batuk ni.

Dalam bulan ni juga budak kelas aku 2 orang sakit. Bukan sakit biasa.

Yang first tu 2 minggu lepas juga kejadian kebetulan aku tengah mengajar sekali kawan dia panggil...cikgu dia sakit. Aku apa lagi panik la. Mana taknya aku paling takut kalau ada budak sakit yang ala...ala terus tutup mata. Dalam kepala aku terus fikir sakit apa plak ni.

Aku panggil panggil budak tu takda respon. dahhh. Apa lagi terus panggil budak budak pompuan tolong angkat turun ke staff room. Dang...kena angkat turun dari tingkat tiga. Tingkat tiga kau mampuuuu. Sampai bawa guru bertugas terus tolong bawa dia ke klinik yg berdekatan. Sekolah aku ni sebelah dia klinik. huhu Rupanya budak aku tu kurang darah. Alahai la nasib baik la ko tak kena sakit teruk. Setel satu kes.

Kes kedua hari selasa lepas aku kena hantar budak yang jatuh d tangga. Entah camana boleh jatuh tergolek. Kebetulan aku dalam staff room colleague jerit Kak lyn cikgu A panggil....Hahhh (blurrr)

Kelam kelibut aku lari tapi sempat lagi la rembat handbag. Sampai kat luar aku dengar dorang cakap kak lyn guru bertugas....muka semakin blur. Sapa plak yang jual kata aku bertugas minggu ni. Tapi redha je kebetulan aku free time tu. So ikut ambulan bawa budak tu ke klinik. Sampai klinik doc check suma budak tu. Suruh angkat kaki, angkat. Suruh angkat tangan, angkat tapi dia kata dia sakit pinggang. Tu memang aku pasti sebab tangan sebelah kiri dia letak kat pinggang belah kanan sambil tahan kesakitan.

Aku pergi berteman dengan sorang colleague. Doc tanya camana dia boleh jatuh, cara jatuh camana. Colleague aku terang mana yang dia tau je. So kami kol parents dia suruh datang sebab doc nak refer dia kat hospital. Nak boleh ke datang tu berzaman juga aku rasa. Kebetulan memang dah tamat waktu kerja tapi aku salute sebab doc tu sanggup tunggu sampai parent tu sampai sebab dia nak gitau ke mak pak budak tu.

Bila sampai mak  budak tu nak mengencang tanya sapa wat jatuh anak dia. Lepas tu datang plak lelaki ntah la abg dia ke pacik dia ke siap nak tau budak mana yang wat macam tu kat budak pompuan tu. siap tarik nafas hembus macam orang nak bergaduh. Aku dah bersembunyi belakang kawan.Takut. Lepas settle semua kami dan doc terus blah sebab budak tu ambulan tolong hantar dia n followed by her parents.

Pastu khamis tengah syok kutip duit kelas dan bagi kerja kat bebudak tu tetiba ada budak jerit cikgu Jacklyn.....aku tengok budak tu dah terlintuk di bahu kawan sebelah.Apa lagi terus kerah tengah budak budak pompuan dalam kelas tu. Angkat dari tingkat tiga okeh. aku suruh sorang budak gi cari guru bertugas pastu terus berdesup bawa gi klinik. Doc cek tak lama kakak dan macik budak tu pun sampai. Sebelum gerak tadi sempat kol family dak tu dulu. Siap wat urin test segala. Rupanya budak aku tu pengsan. Nurse tekan tekan dada picit picit tangan langsung takda respon.

Doc wat referral letter dan budak tu kena bawa g hospital. Mak budak tu ada kol sekolah kata anak dia kena warded. Doc suspect ada jangkitan kuman kat salur kencing dia. Kesian....get well soon Jac.

Sekarang aku jadi fobia kalau ada budak sakit datang kat aku.